Khamis, 9 Julai 2015

Tips melayan tetamu hingga tetamu happy sangat datang rumah kita sempena sambutan hari raya aidilfitri yang bakal tiba

Assalamualaikum

Salam ceria, salam manis pembuka bicara 

Di sini saya nak share ka sedikit tips semasa menerima tetamu di rumah kita, jangan takut untuk menerima tetamu kerana tetamu itu membawa rahmat dan rezeki dalam rumah kita. so ada adab-adab yang boleh dijadikan panduan untuk anda. Semoga bermanfaat

Siapakah tetamu?


Tetamu ialah orang yang menziarahi orang lain sama ada dijemput ataupun tidak dijemput. Menerima dan melayan tetamu adalah amalan yang digalakkan Islam.

Hasil carian imej untuk tetamu

Hukum melayan tetamu


Wajib melayan tetamu secara istimewa mengikut kemampuan tuan rumah terutama pada hari pertama datang.

Hasil carian imej untuk tetamu

Tips melayan tetamu hingga tetamu rasa happy datang rumah kita


1. MEMBERI LAYANAN YANG BAIK

  • Menyambut tetamu
  • Bersalaman
  • Mempersilakan masuk
  • Menyediakan tempat selesa

2. BERSIFAT IKHLAS DAN BERLAPANG DADA

  • Gembira tetamu datang
  • Tidak berasa kedatangan tetamu menggangu aktiviti harian

3. BERMUKA MANIS:

  • Sentiasa senyum 
  • Berbual-bual
  • Tutur kata tidak menyinggung perasaan

4. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN YANG BAIK KEPADA TETAMU

  • Terutama apabila tetamu hendak bermalam

Batas pergaulan bersama tetamu


  • Pakaian bersih, menutup aurat dan kemas
  • Jaga suasana rumah supaya tidak menganggu ketenteraman tetamu
  • Elak melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah tetamu
  • Maklumkan tetamu sekiranya ingin meninggalkan rumah kerana ada tugas 

Tips berkunjung ke rumah orang


  • Berkunjunglah mengikut masa yang sesuai.
  • Berilah salam terlebih dahulu sebelum masuk.
  • Masuk setelah dijemput dan duduk di tempat yang disediakan dengan sopan.
  • Elakkan diri daripada  memandang liar ke arah peralatan di dalam rumah.
  • Makan makanan yang disediakan dengan sopan apabila dijemput.
  • Ucapkan terima kasih terhadap layanan yang diberikan.
  • Ucapkan salam sebelum pulang.
  • Bermalam tidak melebihi tiga hari.
  • Tidak membawa orang lain bersama sebelum mendapat kebenaran tuan rumah

Kelebihan melayan dan menerima tetamu


  • Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah SWT.
  • Murah rezeki, dirahmati, dan diberkati Allah 
  • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunjungi.
  • Mengeratkan silaturahim dan memupuk semangat perpaduan.
  • Membantu perkembangan institusi pelancongan.


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan