Kesuburan VS Umur
Wanita lebih tua selalu bimbang yang umur mereka akan menjejaskan kehamilan, dan kelahiran bayi.
Korang rasa umur menjejaskan tak kesuburan?
Info untuk anda
Kementerian Kesihatan menganggar ada lebih kurang 300,000 pasangan dalam lingkungan umur 20-40 yang mengalami sesuatu bentuk ketidaksuburan. Berusia 35 atau lebih sememangnya menimbulkan beberapa isu penting bagi wanita dan lelaki yang bercadang untuk mendapatkan anak.
Ada berlaku pengurangan kesuburan yang perlahan bagi wanita selepas umur 30, yang mungkin menyebabkan anda sukar menjadi hamil dengan cepat, atau mungkin terdapat masalah separa kesuburan atau ketidaksuburan. Adalah dianggarkan lebih kurang 20 peratus wanita antara umur 35 ke 39 tidak subur.
So apa kesan umur kepada kehamilan?
Dahulu ibu yang lebih tua dimaksudkan ibu yang sudah mempunyai keluarga yang besar yang sedang mengandung bayi kelima, keenam atau ketujuh. Hamil banyak kali selalunya mendatangkan komplikasi. Sekarang, ibu yang lebih tua selalunya seorang yang memilih untuk memulakan keluarga lebih lambat, lazimnya sihat dan mempunyai diet yang baik.
Malangnya, adalah benar yang ibu lebih tua selalunya lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit seperti diabetes, darah tinggi atau lain penyakit kronik, yang boleh menjejaskan kehamilan dan proses kelahiran.
Penyelidikan tentang kesan umur ke atas kelahiran bayi juga melaporkan adanya peningkatan dalam kekerapan komplikasi kehamilan seperti diabetes (gestasi) akibat kehamilan, plasenta rendah dan kelahiran pramatang.
Selain daripada risiko tambahan ini, penjagaan materniti juga dipengaruhi oleh kenyataan yang anda adalah "primigravida berusia" iaitu pertama kali mengandung atau "multipara berusia" iaitu sudah mengandung beberapa kali. Malah, wanita yang berumur 35 atau lebihpun menjalani lebih ujian antenatal dan lebih skan ultrasound, dan lebih ramai wanita di usia ini menjalani amniosentesis.
Ade ke kelebihan kehamilan selepas umur 35?
Yang baik ialah, anda mempunyai faedah fizikal dan psikologi lebih daripada wanita yang lebih muda. Wanita yang memulakan keluarga hanya pada umur 30 dan 40 selalunya mengikuti gaya hidup yang lebih sihat; mereka mempunyai pendidikan lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang lebih baik. Mereka mungkin memahami keperluan badan mereka, dan menjaga diri mereka lebih baik dari segi senaman dan pemakanan.
Wanita berusia selalunya mempunyai persepsi terhadap tubuh badan mereka yang lebih positif, dan lebih cekap menangani simptom-simptom kehamilan. Di usia ini juga, wanita mempunyai lebih berotonomi - berdikari dan yakin akan apa yang mereka mahu, dan lebih mahir tentang manusia untuk mendapatkan kemahuan mereka.
Agak-agak ade kesan tak usia lebih tua ke atas bayi?
Tidak dinafikan yang wanita berusia mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi yang mempunyai keabnormalan, seperti sindrom Down, sindrom Edward atau sindrom Patau.
Penyaringan serum ibu dan ujian-ujian lain boleh memberi anda penganggaran akan risiko-risiko. Untuk lebih pasti, ujian-ujian seperti persampelan vilus korion atau amniosentesis boleh memberikan diagnosis yang tepat, yang membolehkan seorang itu membuat pilihan terbaik bagi keluarga dan diri, dan juga membantunya membuat persiapan untuk sebarang keperluan khas bayinya. Wanita yang tidak berminat mendapatkan maklumat ini tidak perlu menjalani sebarang ujian.
Terdapat satu lagi risiko yang kecil tetapi serius berhubung bayi ibu lebih tua. Lebih banyak bayi mati dalam uterus di peringkat akhir kehamilan bagi ibu berumur 40 ke atas. Dalam tahun 2006, angka bagi UK menunjukkan kadar kematian dalam perut bagi wanita 20 ke 39 adalah di sekitar lima ke enam bayi bagi setiap 1,000 kelahiran, tetapi bertambah bagi wanita umur 40 dan lebih kepada kurang sedikit daripada sembilan bayi bagi setiap 1,000 kelahiran.
Risiko yang bertambah ini bukanlah akibat komplikasi kehamilan atau penyakit tertentu sahaja. Atas sebab ini, penjaga lebih berhati-hati terhadap ibu lebih tua semasa minggu-minggu akhir kehamilan.
Walaupun terdapat risiko yang bertambah akibat usia lebih tua, adalah penting untuk mengingati bahawa kebanyakan bayi adalah sihat. Selain faktor keabnormalan kromosom, angka yang ada mencadangkan ibu lebih tua tidak mempunyai lebih tinggi risiko untuk mendapat bayi cacat masa lahir daripada ibu-ibu yang lebih muda.
Gambar hiasan
Kesan umur ke atas proses bersalin?
Tedapat pola di mana, lagi tua seorang ibu itu, lebih bertambah kejadian intervensi. Jika anda lebih daripada 35 anda akan lebih cenderung untuk kelahiran dicetus, suntikan epidura atau kelahiran forseps atau ventouse. Hampir kesemua kajian bersetuju bahawa kadar pembedahan caesarean juga meningkat mengikut usia ibu.
Namun, peningkatan ini nampaknya tidak berkaitan dengan mana-mana masalah spesifik. Masih ada tanda tanya tentang setakat manakah dan berapa banyak intervensi tertentu perlu, disebabkan persepsi keseluruhan yang ibu "lebih tua" adalah "berisiko tinggi". Sesetengah kajian mendapati bahawa kecemasan fetus lebih kerap didiagnosis bagi ibu yang lebih tua, yang juga menerangkan mengapa kadar caesarean lebih tinggi.
Juga terdapat bukti yang ibu lebih tua lebih cenderung melalui peringkat kedua bersalin yang lebih panjang, sebab otot-otot uterus tidak berfungsi dengan begitu baik apabila wanita meningkat umur. Ini menerangkan mengapa mencepatkan kelahiran dengan oksitosin tiruan untuk merangsang kontraksi berlaku lebih kerap di kalangan wanita lebih tua.
Juga, apabila perjalanan proses semulajadi diganggui oleh intervensi, seperti mencetuskan kelahiran, intervensi lain akan menurut dalam satu "hujan intervensi" (cascade of intervention). Oleh itu, sama seperti dalam kehamilan, jika anda mahu memberi peluang kepada proses-proses fisiologi yang natural, elok jika anda melengkapkan diri dengan maklumat tertentu dan bersedia untuk bertanya banyak soalan.
Bimbang akan komplikasi juga akan mendatangkan komplikasi. Jika anda dan doktor anda fikirkan yang perkara yang tak baik akan berlaku, anda akan merasa tertekan. Stress akan menganggu imbangan sensitif hormon dan kimia semulajadi dalam badan anda.
Jadi anda boleh plan atau rancang kehamilan anda di usia sebelum 35 tahun lebih memadai, tetapi rezeki anak itu rahsia Allah berdoa dan berikhtiarlah supaya dikurniakan anak-anak yang sihat dan hebat. Cuma cepat atau lambat kita mendapatkan anak tak penting sangat, Apa yang penting anak-anak yang kita lahirkan penyejuk hati abi dan ummi ;]
- Bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan set kesuburan wanita dan lelaki boleh dapatkan dari saya (GLA, alfalfa, zinc dan vitamin E)
- Anne 0136288543
0 comments:
Catat Ulasan