Rabu, 22 April 2015

Bahaya MSG kepada makanan dan kesihatan kita, MSG memberi kesan jangka masa panjang kepada diri kita

Baru-baru ini suami saya ada mengadu tentang sakit kepala yang berdenyut-denyut. Bila di tanya dan diselidik katanya, mungkin makan tomyam di kedai makan, tomyam tu rasa sedap seperti ade perisa.Actually melalui pengamatan saya perkara ini memang pernah berlaku pun pada saya. terutama dulu masa time belajar confirm tak masak makan di kantin sahaja.

Pernah tak kes ini terjadi kepada anda? selepas makan di kedai sakit kepala berdenyut-denyut

Jadi saya pun cuba search beberapa article dan blog tentang MSG, setelah beberapa pembacaan dibuat MSG lebih banyak memberi komen buruk daripada komen yang baik.

Jadi sedikit kesimpulan dari saya ialah:
1. Buang semua product yang ade kandungan MSG di rumah (saya rasa tak rugi pun sebab ini untuk kebaikan kesihatan anda)
2. Makan di rumah
3. Semasa membeli barang keperluan tapis product product yang mengandungi MSG
4. Kawal pemakanan anda, jika anda peminat 'jajan' atau keropok, mee segera dan lain lain, beli sebulan sekali ke, tak pun terus tak payah beli)

Disini saya sediakan sedikit kesimpulan review dari beberapa blog yang menyokong bahayanya MSG ini.

Walaubagaimanapun melalui bacaan saya di web ajinomoto mereka menafikan beberapa dakwaan dibawah

1.MSG: Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15-20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US. 

2.MSG: Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. 

3.MSG: Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.

4.MSG: Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus. 

Hasil carian imej untuk BETUL KE AJINOMOTO BAHAYA

Pertimbangkan ini : Dapatkah yogurt dari bahan organik yang dimakan oleh nenek anda membuatkannya mengalami Alzheimer lebih awal? atau adakah sup yang rajin buat setiap hari menyebabkan sakit kepala berat atau migran?

Dr. Russell Blaylock mengatakan semua hasil buruk ini kemungkinan karana penyedap rasa yang dikenal sebagai monosodium glutamate, atau MSG

Manusia ternyata lebih sensitif lagi, khususnya ketika mengambil MSG dalam waktu yang lama.

(Kajian terhadap haiwan yang di beri MSG)

Blaylock mengatakan : “Meski hanya dengan memberikan sedikit dos di awal hidupnya, kita memberi impak pada keseluruhan hidup binatang itu. Ketika kita melakukannya, kita melihat kerosakan yang dramatis pada otak binatang itu, bukan hanya pada pusat kegemukan namun pada pusat memori, belajar, interaksi sosial dan kendali sosial”.
Spesialis sakit kepala Dr. David Buchholz yakin bahwa MSG menyebabkan sakit kepala migran secara nyata bagi jutaan orang. Buchholz mengatakan, “Itu benar. Ini adalah eksitoksin, dan MSG menghidupkan mekanisme sakit kepala danmembuat anda merasa sakit yang amat sangat”.

Eksitoksin adalah substansi yang menguasai sel hingga mengalami kerosakan, bertindak seperti racun.
MSG secara langsung dapat memperburuk autisme, mengurangi kemampuan perhatian dan hiperaktif, dan bahaya juga khususnya bagi bayi yang berada di rahim dan pada awal-awal kehidupan.  ia juga menggangu hampir semua fungsi otak, dari hormon hingga tingkah laku dan kecerdasan.

Itulah yang terjadi terhadap janin tikus. Setelah diberi makan MSG, janin tikus tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan mental, hingga mereka semakin tua dan mulai gagal menyelesaikan tugas-tugas kompleks. Otak semakin tumpul, tikus semakin bodoh.


Manusia lima kali lebih sensitif terhadap MSG dibanding tikus, bayi bahkan lebih lagi. Blaylock percaya sebagai hasilnya adalah penderitaan dalam sisitem pendidikan, meski kemampuan terhadap murid-murid berbeza satu sama lainnya.

Blaylock mengatakan, “Jadi otak masih membentuk koneksinya, khususnya bahagian terpenting dalam hal sosial Prefrontal cortex, berlanjut hingga usia 25, 26, bahkan 27 tahun.
Namun bagaimana tentang pengaruh MSG yang menimpa otak orang yang lebih dewasa?.
Blaylock mengatakan MSG mungkin hanya menyumbang kepada faktor terjadinya penyakit otak, namun yang pasti dapat membuat penyakit saraf bertambah buruk :
  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit ALS yang sering disebut penyakit Lou Gehrig
  • Multiple Sclerosis
  • Stroke
  • Penyakit Parkinson
Semua penyakit ini berkaitan dengan eksitoksin.
Blaylock telah membuat buku tentang eksitoksin untuk khalayak umum. Dia juga terus memperbaharui informasi tersebut dalam satu buku kesihatan dan rahsia nutrisi. Dia mengatakan kuncinya adalah tetap menjauh dari MSG, namun memang bukan perkara mudah.

Dr. Buchholz mengatakan, “Itu semua ada dalam produk makanan komersial prosesan, dimana produk tidak akan memiliki cita rasa seperti itu jika tidak memiliki penyedap rasa yang ditambahkan pada produk. Penyedap rasa itu tidak selalu dilabel sebagai MSG atau monosodium glutamate. Itu dilabeli sebagai protein hidrolisa atau penyedap/ perisa makanan

Makanan yang mengandung MSG dapat ditemukan ketika Anda melihat label kandungan yang bertuliskan kata-kata “glutamate“. Blaylock mengatakan ada kebenaran yang sederhana :“Menghindari MSG dapat menjadi langkah paling baik yang anda lakukan untuk otak anda”. Jangan terkejut ketika organisasi kesihatan dan agen pemerintah membela MSG sebagai sesuatu yang aman. Dia mengatakan bahwa mereka tidak menyadari betapa otak yang kompleks itu amat mudah diserang MSG.

(credit to weblog)

Jadi untuk melahirkan generasi yang sihat, anak yang sihat, keluarga yang sihat jom sama sama kita hindari, jauhi, pangkahi MSG .


Read More

Sabtu, 18 April 2015

Adab yang perlu dipatuhi apabila kita menjalankan aktiviti lasak berkuda

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kuda, jadi perkara pokok yang perlu anda tahu ialah tentang adab dengan kuda


Kuda adalah makhluk Allah yang sangat unik kerana ia mempunyai deria perasaan yang sangat kuat terhadap orang yang menunggangnya. Berdasarkan pengalaman saya membawa anak kecil yang menangis ketika menaiki kuda, rasa kelainan pada lenggok kuda, dia membawa kami dengan sangat perlahan kerana kuda faham dan tahu anak yang menangis itu takut menaikinya, dan kuda tersebut membawa dengan tenang dan buat yang terbaik kepada menunggangnya ...Allah hebatkan!!

Adab berkuda

  1. Jangan berdiri di belakang kuda dikuatiri kuda akan mengangkat kaki dan menendang kita
  2. Jangan gunakan flash apabila ingin mengambil gambar kuda, takut-takut haiwan ini akan terkejut
  3. Jika ingin mengusap kuda pastikan anda tidak memegang bahagian mulut kuda risau akan digigit kerana disangka makananmakanan

Jom saksikan video ni
bila kita confident di atas kuda
aura kita yang hebat tu akan diransfer kepada kuda
natijahnya dua dua nampak sangat Hebat!!!






Read More

Selasa, 14 April 2015

Memanah dan berkuda di Ladang Alam Warisan Kuala Pilah, kami berkumpul untuk berkasih-sayang kerana Allah, Family Day "Naila Super Power' bukti ukhuwah bukan sahaja dalam business tapi lebih dari itu

السلام عليكم (Assalamualaikum) pembuka bicara.....

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam, nikmat ukhuwah fillah ini, nikmat persahabatan yang tidak terjangkau oleh ku, Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W, Semoga kita sama-sama membawa Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita dan dapat amalkan Sunnahnya dari semudah-mudah sunnah hingglah sebesar-besar Sunnah. Amin Ya Rabb dengan izinNya.

Memetik dari sebuah Hadis Nabi S.A.W

لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kasih sayang dan persaudaraan adalah tuntutan Iman. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam Islam amat tinggi nilainya, Ia adalah kekuatan kedua bagi umat Islam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.


"Selangkah ke alam semulajadi"


Memang mengasyikkan dan mengangumkan, pertama kali aku terpandang papan tanda "Ladang Alam Warisan" hatiku tertanya-tanya, apakah debaran yang bakal menantiku di sana. Melalui laman sesawang, pakej yang ditawarkan menarik perhatianku. Ada aktiviti menunggang kuda, memanah cara tradisional dan yang paling menarik, memanah sambil menunggang kuda. Selain itu, ada juga aktiviti memberi makan haiwan seperti rusa dan pelbagai spesis ayam dan burung. Aku rasa, pasti menarik aktiviti di sana nanti. Perjalanan sejauh 20km begitu cepat ku rasakan. Ladang yang terletak di kampung tengah ini menyajikan pandangan yang mengasyikkan. Jadi, kami pilih Ladang Alam Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan untuk kami beruhkuwah.
(Luahan penganjur program hari keluarga naila)

Kenapa saya bertahan begitu lama dalam Shaklee?


Perkara yang paling bertuah sepanjang saya menceburi business shaklee adalah bila kami satu "Family Business" dapat berkumpul beramai-ramai untuk Program "Family Day Naila Super Power", selama dua tahun berjinak-jinak dengan business shaklee, sangat lah tidak sangka medium business ini menjadi titik tolak betapa utuhnya tali silaturrahim yang terbina di antara kami.

Bayangkan sahabat-sabahat business saya ni sanggup datang dari jauh, sanggup korbankan masa, tenaga, wang ringgit semata-mata teruja untuk meraikan di antara satu sama lain. Allahu

Apa yang best dalam Family Day Naila kali ni?

Aktiviti paling best dan meruntun jiwa kali ini ialah berkuda dan memanah, kenapa berkuda dan memanah?


1) Berkuda

Kami dapat merasai pengalaman berkuda dengan tunjuk ajar coach berpengalaman, masih ku ingat kuda-kuda bernama awan dan thunder yang amat mesra dengan kami. Apa yang paling menarik trainner kami menerangkan bahawa bentuk lekuk badan belakang kuda) iaitu tempat di tunggang, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Kerana apa pergerakkan rentak kuda berjalan menyebabkan tulang belakang manusia bergesel dalam keadaan harmoni.

2) Memanah

Perkara yang paling teruja ialah memanah, kami dapat merasai sendiri memegang busur dan anak panah. Masing-masing teruja untuk memanah seperti pahlawan Melayu lama. Memanah juga melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Jika emosi tidak stabil pasti anak panah tak kene pada sasarannya, Jadi, tips apabila nak memanah wajib rilek, tak gopoh then shoot!!! confirm tepat ke sasaran!! Sungguh Teruja!!

Secebis kenangan gambar-gambar untuk tatapan semua, betapa bestnya berkuda dan memanah ini.


Penuh dengan aksi pahlawan Islam gitu

Sedang feel naik kuda dengan si kecik anak ku Izzah
Adab berkuda klik sini


Nanny shaklee saya (tudung gray)


 
Allahuakbar pahlawah muslimah bersedia, teknik memanah kene betul baru kene target


Anak- anak kami pun join sekali, pupuk dari kecil untuk
 jadi orang yang hebat
khusyuk dengar penerangan Abang Ammar tentang memanah
 Adab memanah klik sini


Aksi cilik

Memberi makanan kepada rusa

Keterujaan mereka kegembiraan kami

Tadaa....sahabat-sahabat business shaklee saya


Makan bersama, masakan paling sedap daging salai masak lomak nogori, keli salai dan telur itik masak lemak, makanan tradisi nogori


Paling best dalam shaklee ni, anak anak adalah 
keutamaan kami


Orang kuat i reach (kak Lyna) dan naila (kak Ainul)


Yeah...aktiviti paling dinanti nanti 
*cabutan hadiah
*reward untuk uv (point)
*tukar tukar hadiah


Kami satu Family 
"Semoga kami berjaya dunia akhirat
ukhuwah fillah"


Gambaran keseronokan sepanjang aktiviti family day naila


Muka muka trainner Ladang Alam Warisan yang
bersama-sama kami menjayakan aktiviti family day naila


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa 
Hilang dimata dekat dihati tidak lupa
Berdoalah kita pada tuhan yang berkuasa
Semoga kita berjumpa lagi lain masa (sedih lah pulak) sambil layan perasaan....

Pastinya secebis kenangan ini tersemat kukuh di hati sanubari dan kami semua tidak sabar untuk kembali ke Ladang Alam warisan ini bagi merasa sendiri pengalaman "bersatu dengan alam" dikesempatan akan datang

ENDS....


Yang benar,
Nur Aini Amran
Your favourite SID (near to you)
Selasa 2.15 Petang

Ladang Alam Warisan
Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Wanna be part of our shaklee family??
klik sini














Read More

Rabu, 8 April 2015

Bahaya penyakit kencing manis kerana pengidap kencing manis sangat terdedah dengan penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang

Bahaya nya kencing manis dan jenis jenis kencing manis yang perlu anda tahu kerana kita semua sangat terdedah dengan penyakit ini (DIABETES MELLITUS) 

Kenapa kencing manis bahaya?

1) Darah menjadi pekat dan gelap - Kandungan glukos dan toksik yang tinggi di dalam darah menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama. Oleh itu darah akan menjadi gelap dan melekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

(2) Kerap dahaga dan kepanasan - Kepekatan glukos yang tinggi di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

(3) Sering letih dan mengantuk - Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, pengidap penyakit kencing manis akan kerap berasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan mengantuk, terutama pada waktu petang.

(4) Lemah tenaga batin atau mati pucuk - Tanpa mengira jantina, penyakit kencing manis akan menyebabkan gangguan hormon dan akhirnya akan mengganggu kemahuan seksual seseorang

(5) Tompokan pada kulit, gatal dan kebas - Oleh kerana glukos tidak dapat diserap oleh sel, sel akan menjadi semakin berkurang dan glukos akan berkumpul dalam darah kerana tidak diserap masuk oleh sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

(6) Sel kulit terutamanya kaki akan mula mati dan mengeras - Pengerasan darah menghalang bekalan oksigen ke sel-sel kulit menyebabkan kematian sel

(7) Gangrene bernanah pada jari kaki - Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai biasanya dah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...

(8) Jangkitan merebak - Jangkita gangrene yang semakin teruk akan menyebabkan kaki jadi busuk. Penyelesaian paling mudah adalah dengan memotong kaki pesakit. Namun, ia tidak akan menghentikan penyakit. Kalau potong masih bernanah, lepas tu potong lagi, nanah lagi, potong lagi..

(9) Penglihatan jadi kabur - Kapilari darah pada mata adalah sangat halus. Umumnya apabila pengaliran darah terjejas kapilari akan membengkak dan boleh pecah. Ia boleh menyebabkan katarak atau buta

(10) Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder - Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat kencing manis. 


Saya highlight disini kerana penyakit ni agak kronik sangat, so beware jika anda pengidap kencing manis anda sangat terdedah dengan penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang.


Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-


1. Diabetes bersandar insulin - Jenis pertama (Type I diabetes)

* Diabetes jenis pertama (Type I diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.* Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos.* Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.* Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga.* Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I.* Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.* Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak.* Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat.* Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur.* Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.* Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebaliknya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.


2. Diabetes bebas insulin - Jenis kedua. (Type II diabetes)

* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua).* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi.* Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.


3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

* Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.* Diabetes ketika hamil sering didapati dalam kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.* Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.


4. Diabetes bentuk lain

* Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.




Bagi ibu-ibu yang mengandung yang mengalami kencing manis dan ingin mencuba makanan kesihatan set shaklee saya suggestkan set ini untuk anda








Preview



PENGEDAR SAH SHAKLEE N9
NUR AINI AMRAN
0136288543
excellence84@hotmail.my
Read More

Isnin, 16 Mac 2015

tujuh khasiat ESP shaklee atau soy protien isolate powder yang perlu anda baca dan tahu

Pengenalan tentang ESP

ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein. Jadi, secara ringkasnya,

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA 

Dan disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan protein. Sebabnya makanan utama bagi sel ialah protein. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Apa faedah ESP?
Faedah ESP banyak. Antaranya: 

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Jom consume anda dah tahu kelebihan ESP

Info dan order
0136288543 Aini
COD negeri sembilan


Read More

Set memanah kanak-kanak dan dewasa dengan harga yang murah dan berpatutan serta free video pemasangan panah

Alhamdulillah hari ini saya ingin kongsikan sedikit info atau maklumat berkenaan dengan panduan Adab memanah yang amat sangat perlu dijaga dengan betul


Adab memanah


1. Jangan menghalakan busur panah ke arah orang walaupun tiada arrow (anak panah)
2. Jangan menarik busur panah walaupun tiada arrow (anak panah)
3. Pemakaian mestilah sesuai semasa memanah
4. Jangan membawa busur panah dan anak panah ke mana-mana tanpa tujuan kerana dikuatiri akan dianggap senjata oleh pihak pihak tertentu
5. Jangan bergurau senda semasa memegang busar panah
6. Jika anak-anak hendak memanah perlu ada pengawsan orang dewasa
7. Jangan memakai jam, gelang atau cincin semasa memanah
8. Adab memanah wajib dipatuhi uutuk keselamatan terutamanya

Sebelum memanah jangan lupa sebut kalimah mulia


Semoga semua mendapat manfaat dari info ini

Berminat untuk membeli set memanah kanak kanak dan dewasa, anda boleh terus hubungi saya



Set memanah kanak kanak 4-12 tahun
material fiberglass


Anda juga akan mendapat:

Free
  1. Video pemasangan panah
  2. Video memanah
Nur Aini Amran
0136288543 (whatsapp)

Read More

Jumaat, 6 Mac 2015

stevia adalah sejenis pemanis pengganti gula anda

alhamdulillah, sekadar perkongsian bagi mereka yang ingin hidup sihat, saya pengguna stevia kerana :

1.takut dan risau penyakit kencing manis kerana gula so prevent dulu sebelum terkena

2.seronok dapat hidup sihat

3.seronok bantu orang lain hidup sihat

4.risau berat badan berlebihan kerana gula








jom kita 'mengintai' manfaat stevia ni

info dan order stevia dan shaklee 0136288543
Read More

Isnin, 23 Februari 2015

tips kurus metabolisme badan dengan pengambilan supplement vita lea

Vita lea  membantu untuk kurus:

Vita lea sebagai pelengkap ( vitamin & mineral) kepada nutrisi yg diperlukan oleh sel yg sihat

Sel yg dpt nutrisi lengkap dpt menjalankan fungsi dgn BETUL dan BAIK..contoh pencernaan lemak di perut & hempedu dilakukan oleh enzyme lypase ..harus diingat enzyme2 dirembeskan atas 'arahan' minerals..kalau TAK CUKUP MINERALS, tiadalah enzyme yg cukup nk mencerna lemak2 makanan .

Dlm usaha untuk diet, biasanya metabolisme menjadi isu utama..metabolisma bermaksud PROSES PENUKARAN KALORI MAKANAN KEPADA TENAGA.

orang yg berat berlebihan/obes mempunyai metabolisme yang rendah di mana makanan tidak ditukarkan kepada tenaga tetapi LEMAK yg 'menginap' di organ2 dalaman, salur darah dan bawah lapisan epidermis kulit!

Vita lea mengandungi iron yg berfungsi tingkatkan kadar pengangkutan oksigen oleh haemoglobin ( darah) .sel2 cukup oksigen maka Metabolisme badan juga meningkat.

Metabolsme tinggi bermaksud banyak kalori ditukar kepada tenaga dan bukan disimpan sebagai lemak jahat!
Read More

cara hilangkan parut chicken pop di seluruh badan anda, selepas kene chicken pop parut tak dak dah, jom tonton video ni

Read More

Ahad, 22 Februari 2015

Cara rawat ruam pada bayi ruam susu atau ruam biasa

Cara rawat ruam kanak-kanak

Cara rawat ruam pada bayi anda dengan cream herbal blend. Seperti biasa saya tahu banyak sangat cream untuk ruam bayi. Tapi saya tetap memilih herbal blend sebab ia free paraben (no paraben or tak de paraben), lagipun cream herbal blend ini tidak berminyak. Sangat selesa untuk dipakai. Herbal blend produk shaklee ini yang paling penting ia semulajadi dan selamat.

Apakah itu paraben?

Ia sejenis bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet dalam bahan kosmetik, lotion dan sebagainya.

Salah satu bahayanya paraben ialah kerana ia boleh menyebabkan ellergic pada kulit seseorang. Bayangkan jika tidak berhati hati dalam pemilihan cream ruam untuk anak kita? mungkin ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada bayi anda.

Jadi jom kita tengok apakah kebaikan atau faedah cream herbal blend ini:


1. Baik untuk ruam ruam susu atau ruam biasa
2. Baik untuk tumit yang pecah, kasar dan merekah
3. Baik untuk gigitan nyamuk
4. Baik untuk ezcema
5. Baik untuk kulit kasar dan kering
6. Baik juga untuk gatal-gatal



 


Any info dan order boleh roger saya 
0136288543 aini


Read More

Sabtu, 7 Februari 2015

Tak kenal maka tak cinta, dah kenal dan cuba baru jatuh cinta

Keistimewaan produk Shaklee

1. Sentiasa selamat kerana lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setahun dann lebih daripada 350 ujian kontaminasi dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk bahan pencemaran berbahaya

2. Sentiasa berkesan kerana bahan semualajadi yang paling halus Shaklee

3. Sentiasa mesra alam kerana ia selamat untuk diri anda, keluarga dan bumi, selain itu, lebih daripada 100 kajian saintifik diterbitkan

4 langkah dalam memastikan ketulenan dan potensi bahan botani baru:

a) Ujian pengecaman oleh ahli botanik (di Philadelphia College of Pharmacy)

b) Pengesahan ujian kimia

c) Aktiviti  analisa untuk proses (HPLC/GCM/ICP)

d) Ujian keselamatan untuk pihak ketiga

Kenali shaklee

Syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan Climate Neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan CO2 100% pada tahun 2000

Pengasas Shaklee Corporation ialah Dr. Forrest C

Peneraju Shaklee ialah seorang jutawan bernama Roger Barnett selaku CEO dan pengurus Shaklee

Kenapa perlu mengambil supplement??

a. pencemaran udara air -mendatangkan penyakit

b. makanan tidak berkhasiat

c. nutrisi makanan semakin berkurang

d. pengambilan ubat berlebihan

e. cara masak (vitamin dan mineral musnah)

f. tekanan hidup

g. gaya hidup tidak sihat (kurang bersenam, kurang tidur)

h. penuaan sel sel badan (ancaman terbesar)

Produk produk shaklee


  • CoQHealth  - memelihara jantung anda
  • Collagen powder - menyokong pembentukan tisu tisu penghubung
  • Advanced joint health tablet - memberikan manafaat kepada sendi
  • Vivix - membantu melindungi proses penuaan sel
  • ESP - sumber protien yang berkualiti
  • Meal shakes - nutrisi asas untuk pertumbuhan
  • Performance drink - minuman elektrolit
  • Nutriferon - menguatkan sistem imun semulajadi dalam badan
  • CarotoMax - membantu meningkatkan penglihatan
  • Vitamin C - membekalkan vitamin C
  • Vitamin E - membekalkan vitamin E
  • Vita lea - membekalkan vitamin dan mineral
  • B complex - meningkatkan penyerapan tenaga
  • GLA - membantu mengawal paras hormon
  • Omega guard - membekalkan EPA dan DHA
  • Lecithin - membantu penyerapan vitamin A, D, E, K
  • OsteMatrix - mengandungi kalsium, magnesium serta vitamin D
  • DTX - detox hati
  • Alfalfa - penyaktoksin badan
  • Herb-Lax - julap lembut untuk detox
  • Garlic - antibiotik semulajadi
  • Peppermint Ginger - membantu buang angin lebihan dalam usus
  • Zinc - membantu menyembuhan luka
  • Cinch shake - memelihara otot
  • Cinch energy tea mix - teh hijau, putih dan merah meningkatkan metabolisme badan
  • Phytocol ST - mengurangkan kadar kolestrol


Info dan order
aini
0136288543
cod negeri sembilan
pos seluruh semenanjung malaysia
percuma konsultasi



Read More

resepi manggo lassi yang sihat ala aini amran

Hari ini nak share resepi manggo lassi ala ala pakistan

feeling luar negara gitu

Bahan bahannya:

-2 biji mangga, nak sedap beli buah mangga yang dari thailand or pauh kelantan memng sangat manis
-1 cawan yogurt atau tairu, saya suka guna yogurt yang beli kat tesco giant tu tak kisah jenama pe, ni lebih lemak, if korang beli tairu yang kat kedai mamak tu tak berapa lemak sangat sebab dia cair
-gula secukup rasa if manggo korang dah manis tak payah letak pun takpe atau if korang ade stevia sweetener leh guna (ganti gula)
-garam secukup rasa

-if korang ade mealshake letak satu sudu kecil (berkhasiat)
-if korang ade ESP letak satu sudu besar (bertenaga sampai berjam jam gitu)

jika takde pun no prob still jadi juga manggo lassi korang

semua bahan ni diblend sebati gitu

-hias dengan daun pudina
-letak ais lagi sedap

taraaaaa.....siap




see...manggo kuning pauh Kelantan


info  dan order shaklee dan stevia
contact aini 0136288543



Read More

Jumaat, 6 Februari 2015

Resepi takoyaki mudah dan senang ala aini amran

Resepi takoyaki

Disebabkan saya ni bancuh tako  tak guna sukatan, sebab bancuh macam buat jemput jemput je..so nanti saya update sukatannya..

Bahan takoyaki

1.tepung gandum(mana mana kedai)/tepung low protien(kedai bakery)/tepung takoyaki (jusco)
2.telur
3.minyak masak
4.susu dutch lady
5.garam/stok ayam
6.baking powder
7.air

Bahan isi takoyaki

1.crab/sotong tako/udang/ham ayam
2.carrot parut tambah mayonis (tak suka kubis)

Ff korang malas beli tepung takoyaki kat jusco then tambah air dan telur sahaja

Bahan sos

Ade 2 pilihan, if korang malas beli sahaja di jusco sos takoyaki
if rajin ni resepinya

1.sos tomato
2.kicap soy
3.halia potong halus
4.bawang putih potong halus
5.cendawan shitake potong halus
6.air sedikit

Bahan hiasan

1.bonito (ikan) (jusco)
2.seaweed (tabur)
3.mayonis

Boleh dapatkan barang barang ni dari saya
Tapi kene inform awal sebab kadang kadang stok terhad
aini 0136288543
Ff korang beli kat jusco pastikan ade halal ye

pan takoyaki

siap takoyaki

bonito

siap ni ade orang order


Read More

Selasa, 20 Januari 2015

Resepi nugget ayam home made simple dan mudah ala ala ayam berempah


Sharing saya kali ini adalah  resepi 'chicken nuggets utk kanak kanak ribena'
Kenapa anda mesti buat resepi ini:

1. Sedap dan mudah
2. Sihat tiada MSG, perwarna tiruan
3. Paling penting, anda dah tidak perlu beli nugget instant lagi

Resepinya adalah:


  • ayam cincang satu bekas sederhana
  • bawang merah dan putih cincang halus
  • sebiji telur gred c
  • jintan manis n putih blend secukup rasa
  • serbuk kari 2 sudu kecik atau seckup rasa
  • serbuk kunyit 1 sudu kecil atau secukup rasa
  • habbatus sauda 2 sudu kecil
  • garam secukup rasa
  • kucai potong kecil kecil
  • tepung gandum 2 sudu besar


Campurkan semua bahan diatas gaul sehingga rata
Kemudian gunakan sudu buatkan bulat bulat semasa menggoreng

Nak lagi sihat goreng nugget anda dengan olive oil

Jika ada lebih anda boleh simpan dalam peti untuk bekalan sarapan anak ke sekolah nanti
☺☺☺
Selamat mencuba semua
Semoga mendapat manfaat dari resepi saya iniini
p/s anak saya makan nugget ni dengan berselera gitu

ikhlas,
aini
ibu sihat dan bersemangat


siap untuk makan

habbatus sauda'


goreng jangan tak goreng

Read More

Sabtu, 3 Januari 2015

6 tips memilih tadika mandarin untuk anak anda

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam satu malaysia
ni hao ma?

Perkongsian saya hari ini (jin tian) berkisar tentang tips pemilihan tadika or taska mandarin untuk anak-anak, khusus bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak ke sekolah tadika mandarin dan ingin anak belajar bahasa mandarin.

Saya memang pernah belajar mandarin tapi masa sekolah menengah dulu, kemudian dah tinggal lama sangat, tak ingat dah, apabila saya bekerja sebagai seorang guru yang mana sekolah tersebut 70%  pelajarnya adalah chinese, walaupun subject yang saya ajar adalah pendidikan Islam, tiba-tiba terdorong pulak nak belajar basic course mandarin, so saya join intensive class selama 3 bulan khas untuk komunikasi sahaja (harga lebih kurang RM800 for 3 months) mahal kan? Finally, after exam then lulus dapat lah sijil dari company tu (lulus juga tau walaupun tak dapat A hihi).
 
Tujuan saya belajar, satu sebab minat then untuk memudahkan saya berkomunikasi dengan pelajar, maklumlah guru disiplin, guru kantin, guru bla bla so bila boleh cakap sikit sikit pelajar chinese ni faham lah, tapi rupanya secara tak sedar bahasa ni jadi satu medan da'wah juga in sha Allah (nak cerita panjang ni nati sambung entry lain)
Panjang dah intro nye ni hihi.....

Kita sambung kembali, Alhamdulillah experience saya selama 4 tahun hantar anak ke tadika mandarin memberikan feedback positive. Saya mempunyai dua orang anak uzma dan izzah, uzma telah hampir 3 tahun bersekolah di tadika mandarin, alhamdulillah dia sudah mampu menulis, berkomunikasi dan menyanyi serta memahami mandarin language. Walaupun nak bercakap agak malu malu (sebab uzma ni pemalu tapi mahu hihi) tapi saya sentiasa mengikut perkembangan report card uzma dan result peperiksaan (kao shi) uzma.

Mesti ade yang tertanya tanya eh ok ka sekolah tadika mandarin ni?, halal ke makanan?, anak boleh ke belajar nati tak faham cikgu (lao shi) ajar,  banyak tak kerja sekolah? ha....mesti kome tertanya tanya kan? rilek rilek...so saya akan jawab semuanya....

Perkara yang anda perlu tahu sebelum hantar anak ke sekolah mandarin:

1) Objektif:
Apekah tujuan anda menghantar anak anak ke sekolah ini? bagi saya, saya nak anak saya ade extra dalam bahasa yang dia pelajari. Disamping sistem pendidikan sekarang yang makin mencabar. fikirkan long term sistem pendidikan yang akan kita hadapi pada tahun 2012 nanti, bila kita ade tujuan so apa yang kita nak untuk anak kita tidaklah tersasar. Ini hanya pendapat saya.

2) Sedia mental dah fizikal
Bila anak anda meningkat dan membesar anda perlu bersedia mental dan fizikal, sebab tadika Chinese ni agak berbeza pendekatannya, yuran pun agak mahal, kerja sekolah mak ai banyak benor, kalo setahun tu buku aje lebih dari 25 jenis, belum masuk lagi latihan dia semua, huh so parents mestilah bersedia membantu anak anak kome, banyak sangat homework. So sebab saya dah ade basic mandarin so bila anak tanya at least boleh gak faham. tapi ibu bapa yang tiada lagsung basic mandarin no worry hokey, buku sekarang dah ade dua bahasa (english pun ado hihi), so setiap malam tolonglah anak buat revision no, 10 minit setiap malam pun dah kire ok tau.

3) Tarbiah anak anak
Ini sangat sangat penting walaupun anak anda tadika mandarin pastikan di rumah ade tarbiah Islamic yang anda terapkan ye, anak anak ni melihat setiap perbuatan mak pak diorang tau,
Bila solat ajak anak  join sekali, mengaji kalo boleh ajar ajar setiap malam, jika tak boleh anta class mengaji, doa doa harian ajar, setiasa terapkan nilai nilai dan adab adab Islam dalam diri anak anak.

Seterusnya tips pemilihan tadika mandarin:

a. Pastikan tadika berdaftar dengan dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
b.Pastikan makanan/menu yang disedikan Halal ade sijil lagi baik, lagi baik tanya siapa yang masak, ape menu masakan sekali. setiap kali saya daftarkan tadika bab makanan ni memang saya tanya ayam beli kat mana, siapa masak bla bla... Bab ini sangat penting as kita sebagai orang Islam. Bila dah puas hati baru lega. jika tadika tu provide halal food go on.. jika tak...no no....no....
c. Jika boleh cari tadika mandarin yang ade cikgu melayu dan ade pelajar melayu, tak kisah lah kuantitinya tak ramai, at least ade cikgu melayu anda boleh minta tolong tengok tengok kan anak anda.
d. Tanya silibus tadika, apa objective tadika, sijil dan sebagainya untuk persediaan primary school. 
e. Sebelum daftar tadika, survey dulu, kalo boleh survey lah 5 ke 10 tadika mandarin jika ada, buat comparison, senaraikan kebaikan dan kelemahan mengikut objektif anda sebagai ibu bapa, then baru decide...
f. Bila dah mendaftar pantau segala kelakuan anak, perkembangan anak, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sentiasalah berbincang dengan cikgu (lao shi) anak anak anda tentang perkembangan mereka. Sebaiknya hantar lah anak anda 4 tahun untuk belajar bahasa, kerana anda akan terkejut mereka boleh menguasai pelbagai bahasa. Dengan cikgu komunikasi mandarin dengan parents guna bahasa malaysia. Umur 3 ke 4 tahun sesuai untuk kanak kanak belajar bahasa, mereka tidak akan keliru...tetapi perlulah dipantau dengan baik.

ok setakat ini perkongsian saya, ade yang tertinggal saya akan update lagi dan lagi....

tu dia pamplet sume ku angkut

sebahagian tadika yang di survey




Read More