Selasa, 14 Julai 2015

7 tips beraya bersama baby atau anak kecil yang masih menyusu yang perlu anda tahu sangat

Seronoknya nak sambut raya dengan ‘baby’ buat pertama kali! Tentu itu yang bermain di fikiran kebanyakan pasangan yang baharu bergelar ibu bapa. Segala persiapan dibuat secukupnya untuk si kecil yang pertama kali hendak menyambut Aidil Fitri.

Sebelum anda teruja membuat persiapan pakaian bayi, semak juga apa perkara yang bakal berlaku apabila beraya dengan bayi di sisi. Mungkin sebelum mempunyai anak anda tidak terfikir akan hal ini.


  • Memulakan perjalanan

Bayi anda mungkin mula menjerit sebelum kereta bergerak memulakan perjalanan. Bayi tidak boleh melihat pemandangan luar tingkap jadi jangan salahkan dia jika si kecil cepat bosan dan meragam. Pastikan anda bawa alat permainannya terutama jika bayi masih duduk dalam posisi tempat duduk menghadap belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu si comel khusyuk bermain tanpa banyak ragam.


  • Risiko bayi disuap makanan yang tidak sepatutnya

Dalam sibuk berkumpul bersama sanak saudara, jangan terperanjat kalau ada yang ‘baik hati’ menyuap makanan yang tidak sepatutnya untuk bayi anda. Kononnya seronok nak tengok reaksi si kecil bila disuap makanan. Makanan orang dewasa boleh menganggu sistem penghadaman bayi atau menyebabkan reaksi alahan. Bersedialah menghalang situasi ini daripada berlaku. Beritahu mereka yang doktor anak anda tidak membenarkan bayi merasai sebarang makanan orang dewasa walaupun si kecil kelihatan teringin.


  • Bayi enggan tidur siang

Macam faham pula si kecil dengan suasana baru yang mengujakannya. Keriuhan sanak saudara berkumpul dan bersembang sudah pasti mengganggu rutin tidur siang bayi anda. Untuk membolehkan bayi anda tidur dalam suasana yang dia tidak biasa, jauhkan dia dari suasana bising yang tidak dijangka dengan duduk berduaan di dalam bilik supaya dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.


  • Jangan lupa ‘nursing cover’

Khusus untuk ibu yang menyusukan bayi, sudah pasti si kecil asyik nak berkepit sepanjang masa untuk menyusu tanpa mengira di mana anda berada.  Pastikan anda membawa ‘nursing cover’ sepanjang masa. Jadi, anda boleh mengelakkan sebarang komen yang ‘pedas’ atau pandangan tajam yang tak diingini.


  • Baju yang sesuai

Mesti semua papa dan mama teruja nak pakaikan si comel baju buat pertama kali kan? Sebelum itu pastikan anda pilih fabrik yang selesa dan tidak merengsakan kulit bayi yang lembut. Elakkan daripada memilih baju yang bermanik dan berenda yang boleh membuatkan bayi tidak selesa walaupun mama yang terlebih ‘excited’.


  • ‘Serangan’ daripada semua sepupu

Bayi comel anda sudah tentu mendapat perhatian daripada semua sanak saudara termasuk sepupu-sepupunya dari pelbagai peringkat usia. Sepupu yang masih usia kanak-kanak juga turut sibuk hendak bermain dengan bayi comel yang mereka anggap seperti ‘anak patung’. Hati-hati kerana kadang kala mereka tidak tahu bagaimana cara untuk berinteraksi dengan bayi kecil.


  • Virus dan kuman

Ini memang tidak dapat dielakkan, tetapi jika anda ternampak ada saudara mara anda yang tidak sihat, bersin, batuk, selesema dan demam, cuba jauhkan baby anda kerana dikuatiri akan berjangkit.

Aini
Pengedar shaklee negeri sembilan
0136288543

About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan