Aqiqah
Penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Daripada Samrah bin Jundub meriwayatkan daripada Nabi S.A.W. katanya, setiap anak menjadi gadaian sehingga disembelih aqiqahnya pada hari ketujuh kelahirannya dicukur rambut dan diberi nama.
( Riwayat Abu Daud )
( Riwayat Abu Daud )
Hukum melaksanakan ibadat Aqiqah:
SUNAT MUAKAD, Rasulullah melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat baginda
Daging Aqiqah:
- Tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin.
- Sunat daging dimasak manis dan dibuat jamuan kepada orang ramai
- Sunat agar tidak dipatah-patahkan tulang binatang yang dibuat aqiqah
Perkara sunat Aqiqah
- Berdoa ketika hendak menyembelih
- Menyembelih ketika matahari sedang naik
- Daging masak manis dan dijamu
- Tidak mematahkan tulang binatang
- Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
- Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran
Kelebihan melaksanakan Aqiqah
- Tanda bersukur kepada Allah di atas kurniaan anak.
- Menghebahkan kepada orang ramai tentang anugerah anak
- Mengeratkan silaturrahim antara keluarga bayi dengan jiran
- Menggalakkan amalan bersedekah
- Mendedahkan bayi dengan penghayatan Islam semenjak kecil
Syarat binatang Aqiqah
0 comments:
Catat Ulasan