Selasa, 17 September 2019

Kenapa semua orang perlu ambil suplemen atau makanan tambahan dalam kehidupan kita?

Sekadar pandangan seoarang penulis jalanan

Dulu semasa saya kecil saya ingat lagi mak saya ada juga memberi saya scout emulsion setiap minggu, saya bukan orang senang. Mak kata dalam scout emulsion ni ada vitamin, bagus untuk badan. So saya pun tanpa banyak bantahan. Maklumlah, mak kan, mesti tau yang terbaik untuk anaknya.

Masa berlalu...

Semasa umur saya di usia remaja pula, saya ingat mak rajin sangat ambil iron tablet serta b complex dari klinik untuk saya. Mak cakap ia bagus sangat untuk orang perempuan. Masa tu saya dah lebih memahami kenapa mak bagi iron dan b complex. Maklumlah masa tu dah celik, belajar sains di sekolah kan. So dah faham dah fungsi iron untuk darah dan b complex juga baik untuk kesihatan wanita.

Bila dah berumur 25 ke atas, saya memang tidak lagi mengambil apa jenis suplemen, tetapi pada waktu itu banyak perubahan yang tidak berapa baik berlaku pada saya, kerap berjangkit jika ada yang membawa virus batuk, selesema atau demam, badan agak berbau, muka berjerawat dan badan cepat naik apabila tidak bersenam. Ini juga disebabkan saya juga tidak menjaga pemakanan saya, makan berminyak dan berlemak, kurang mengambil serat, dan mungkin juga kurang bersenam, tidur lewat, pengurusan stress yang lemah dan beberapa faktor lain yang melemahkan lagi sistem imunisasi saya.

Kesedaran pengambilan suplemen atau makanan tambahan bermula ketika saya telah melahirkan anak kedua, saya mengalami masalah untuk menyusukan anak saya yang kedua, susu saya tidak semeriah semasa seawal kehamilan anak yang pertama, walaupun saya sempat juga menyusu anak pertama selama setahun lebih, kemudian mengandung anak kedua, beberapa perubahan berlaku setelah mempunyai dua orang iaitu saya cepat letih, penat, kulit muka kusam dan tidak bermaya, rambut kerap gugur serta kulit mengelebeh. 

Saya bersyukur juga sebab saya tidak mempunyai penyakit kronik seperti orang lain seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, gout dan pelbagai penyakit masa kini yang pelik-pelik.

Suplemen rupanya sangat penting.  







About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan