Jumaat, 31 Julai 2015

Nusyuz? apa yang anda tahu tentangnya, ketahui perbuatan yang membawa kepada nusyuz

Nusyuz

  • Maksud dari segi bahasa ialah derhaka atau ingkar
  • Maksud dari Istilah ialah keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak


Ia merupakan perbuatan yang diharamkan oleh syarak. Para malaikat melaknat isteri yang nusyuz kepada suami




Contoh perbuatan Nusyuz

  • Isteri enggan melayan suami ke tempat tidur ( bersetubuh ) tanpa keuzuran
  • Keluar rumah tanpa izin suami dengan tiada sebab yang munasabah
  • Melakukan kekerasan sama ada dengan perkataan atau perbuatan kepada suami
  • Ingkar perintah suami yang tidak bercanggah dengan syarak
  • Membenarkan lelaki yang tidak disukai suami masuk ke rumah semasa ketiadaan suami


Pengajaran kepada isteri yang nusyuz

  • Memberi nasihat dengan  hikmah
- Ingatkan tentang kewajipan terhadap Allah, suami dan rumahtangga, suami hendaklah memaafkan isteri dan tunjukkan contoh teladan yang baik
  • Jika langkah pertama tidak berjaya, suami hendaklah mengasingkan isteri dari tempat tidurnya.
- Langkah ini diharap dapat memberi kesan psikologi kepada isteri
  • Islam mengharuskan suami memukul isteri untuk menginsafkannya
- Tetapi pukulan tidak boleh memudaratkan isteri tersebut, cukup sekadar untuk menginsafkan isteri


Semoga bermanfaat semua

About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan