Isnin, 6 Julai 2015

Tilam basah lagi??Petua dan tips berkesan apa yang ibu-bapa perlu buat jika anak anda sering kencing malam

Salam ceria, salam bahagia, salam kasih sayang buat ibu-ibu di luar sana

Mempunyai anak yang sering kencing malam di atas tilam kadang-kala memeningkan kepala lebih-lebih lagi jika anak anda berumur 5 ke 6 tahun, dan masih lagi kencing tilam, kencing pula sebulan berkali-kali. Sebagai ibu bukan senang, kita perlu membasuh tilam, menjemur dan sebagainya, jika anak anda berumur 4 tahun ia masih lagi normal, namun apa salah kita melatih mereka sejak dari awal lagi. 

Apa yang ibu-bapa jangan buat jika anak anda kencing malam? Elakkan

  • Malu dengan keadaan anak anda. Ia akan membuatkan anak rasa bersalah dan lebih tertekan.
  • Menyalahkan anak setiap kali dia bangun tidur dalam keadaan yang basah. Kencing malam tiada kaitan dengan sifat malas atau degil kerana tiada siapa mahu buang air kecil di tilam.
  • Memalukan anak dengan menjadikan perkara ini bahan gurauan atau ejekan. Elakkan juga menceritakan masalahnya kepada ahli keluarga lain di depan anak. Memalukan anak dengan mengejeknya hanya akan membuatkan masalah ini lebih sukar diatasi.
  • Menyalahkan diri sendiri. Anda bukan penyebab masalah kencing malam yang dialami anak anda kerana biasanya ia adalah masalah yang diwarisi. Maknanya, ada ahli keluarga anda yang turut mengalami masalah ini.
  • Menghukum anak kerana kencing malam. Memang ada kalanya ibu-bapa hilang sabar apabila terpaksa membasuh cadar dan selimut setiap hari, tetapi ketahuilah leteran anda tidak akan melenyapkan masalah ini.
  • Mencegah anak daripada menyertai aktiviti sekolah yang memerlukannya bermalam di luar atau tidur di rumah kawan. Beritahu guru atau ibu bapa rakan anak anda mengenai masalah ini dan langkah yang boleh diambil.

Tindakan anda jika anak kencing malam

  • Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan.
  • Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
  • Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam
  • Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan.
  • Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus.
  • Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter atau plastik.

Petua tradisional orang dolu-dolu

1. Sapukan minyak gamat pada ari-ari kanak-kanak tersebut sebelum waktu tidur.

2. Gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu di bahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuam di ari-arinya macam ketika dia bayi dulu.

3. Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam, cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu, InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.

4. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


Jika anda msih juga kencing malam sehingga umur 7 tahun, anda boleh lah bawak berjumpa doktor untuk sebarang rawatan moden.

Semoga bermanfaat!!


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan