Khamis, 19 April 2018

Bahan untuk menyejukkan badan (panas dalam), melawaskan, membuang toksin dan lancarkan penyusuan ibu

Baru-baru ini, saya berpeluang belajar dengan rakan saya yang suami nya cina muslim tentang bahan-bahan untuk minuman sejukkan badan yang sesuai untuk semua, tak kira anak kecil, ibu mengandung atau ibu menyusu.

Cara sejukkan badan ini adalah mengikut kaum cina dan ia sangat berkesan bagi panas dalam.

Bahan-bahan nya ialah:

1. White fungus
2. Buah kundur
3. Gula batu
4. Biji teratai
5. Goji berry
6. Biji anggur
7. Kurma merah
8. Longan kering





Tips dan trick:

  • Mesti guna satu paket supaya lebih kaw kata auntie di kedai ubat sensei semasa saya beli bahan ini. Thank you auntie
  • Basuh dahulu semua bahan sebelum merebus selama satu jam setengah untuk bahan lebih lembut dan sebati
  • Belah biji teratai dan buang biji hijau di dalamnya untuk mengelakkan rasa pahit air apabila merebus
  • Buah longan masuk akhir sekali di dalam air rebusan setelah api di tutup untuk mengekalkan rasa manis buah longan
  • Boleh minum sejuk atau panas tau, segar sangat.

Jom saksikan video ini

Selamat mencuba semua..
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan