Rabu, 1 Julai 2015

5 panduan keperluan pemakanan anak anda yang ibu bapa perlu tahu dan kepentingan vitamin C kepada kanak-kanak

Ramai ibu bapa yang masih kurang kefahaman tentang pemberian vitamin C kepada anak mereka, Walaupun vitamin C terdapat dalam sayur-sayuran hijau  dan buah buahan tetapi kadangkala kita terlupa tidak semua kanak-kanak makan sayur dan buah walaupun anda telah menggunakan pelbagai taktik dan kaedah untuk menarik minat anak anda makan makanan yang sihat.

Kepentingan vitamin C kepada anak anda

Vitamin C merupakan Antioksidan yang bermanfaat bagi pertumbuhan dan penggantian tisu, pembentukan kolagen serta membantu gusi sihat. Di samping itu, vitamin C turut meningkatkan penyerapan zat besi, mencegah pembekuan darah dan mempercepat proses penyembuhan luka. Ia terkandung dalam buah-buahan termasuk buah beri dan sayuran hijau seperti asparagus dan bayam.

5 panduan keperluan pemakanan anak anda

pix

1.      Khasiat pemakanan daripada sumber semula jadi

Setiap makanan yang berbeza membekalkan khasiat pemakanan yang berbeza. Memberi anak makanan pelbagai jenis dalam satu-satu masa mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral untuk tumbesaran anak seterusnya memastikannya sentiasa sihat. Kanak-kanak memerlukan kalsium yang tinggi iaitu kira-kira 800mg sehari. Oleh yang demikian, mereka perlu makan makanan yang kaya kalsium seperti susu, keju dan dadih. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula membekalkan vitamin A dan C. Untuk mendapatkan zat besi dan protein secukupnya, anak anda mesti mengambil daging dan kekacang. Selain itu, produk bijirin seperti roti dan bijirin sarapan pagi juga menyumbang ke arah peningkatan bekalan zat besi dan folat yang diperlukan oleh kanak-kanak.

2.      Jangan sekat anak makan

Kanak-kanak perlukan lemak secukupnya supaya mereka dapat membesar dengan sihat dan mengekalkan tenaga pada tahap yang tinggi. Ketika memberi anak makan, tidak perlulah anda beri dia  makanan yang rendah kalori. Misalnya, susu. Berilah anak minum susu penuh krim dan bukan yang rendah lemak melainkan atas arahan doktor. Secara umumnya, kanak-kanak perlukan 30% kalorinya daripada lemak.

Kebanyakan garis panduan keperluan khasiat pemakanan kanak-kanak bagi yang berusia di antara 1 hingga 3 tahun, mencadangkan agar mereka mengambil di antara 1000 hingga 1300 kalori setiap hari. Pakar pemakanan juga menyarankan agar kanak-kanak mendapat 16gm atau lebih protein setiap hari. Walau bagaimanpun, keperluan ini boleh berubah sekiranya anak anda terlalu kurus atau terlebih berat badan.

3.      Pentingnya vitamin

Bagi memastikan perkembangan serta tumbesaran anak berada pada tahap normal, anda perlu peka tentang vitamin dan mineral yang diambilnya. Pakar pemakanan mencadangkan kanak-kanak mengambil 40mg vitamin C, 400mikrogram vitamin A, 10mg zat besi, 10mg zink dan 50 mikrogram folat setiap hari.

4.      Tambah saiz hidangan

Walaupun anda mahu memastikan anak diberi makan berdasarkan keperluan pemakanan mereka yang telah digariskan, kuantiti makanan yang diambil oleh anak perlulah mengambil kira banyak aspek. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah di antara ¼ hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Selain itu, ramai juga kanak-kanak tidak suka makan tiga kali sehari. Sebenarnya, selagi anak anda mendapat cukup kalori untuk perkembangan mereka, anda tidak perlu risau.

5.      Bahaya kurang khasiat pemakanan

Sekiranya anak anda tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi hariannya, dia mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan. Kanak-kanak boleh mendapat anemia sekiranya zat besi yang diambilnya tidak cukup. Kanak-kanak yang menghidapi anemia mudah rasa letih dan pucat. Selain itu, jika seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink, deria akan terganggu. Akibatnya, mereka hilang selera makan. Sekiranya anak anda tidak makan dengan betul, perkembangan dan tumbesaran mereka turut terjejas. 


Selain daripada itu alternatif makanan tambahan semulajadi yang boleh ibu dan bapa cuba ialah:

  • vitamin c kanak-kanak
  • vita lea kanak-kanak  
Ia membekal kan vitamin yang diperlukan oleh badan anda secara semualajadi.








Hasil carian imej untuk vit c

salam sayang,
Anne
vitaminguruanda
0136288543
COD N9

sumber: pa&ma


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan