Khamis, 2 Julai 2015

Sawan dalam kalangan kanak-kanak? adakah ia membahayakan??? rawatan menggunakan ayat al-Quran

Salam manis pembuka bicara

Pengenalan tentang sawan

Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.

Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula dengan kehilangan memori ringan absences sehingga konvulsi (jatuh atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari.

Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya melalui diet.

Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga kategori:
  • Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan otak - Grand Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.
  • Sawan Sebahagian (Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor). Mengakibatkan pesakit bingung dan tidak sedar apa yang berlaku.
  • Sawan Ketiadaan (Absence Seizure atau Epilepsi Petit Mal). Banyak terjadi pada pelajar sekolah rendah dan pesakit berada dalam keadaan tidak sedar dalam masa singkat (30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Biasa pulih apabila dewasa.

Jenis-jenis sawan

Terdapat beberapa jenis sawan. Penyakit sawan ada sementara dan ada mengambil masa untuk sembuh. Ada yang memiliki tanda sawan kronik dan ada di peringkat awal. Biasanya ia bermula dari umur enam bulan hingga lewat dua puluhan.

Puncanya adalah:
Penyakit sawan berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan dan kedudukan status ekonomi. Lebih separuh kes tidak mempunyai punca pasti.
  • Pengaruh genetik. Sesetengahnya ada sejarah keluarga, atau genetik. Penyelidik mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen tertentu.
  • Trauma di kepala yang dialami semasa kemalangan atau kecederaan trauma lain.
  • Gangguan perubatan. Penyakit seperti strok atau serangan jantung.
  • Demensia adalah punca utama sawan di kalangan orang dewasa lebih tua.Penyakit - meningitis, AIDS dan virus ensefalitis juga boleh menyebabkan sawan.
  • Kecederaan pranatal. Sebelum lahir, bayi terdedah kepada kerosakan otak disebabkan jangkitan daripada ibu, pemakanan atau kekurangan oksigen. Kira-kira 20 peratus sawan kanak-kanak berkaitan dengan cerebral palsy atau masalah neurologi lain.
  • Masalah pembangunan. Kadang-kala dikaitkan dengan gangguan perkembangan, seperti Autisme dan Sindrom Down.
Hasil carian imej untuk sawan dalam kalangan kanak kanak

Tanda awal

Demam sawan berpunca daripada demam panas pada kanak-kanak antara enam bulan hingga lima tahun. Sawan biasanya menyerang orang dewasa disebabkan faktor semulajadi dan tekanan mental dan mungkin sukar dikenal pasti di kalangan kanak-kanak.

Tanda kanak-kanak sawan
  • Merenung kosong seperti berkhayal.
  • Jatuh secara tiba-tiba tanpa sebab.
  • Kurang tindak balas untuk tempoh singkat.
  • Mengantuk berlebihan.
  • Mengangguk berulang-ulang.
  • Mata berkelip laju.
  • Sakit perut tiba-tiba diikuti kekeliruan.
  • Kerap cuai bila melakukan sesuatu.
  • Tiba-tiba takut tanpa sebab jelas.

Rawatan dengan ayat Al-Quran

Seperti diterangkan, wujud gangguan pada sistem saraf pesakit. Punca sebenar belum disahkan dan terdapat banyak hadis mengenai sawan menyebut gangguan jin.

Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s., baginda melihat seorang perempuan tua rambut beruban, mata biru, kening bertanduk, betis kecil, rambut kusut masai, mulut ternganga dan keluar pucuk api, dapat membelah bumi menggunakan kuku tajam dan memecahkan batu besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya, siapakah kamu? Adakah kamu manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang paling hodoh selain engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, …"

Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan mengganggunya."

Abu Sulaiman berkata apabila sekumpulan sahabat dalam perjalanan dan bertemu orang terkena sawan. Salah seorang membacakan Surah Al-Fatihah dan meniup di telinga beliau. Pesakit itu segera sembuh.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai perkara ini, beliau berkata: "Ia (Surah Al-Fatihah) adalah" Ibu Al-Quran "(Ummu al-Qur'an) dan penawar setiap penyakit."
Ayat yang boleh diamalkan adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56
Surah Ambiya ayat 74 hingga 81

Semoga dapat manfaat

Salam sayang,
anne
Sumber:
© Utusan Melayu (M) Bhd 
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Komen