Resepi burger daging ala ainiamran yang mudah dan sedap sesuai untuk party, breakfast dan tea time
Daging burger home made ni kadang-kadang agak sukar bagi saya nak buat, sebab jika salah caranya confirm rasanya tidak sedap, So cuti baru ni saya cuba resepi baru setelah seminggu menonton Food Network dan AFC, hahah... dahsyat kan? begitu obses diriku mencari resepi. Sila rujuk resepi di bawah....
Bahan-bahannya
Bahan A
500g daging lembu/ayam
1 biji telur gred A
1 cawan serbuk roti - putih
50g keju parmesan
50g batang saderi cencang halus
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar yogurt asli (natural)
Bahan B
1 biji bawang holand (cencang halus)
2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada hitam
sedikit garam
Bahan C
Roti burger (saya paling suka roti di KFC sebab dia manis-manis sedap sangat makan dengan burger ini)
Cara membuat nya
Campurkan semua bahan A dan B gaul hingga sebati
bentukkan bulat dan tekan sedikit menjadi leper
sedia untuk digoreng atas kuali non stick
tadaaa.....siap
Selamat mencuba semua!!!
Salam sayang
anne
0 comments:
Catat Ulasan