Selasa, 14 Julai 2015

Inginkan anak yang bijak? 10 tips asah kemahiran dan ransang otak si manja anda dengan pelbagai cara dan perkara

Pendidikan 

Mendidik anak bukan perkara yang mudah namun pendidikan anak amat penting seawal yang mungkin untuk pembentukan diri anak tersebut. Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, didik lah anak kamu sedari dalam buaian lagi. 

Dalam dunia pendidikan anak-anak, aspek merangsang otak si manja menjadi fokus utama sekiranya mahukan anak anda membesar cerdas dan bijak. Rangsangan penting untuk membantu sel-sel otak anak terus bercantum dan berkembang bagi membentuk personaliti dan mencungkil bakat yang ada dalam dirinya.

10 Tips asah kemahiran dan ransang otak si manja anda

1. Kemahiran deria atau sensori: Misalnya membawa anak ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh meneroka bermacam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna iaitu ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, padang, taman tema dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk permainan kanak-kanak rangsang minda

2. Kemahiran logik: Bahkan anda juga boleh merangsang otak si manja menggunakan alat permainan. Pilih permainan berpendidikan atau yang menggunakan logik akal supaya si manja boleh menggalakkan percantuman antara sel-sel kompleks pada otaknya. Selagi si manja berfikir, maka sel otaknya akan terus berkembang dan dirangsang, maka lebih tinggi keupayaan IQ. Selain itu, beli kan juga mereka majalah bergambar yang mempunyai permainan yang mudah untuk anak anda buat.

3. Kemahiran menyelesaikan masalah: Mainan seperti blok kiub digunakan untuk mencipta apa juga model atau mainan yang menyuai padankan dua unit yang berpasangan. 

4. Kreativiti: Anda juga boleh membeli permainan LEGO bagi merangsang kreativiti anak anda

Hasil carian imej untuk lego

5. Kemahiran berfikir: Puzzle bagus untuk stimulasi sel-sel otak anak dan gambar yang menunjukkan sifat berlawanan seperti besar-kecil, keras-lembut, tinggi-rendah dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk puzzle

6. Kemahiran bahasa dan sosial: Buku bergambar, mainan puppet, bermain dengan cermin, membuat buku skrap dan sebagainya.

7. Kemahiran imaginasi: Main peranan dengan apa juga permainan, bermain dengan pasir, tanah liat, melukis dan membaca buku cerita.

8. Kemahiran emosi: Menyanyi, bermain sorok-sorok, binatang peliharaan, anak patung dan membelikan CD kartun yang dapat merangsang emosi anak anda

9. Kemahiran mengingat: Buku yang mempunyai bunyi-bunyian seperti bunyi binatang, kotak memori yang mengandungi barang-barang yang memerlukan anak meneka isinya dan lain-lain lagi.

10. Kemahiran motor: Menyusun, pergerakkan dan sebagainya

Hasil carian imej untuk permainan kanak-kanak rangsang minda

#Lakukan aktiviti di atas bersama-sama dengan anak anda untuk melihat keberkesanan aktiviti ini. Kemahiran ini boleh dipupuk dari semasa ke semasa.
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan