Rabu, 29 Julai 2015

Cara mengira waktu subur bagi wanita yang ingin hamil

Cara mengira waktu subur wanita 

Purata Haid

Purata haid setiap orang adalah tak sama. So, ada yang 28 hari, 30 hari dan lain-lain. Tetapi purata normal period adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. 

So cara nak tahu kitaran purata haid caranya:


  • Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas. 
  • Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang. Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
  • Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya 
  • Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.

Bagi kes haid selain dari 28 hari

Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita. Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur. Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur. Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.

Tak susah kan formula ini?

Cara lain untuk mengetahui waktu subur

1. Suhu Badan

Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Jika rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat. 

2. Lendiran Faraj

Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi. Kalau lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni dan banyak dari biasa bermakna ia petanda kita subur. 

Hasil carian imej untuk lendiran faraj

3. Evolution Test Strip

Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain. Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi. Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge".  Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda. Dimana mahu mendapatkan test strip ovulasi ini? Ianya banyak dijual di farmasi-farmasi.

Hasil carian imej untuk ovulation test


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan