Selasa, 17 September 2019

Bukit Kutu destinasi pilihan yang best untuk hiking

Salam semua

Hari ini saya nak share pengalaman saya hiking di Bukit Kutu bersama dengan hikers G7 tau, Finally, alhamdulillah dapat juga jejak ke Bukit Kutu Kuala Kubu Bharu Selangor. Untuk pengetahuan semua ketinggian Bukit Kutu ni adalah 1053 meter. Macam gunung kan?

Bukit Kutu ni di antara pilihan hikers untuk cari pengalaman sebab bukan senang tau nak panjat Bukit Kutu ni, kawasannya ada yang mendatar, pacak, memanjat dan sebagainya.

Al kisah sebenarnya saya dan suami tak plan pun nak pergi hiking ke Bukit Kutu. By the time, bila tanya leader hiker Cikgu Aris, dia kata nak ke Bukit Kutu kene booking semua dulu, sebab nak naik atas perlu permit. So kami yang super busy sabtu dan ahad ni pendamkan lah dulu sebab tak confirm kan, tup tap jumaat sebelum pergi, rezeki ada pula yang tarik diri, so diorang tanya lah kami suami isteri sebab ada dua kekosongan.

Teruslah kami masukkan nama kami dalam list, malam tu kami terus packingkan barang. Sedikit panduan untuk korang yang nak hiking, peralatan yang perlu adalah seperti:

  • Air (beli yang dalam bentuk pack dan ade tiub), makanan 
  • Pakaian hiking mesti sesuai
  • Kasut hiking yang sesuai
  • Baju hujan
  • Sarung tangan
  • Plaster luka
  • Lampu
  • Tongkat

Ni semua adalah yang basic ya, sebenarnya banyak lagi, nati saya kongsikan kepada semua In sha Allah

Disebabkan kami dari seremban, so kami bertolak jam 4.00 pagi kerana perjalanan ke sana lebih kurang 2 jam 30 minit, so sampai di Kuala Kubu Bharu, kami solat dahulu di masjid KKB, sarapan sebelum bertolak ke Bukit Kutu. 

Oh ya sebelum terlupa bayaran untuk permit adalah RM5.00 sahaja dan RM1.00 kepada orang asli yang menjaga laluan masuk ke Bukit Kutu.

Tepat jam 8.00 pagi kami bersedia untuk hiking! setelah briefing, warm up dan doa untuk keselamatan, maka bermulalah pendakian kami ke Bukit Kutu.

Permandangan sangat cantik, siap ada air sungai yang sangat mengancam untuk mandi, hehe, semasa pendakian kami banyak juga pokok buah buahan seperti cempedak, rambai dan manggis di Bukit Kutu.

Pendakian kami hingga ke puncak mengambil masa selama 3 jam lebih, manakala untuk turun 2 jam lebih kerana disebabkan hujan so kami terpaksa turun dengan berhati-hati. Pendakian lebih kurang 6 jam yang sangat berbaloi!

Jom nikmati permandangan di Bukit Kutu.

Nak ke puncak kedua







Tinggalan sejarah


Sungai


Jernih kan



Batu di atas bukit




Posing sikit hehe






Geng hikers paling awesome



Bebaik lintas jambatan tu




Jambatan sebelum naik ke Bukit Kutu






Puncak kedua beratur nak naik


Bersedia untuk hiking


Kenangan


Puncak pertama


Puncak kedua



Read More

Kenapa semua orang perlu ambil suplemen atau makanan tambahan dalam kehidupan kita?

Sekadar pandangan seoarang penulis jalanan

Dulu semasa saya kecil saya ingat lagi mak saya ada juga memberi saya scout emulsion setiap minggu, saya bukan orang senang. Mak kata dalam scout emulsion ni ada vitamin, bagus untuk badan. So saya pun tanpa banyak bantahan. Maklumlah, mak kan, mesti tau yang terbaik untuk anaknya.

Masa berlalu...

Semasa umur saya di usia remaja pula, saya ingat mak rajin sangat ambil iron tablet serta b complex dari klinik untuk saya. Mak cakap ia bagus sangat untuk orang perempuan. Masa tu saya dah lebih memahami kenapa mak bagi iron dan b complex. Maklumlah masa tu dah celik, belajar sains di sekolah kan. So dah faham dah fungsi iron untuk darah dan b complex juga baik untuk kesihatan wanita.

Bila dah berumur 25 ke atas, saya memang tidak lagi mengambil apa jenis suplemen, tetapi pada waktu itu banyak perubahan yang tidak berapa baik berlaku pada saya, kerap berjangkit jika ada yang membawa virus batuk, selesema atau demam, badan agak berbau, muka berjerawat dan badan cepat naik apabila tidak bersenam. Ini juga disebabkan saya juga tidak menjaga pemakanan saya, makan berminyak dan berlemak, kurang mengambil serat, dan mungkin juga kurang bersenam, tidur lewat, pengurusan stress yang lemah dan beberapa faktor lain yang melemahkan lagi sistem imunisasi saya.

Kesedaran pengambilan suplemen atau makanan tambahan bermula ketika saya telah melahirkan anak kedua, saya mengalami masalah untuk menyusukan anak saya yang kedua, susu saya tidak semeriah semasa seawal kehamilan anak yang pertama, walaupun saya sempat juga menyusu anak pertama selama setahun lebih, kemudian mengandung anak kedua, beberapa perubahan berlaku setelah mempunyai dua orang iaitu saya cepat letih, penat, kulit muka kusam dan tidak bermaya, rambut kerap gugur serta kulit mengelebeh. 

Saya bersyukur juga sebab saya tidak mempunyai penyakit kronik seperti orang lain seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, gout dan pelbagai penyakit masa kini yang pelik-pelik.

Suplemen rupanya sangat penting.  







Read More

Sabtu, 7 September 2019

sebab ikhtiar yang berterusan akhirnya jumpa yang serasi

Bila time promosi nutriferon ni saya memang excited sangat sebab semua testimoni kat bawah ni memang ada kaitan dengan family saya

Why why why?

Dipendekkan cerita dulu masa remaja memang saya kerap kene tonsil dan batuk sampai lah dah ada anak pertama pun gitu.
Cari punya cari ikhtiar jumpe lah shaklee
Makan makan serasi sangat. Alhamdulilah tak pernah dah kene tonsil bengkak sampai sekarang. Syukur, kesihatan improve sangat!

Bila anak pertama lahir uzma ada eczema pulak dah tapi dia kene waktu dah agak besar lah dalam umur lebih kurang 5 tahun gitu

Terus tanpa ragu saya bagi nutriferon, omega. Serasi lah uzma dengan nutriferon dan omega. Of course kawal juga makan wei. No gula putih, no ayam ayam cucuk. Syukur...No more eczema dah sekarang. Cantik dah kulit. Sekarang dah kemain balun sotong bagai.

Sampai time izzah doc pernah minta buang tonsil sebab kerap demam. Ni mesti menurun mak dia ni 😂 asyik tonsil bengkak sesaje. Saya kata kat doctor nanti dulu lah doc bagi dia besar dulu. Doctor kata ok. Then saya tak stop saya usaha bagi nutriferon juga, kawal makan semua.
Makin lama makin improve jarang sangat dah demam batuk sampai dah darjah dua sekarang, tonsil pun elok tak de bengkak. So alhamdulillah no operation! Mak happy aih!

Sampai adzkia pulak hantar je taska kerap sangat kene batuk selesama jangkitan kuman kat paru paru lah. Masuk wad kemain berapa kali. So mak ikhtiar lagi kuarantin kan dia dari taska dan umah pengasuh semua. Amik omega nutriferon vitamin c. Buat sonotron bagai semua
Alhamdulillah tak jejak dah wad sekarang. Harap sampai bila bila lah yo

Tu sebab i sayang sangat produk shaklee ni. Sebab nilai kesihatan yang mak dapat memang berbaloi dengan ikhtiar mak!

Mak agak happy sekarang tido lena setiap hari🤣

Moga korang sentiasa sihat sihat dan sihat sebab mak akan down bila korang sakit. 

Eni amran

Mak yang happy😎
Read More