Rabu, 1 Julai 2015

5 tips penjagaan pusat bayi baru lahir supaya terhindar daripada sebarang jangkitan

5 tips penjagaan pusat bayi baru lahir supaya terhindar daripada sebarang jangkitan


Menyambut kelahiran anak yang pertama, adalah waktu yang paling bahagia untuk pasangan yang bergelar suami dan isteri. Pelbagai persediaan dibuat, pelbagai keperluan bayi disediakan dengan teliti dan teratur, pelbagai info tentang bayi penuh di dada. Begitu lah kasihnya kita, bersedianya kita sewaktu kelahiran mereka.

Di samping itu, banyak perkara baru yang perlu di ambil perhatian oleh ibu dan bapa berkenaan dengan penjagaan bayi terutamanya penjagaan pusat bayi anda.

Apakah dia tali pusat?

Tali pusat bayi memainkan peranan yang sangat penting sewaktu bayi di dalam kandungan. Tali pusat mula terbentuk pada usia janin lebih kurang 5 minggu dalam kandungan. Tali pusat ini bersambung dengan ‘placenta’ atau uri dan memainkan peranan untuk menyalurkan darah yang kaya dengan nutrisi dan oksigen yang diperlukan oleh janin untuk terus hidup dan berkembang di dalam rahim si ibu. 


5 tips penjagaan pusat bayi
  • Pastikan tali pusat dan kawasan di sekelilingnya berada dalam keadaan bersih dan kering. Lazimnya, ibu bapa akan dibekalkan dengan ‘alkohol’ atau bancuhan ‘antiseptik’ untuk mencuci pusat bayi. Namun, terdapat juga data yang menunjukkan bahawa mencuci tali pusat dengan air yang bersih diikuti dengan mengelap untuk mengeringkannya sudah memadai. Walaubagaimanapun, terdapat kes-kes tertentu yang masih memerlukan alkohol atau antiseptik digunakan, jadi berbincanglah dengan doktor sekiranya terdapat sebarang persoalan.
  • Sewaktu mengenakan lampin atau ‘diapers’ , pastikan tali pusat bayi tidak terutup oleh lampin/diapers. Letakkan tali pusat itu di luar lampin supaya ia tidak terkena air kencing atau najis bayi. Ini akan membantu proses tali pusat untuk mengering.
  • Tidak perlu meletakkan bedak atau ubat-ubatan tradisional pada pusat bayi yang mungkin menganggu proses semulajadi penanggalan tali pusat tersebut. Air bersih sudah memadai.
  • Sewaktu tali pusat belum lagi tertanggal, memandikan bayi dengan cara mengelap menggunakan kain yang basah atau dengan menjirus lebih digalakkan daripada kaedah mandian yang menyebabkan tali pusat itu terendam lama dalam air. Tali pusat bolehlah dilap setelah bayi dimandikan.
  • Jangan tarik tali pusat itu walaupun ia kelihatan akan tertanggal pada bila-bila masa sahaja lagi. Biarkanlah proses itu berlaku secara semulajadi.


Tanda-tanda jangkitan pada pusat bayi

  • Kawasan sekeliling pusat kelihatan merah
  • Terdapat nanah, darah atau bau yang kurang menyenangkan pada pusat
  • Bayi demam, kurang aktif dan kurang menyusu

Sekiranya terdapat tanda-tanda di atas, bawalah bayi anda untuk pemeriksaan dan rawatan doktor. Jangkitan pada pusat bayi yang tidak di rawat boleh membahayakan bayi anda. 



Semoga info ini bermanfaat untuk semua

Sumber: Dr alya hamzah

Happy sharing..
Love,
Aini
(Pengedar Shaklee Negeri Sembilan)
0136288543
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan