Khamis, 26 April 2018

Tanda-tanda bahaya yang anda perlu bawa anak anda berjumpa dengan doktor atau terus ke hospital

Sekiranya anak anda berumur kurang dari 5 tahun, dan mengalami tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa dengan doktor atau terus ke hospital

Di antara tanda tersebut ialah:

1. Demam berpanjangan yang mana melebihi tiga hari berturut-turut

2. Anak anda mengalami muntah yang berterusan

3. Anak anda tidak mahu menyusu atau minum langsung

4. Batuk kuat dan sukar untuk bernafas

5. Anak anda mengalami sawan

6. Cirit-birit dengan najis berdarah

7. Air kencing sedikit




Happy sharing ;]



Read More

Selasa, 24 April 2018

Penjagaan keselamatan bayi dan kanak-kanak

Penjagaan bayi dan kanak-kanak yang masih kecil sangat penting untuk mengelakkan pelbagai masalah berlaku. Pebagai kes kematian bayi dan kanak-kanak berlaku akibat kecuaian ibu dan bapa.  Jadi, Ibu dan bapa terutamanya sangat perlu ilmu keibubapaan supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. 

1. Posisi tidur bayi yang selamat

Tidurkan bayi dalam keadaan terlentang, jika anada gunakan selimut pastikan selimut nipis, selimutkan bayi anda tidak melebihi paras bahu. Kemaskan kiri dan kanak selimut untuk mengelakkan selimut menutupi muka bayi.

Pastikan juga bayi tidak ditinggalkan berseorangan dan periksa bayi anda sekurang-kurangnya 15 mnit semasa bayi tidur

2. Penyusuan (jika guna botol susu)

Tinggikan kepala bayi ketika menyusu 
Pastikan puting botol dipenuhi dengan susu supaya bayi tidak menghisap uada yang boleh menyebabkan kembung

Pastikan anda mensendawakan bayi selepas menyusu, ia sangat perlu untuk mengelakkan bayi dari tidak selesa 

Sendawa bertujuan untuk melepaskan gelembung udara dalam badan

3. Penjagaan bayi di bilik air

Pastikan baldi air atau besen kosong (tiada air langsung)

Jangan tinggalkan anak anda dibawah 5 tahun di dalam bilik air berseorangan

Pastikan pintu bilik air sentiasa ditutup setiap masa

Apabila mandi pastikan anda merasa suhu air terdahulu sebelum memandikan bayi anda


4. Alat permaianan bayi dan kanak-kanak

permainan mereka hendaklah bersesuain dengan umur anak anda.

Elakkan beri permainan yang boleh mendatangkan bahaya seperti:

  • Mudah tertelan
  • Tajam dan meyebabkan kecederaan
  • Mudah terbelit seperti tali 
Pilih juga permainan yang tidak bertoksik iaitu tiada kandungan plumbum, merkuri dan kadmium serta mudah terbakar. Awasi anak ketika bermain.








Read More

Isnin, 23 April 2018

Jus buah segar, 100% pure, tiada air dan gula tambahan, buah-buahan berkualiti dan di buang kulit semasa diproses

JUS BUAH SEGAR 😊😊😊

#Fresh#Yummy
# 新鲜#美味

•  JUS ISTIMEWA : HALIA, LEMON & MADU RM8.00
Baik untuk pencernaan, penurunan berat badan dan membuang toksik dalam badan

• JUS FANTASTIK : EPAL MERAH & KAYU MANIS RM7.00
Kaya dengan vitamin untuk badan

•  JUS DIET: EPAL HIJAU,TIMUN & LEMON RM8.00
Memberi kesegaran pada badan

• JUS CERIA : LOBAK MERAH, OREN & EPAL MERAH RM8.00
Kaya dengan vitamin A

•  JUS DIET: TEMBIKAI SUSU & ANGGUR HIJAU RM9.00
Membantu penurunan berat badan

•  JUS DETOX: NANAS, EPAL MERAH & PEAR RM8.00
Baik untuk sistem penghadaman

•  JUS FRESH: EPAL HIJAU, PEAR, TIMUN & LEMON RM8.00
Memberi kesegaran pada badan

•  JUS SIHAT: EPAL MERAH & OREN RM7.00
Kaya dengan vitamin untuk tubuh badan

Selain itu kami juga ada menyediakan JUS TEMBIKAI, JUS BUAH NAGA DAN JUS NANAS


  No added sugar & water
  Buah berkualiti & kulit dikupas
  100% pure ingredient

150 ml sebotol
Jus pure tahan 3 hari sahaja di dalam peti ais

🍏🍎🍉🍌🍒🍑🍅🥕🥑🍍

#GoSupportUs
#快来支持我们

Sebarang tempahan
Info dan order
0136288543




















Read More

Ahad, 22 April 2018

5 sebab mengapa kita perlu mengambil kolagen hari ini?

5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MENGAMBIL KOLAGEN HARI INI

Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan, terutamanya kulit. Ketahui mengapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen optimum dalam badan dan kenapa kita perlu bermula hari ini.


1) KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG 

30% protein dalam badan anda adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan. Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut.

2) KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan, fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda. 


3) KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4) OH TIDAK! PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN

Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang.

5) KOLAGEN ANDA ROSAK SETIAP HARI

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV, anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.






Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera

Read More

Jumaat, 20 April 2018

Pemakanan sihat untuk kanak-kanak cergas dan bijak, info ringkas snek sihat untuk anak-anak

Selain menyediakan anak-anak untuk ke sekolah dengan baju baru, buku dan peralatan sekolah. Kita mungkin mengabaikan bahagian yang paling penting dalam memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat – pemakanan. 

Vitamin dan mineral adalah nutrien penting untuk perkembangan tubuh anak anda bagi membantu mereka memberi tumpuan dalam kelas, menguatkan memori dan tenaga untuk bermain. Bekalkan makanan tengahari yang sihat atau snek yang enak untuk anak-anak anda boleh menjadi lebih mudah. 


Jadikan Sarapan Keutamaan 

Mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Galakkan anak-anak anda untuk bersarapan sebelum ke sekolah, duduk dan makan bersama mereka. Tidak perlu makanan panas yang rumit, cukup sekadar makanan biasa yang mudah dibuat seperti telur dan roti bakar, bijirin gandum penuh dengan susu atau oat dengan buah-buahan adalah pilihan yang sihat untuk sarapan cepat dan berkhasiat

Jadikan Makan Tengahari Saat Menyeronokkan

Walaupun sekolah menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman, dinasihatkan untuk memberi bekalan snek sihat untuk anak-anak anda supaya mereka mendapat semua nutrien yang mereka perlukan sepanjang pagi. Tukar sandwic yang membosankan menjadi makanan yang sihat dan menyeronokkan dengan menukar roti putih kepada roti gandum penuh atau gulungan tortilla gandum. Selain salad, cuba tambah parutan lobak merah atau kepingan avokado dengan daging ayam 

Pek Snek Sihat 

Anak-anak anda mungkin lapar pada waktu akhir persekolahan. Anak-anak yang lapar berkemungkinan besar akan makan snek tidak sihat atau cenderung makan terlalu banyak. Jadi bekalkan snek sihat untuk mengurangkan rasa lapar mereka. Pilihan terbaik adalah kekacang seperti walnut atau badam dan buah-buahan seperti epal dan pisang. Dengan cara ini, anak-anak anda tidak akan berasa terlalu kenyang ketika sampai di rumah untuk makan 


Suplemen Bijak 

Walaupun makanan menyediakan anak-anak anda tenaga yang mereka perlukan, agak sukar apabila anak-anak anda memilih makanan. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa sibuk dan mempunyai sedikit masa untuk menyediakan makanan sihat untuk anak-anak anda. Apabila anak anda tidak mahu atau tidak boleh makan mengikut hidangan yang disyorkan, beralih kepada suplemen untuk menutup jurang nutrien. Pilih Shaklee Vita-Lea® For Children, lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting, memberikan spektrum mikronutrien yang luas untuk kekal kuat dan sihat!

Diformulasi dengan 18 vitamin and mineral penting:

• Vitamin A • Vitamin C • Vitamin D • Vitamin E • Thiamin • Riboflavin • Niacinamide • Vitamin B6 • Folate • Vitamin B12 • Biotin • Asid Pantothenic • Kalsium • Besi • Iodin • Magnesium • Zink 
 • Tembaga


Keistimewaan vita-lea untuk kanak-kanak
  • Tanpa tambahan pengawet
  • Pemanis atau perasa tiruan
  • Dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi 
  • Bebas gluten 
  • Berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja 





Read More

Khamis, 19 April 2018

Bahan untuk menyejukkan badan (panas dalam), melawaskan, membuang toksin dan lancarkan penyusuan ibu

Baru-baru ini, saya berpeluang belajar dengan rakan saya yang suami nya cina muslim tentang bahan-bahan untuk minuman sejukkan badan yang sesuai untuk semua, tak kira anak kecil, ibu mengandung atau ibu menyusu.

Cara sejukkan badan ini adalah mengikut kaum cina dan ia sangat berkesan bagi panas dalam.

Bahan-bahan nya ialah:

1. White fungus
2. Buah kundur
3. Gula batu
4. Biji teratai
5. Goji berry
6. Biji anggur
7. Kurma merah
8. Longan kering





Tips dan trick:

  • Mesti guna satu paket supaya lebih kaw kata auntie di kedai ubat sensei semasa saya beli bahan ini. Thank you auntie
  • Basuh dahulu semua bahan sebelum merebus selama satu jam setengah untuk bahan lebih lembut dan sebati
  • Belah biji teratai dan buang biji hijau di dalamnya untuk mengelakkan rasa pahit air apabila merebus
  • Buah longan masuk akhir sekali di dalam air rebusan setelah api di tutup untuk mengekalkan rasa manis buah longan
  • Boleh minum sejuk atau panas tau, segar sangat.

Jom saksikan video ini

Selamat mencuba semua..
Read More

Rabu, 18 April 2018

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C, Mengatasi Radikal Bebas untuk Kulit yang Sihat

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Mengatasi Radikal Bebas untuk Kulit yang Sihat 

Alami semula nikmat kesihatan dengan mengambil nutrien yang tepat. Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida. Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda

Keistimewaan Shaklee 

• Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. 
• Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam. 
• Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C 

• Memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan juga kulit anda.
• Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.





Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera


Read More

Selasa, 17 April 2018

Eczema, tonsil, pnemonia, resdung, kerap batuk, berat badan cepat naik dan masalah muka jerawat serta sensitif

Setiap yang berlaku sebelum menyerah kita perlu ikhtiarkan?
Jadi bila dah ikhtiar, dah usaha mesti ada kesan yang positif dalam mana-mana usaha kita

Anak saya yang pertama lahir dengan sihat, tetapi start umur dia 6 tahun, saya mula perasan di pelipat tangan dan kakinya sering gatal-gatal. Saya terus bawa ke klinik yang berdekatan, rupa nya Uzma ada simpton eczema. Mujur sedar awal, mujur juga eczema hanya di pelipat kaki dan tangan sahaja. Saya mula control pemakanan dia, ayam saya tidak beli di pasar biasa, saya akan beli ayam kampung atau jenama lain seperti Ladangku, az-Zain dan yang tidak di cucuk hormon.

Alhamdulillah Uzma juga saya biasakan dia makan lebih sayur dan buah. Bila dah biasa akhirnya mungkin dah sebati pemakanan tersebut dengan dia. Saya kurang udang dan sotong, lebih kan ikan dan ayam kampung, kurangkan gluten, cuba kawal jajan-jajan yang tidak sihat supaya dapat kurang simpton ezcema tersebut. Susu juga saya hanya beri yang fresh seperti jenama Farm fresh.

Saya juga dapatkan nasihat doktor, alhamdulillah doktor pun setuju bila saya inform doktor saya beri Uzma suplemen seperti Omega Guard shaklee dan Nutriferon serta sentiasa sapu cream serbaguna Herbal Blend yang selamat.  Dua suplemen ni ada fungsi tertentu. Omega kurang keradangan pada kulit-kulit akibat gatal eczema. Manakala nutriferon bantu tingkatkan imunisasi badan.

Oh ya, sabun pencuci juga saya tukar, saya juga risau alahan atau eczema tersebut berpunca dari sabun basuh baju. Jadi saya tukar sabun basuh baju dan sabun basuh pinggan kepada yang lebih organik dan selamat. Get Clean

Anak kedua saya juga lahir dengan sihat walafiat, cuma dia kerap demam dan kerap terkena jangkitan pada tonsil. Pernah juga tonsilnya bernanah dan masuk hospital. Doktor ada juga suggest untuk buang atau operate tonsil Izzah, cuma pada waktu itu Izzah agak kecil dan saya belum bersedia untuk membenarkannya. Kami suami isteri bercadang untuk operate tonsil tersebut waktu Izzah sekolah rendah. Izzah juga kerap batuk teruk dan perlu pakai inhaler. Tonsil

Alhamdulillah setelah mencari alternatif akhirnya hingga berumur 7 tahun sekarang kesihatan Izzah sangat memberangsangkan dan tak perlu di operate tonsilnya, Syukur sangat pada Allah. Alternatifnya seperti biasa, saya kawal pemakanan, kurangkan manis dan berminyak dalam masakan, banyakkan sayur dan buah serta mengambil suplemen seperti kakak Izzah iaitu omega, nutriferon, performance drink dan mealshake. Inhaler pun dah stop lama. Pengalaman sendiri

Mealshake sangat membantu top up dan bekalkan vitamin dan mineral yang tidak cukup dalam badan kita, Omega untuk kurangkan batuk, semput dan keradangan, manakala nutriferon untuk imunisasi badan.

Kami diuji lagi dengan anak ketiga Adzkia yang terkena jangkita kuman pada paru-paru semasa usia 5 bulan, dan sejak itu Adzkia memang kerap sangat dijangkiti, dalam usia 2 tahun sudah lebih kurang 5 kali juga lah kami berulang ke hospital kerana Adzkia kerap dijangkiti

Seperti biasa saya dan suami tidak berputus asa kami mencari alternatif juga selain menukar tempat jagaan nusery Adzkia, menukar susu kepada rice, bukan susu lembu,soya atau kambing, mengambil suplemen dan elakkan makanan yang boleh menyebabkan batuk dan selesema. Alhamdulillah kesihatan Adzkia bertambah baik sejak dia berumur 2 tahun

Diantara pemakanan yang saya cuba elakkan untuk Adzkia ialah seperti:

1. Semua jenis buah citrus
2. Kicap
3. Pisang, tembikai dan anggur

Alhamdulillah Adzkia serasi dengan nutriferon, omega dan mealshake.

Selesai sharing tentang anak-anak, sharing tentang mak dan ayah pula.

Suami saya ada masalah resdung, kalau makan tak di jaga mulalah resdung menyerang. Maklumlah selera orang muda ni semua teringan nak makan kan, Alhamdulillah sebab jaga makan dan alternatif suplemen Vivix, kesihatan lebih baik, dulu tergaru sekarang dah kurang sangat, bersih setiap pagi pun berkurang. Malah badan rasa lebih bertenaga dengan Vivix.

Sambung lagi masalah ibu pula, saya memang ada masalah batuk kerap, berat badan cepat naik dan masalah kulit muka bermasalah. Alhamdulillah kesan daripada jaga regim pemakanan, buat detox, bersukan alhamdulillah terasa lebih sihat sangat. Skin care juga saya tukar kepada yang lebih selamat iaitu Youth skin care. Nak pakai pun lebih confident dan selamat. Youth Skin Care

Syukur sangat dengan kesihatan yang diberikan oleh Allah, semoga sharing ini membatu rakan-rakan yang menghadapi masalah yang sama macam keluarga saya. Jaga pemakanan, sentiasa bersenam dan mengambil suplemen yang selamat.

Love 
Aini








Read More

Isnin, 16 April 2018

Penemuan revolusi daripada shaklee penuaan secara sihat: Vivix

Vivix® 

PENEMUAN REVOLUSI DARIPADA SHAKLEE PENUAAN SECARA SIHAT

Vivix:

- Semulajadi
- Dalam proses paten
- Ramuan utamanya telah dikaji secara klinikal
- Eksklusif untuk Shaklee

Formula lazat yang kaya dengan polifenol, yang tergolong dari kumpulan Fitokimia berasaskan tumbuhan membantu dalam menjaga kesihatan sel anda.

Vivix dihasilkan oleh campuran botanik:

- Polygonum Cuspidatum
- Anggur Muscadine
- Elderberi Eropah
- Lobak Ungu

Gabungan istimewa kami berasaskan daripada Anggur Muscadine, menggunakan proses ekstrak berpaten. Diperkaya dengan Sumber Alam, diperhebat dengan Sains






Read More

Jumaat, 13 April 2018

Jom semak dan kira kolestrol anda sehari?


Berapa banyakkah kuantiti kolesterol yang boleh saya ambil dalam sehari?

Mengikut persatuan jantung Amerika, anda mestilah menghadkan purata pengambilan kolesterol kurang daripada 300mg sehari.

Tetapi, jika anda telah didiagnos dengan penyakit jantungia perlu dikurangkan kepada 200mg sehari.

Jom Semak! Berapa banyakkah kolesterol yang anda ambil dalam sehari?

Sarapan Pagi?
+
MakanTengahari?
+
Makan Malam?

Jumlah Kolesterol=





Ingin dapatkan produk shaklee untuk masalah kolestrol
boleh hubungi saya 0136288543

Read More

Selasa, 10 April 2018

Kenapa ibu mengandung dan ibu menyusu perlu set berpuasa sepanjang bulan Ramadhan

6 cara mengatasi ketidakselesaan semasa berpuasa

Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan. Ini adalah enam cara yang dapat membantu mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan!

1. KETIDAKHADAMAN (PEDIH ULU HATI) 

Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati. Puasa biasanya mengurangkan jumlah asid perut. Walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku apabila anda teringat mengenai makanan atau anda hidu bau makanan dimana, secara semulajadinya akan memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut.

Penyelesaian

Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan:

• Makan secara sederhana.
• Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
• Mengurangkan pengambilan kafein.
• Mengambil protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esophagus.
• Mengambil Pudina dan halia untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut.

2. SEMBELIT 

Sembelit adalah perkara yang biasa dihadapi semasa berpuasa, disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat.

Penyelesaian

Penting bagi anda untuk:
• Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
• Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-LaxTM, julap semula jadi.

3. LETIH DAN LESU

Pengambilan nutrien dan tidur yang tidak mencukupi serta kehilangan elektrolit menyebabkan tahap tenaga anda menurun.

Penyelesaian

Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:
• Mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti untuk lebih kesegaran semasa bangun bersahur.
• Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance®.
• Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti ESP Soy Protein.

4. SAKIT KEPALA 

Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyelesaian

Kurangkan sakit kepala! Pastikan anda:
• Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang - pastikan anda bangun untuk sahur.
• Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
• Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.

5. DEHIDRASI 

Secara semula jadi, badan anda kehilangan elektrolit melalui pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kecil. Kehilangan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi, dan pendedahan kepada haba, pengambilan air yang rendah sebelum memulakan puasa serta aktiviti fizikal akan menerukkan lagi dehidrasi.

Penyelesaian

Elakkan dehidrasi dengan:
• Berada di persekitaran yang sejuk.
• Elakkan pendedahan berlebihan kepada haba.
• Minum Performance®, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.


6. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI 

Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

Penyelesaian

Kekalkan berat badan optimum dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
• Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
• Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.















Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera


Read More

Isnin, 9 April 2018

Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak, pengalaman pertama yang tidak boleh dilupakan

Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak

Bagi ibu bapa yang nak merasai pengalaman glamping bersama dengan anak-anak anda boleh berkunjung ke caravan serai di Bentong, Pahang. Pengalaman yang sangat seronok di sini sebab anda bersama anak-anak boleh merasai suasana 'Back to nature' yang sangat mengujakan.

Glamping atau glamorous camping sekarang memang tengah famous sangat kan sekarang?
Cara berkhemah dengan elemen mewah gitu. Walaupun konsep glamping ni sudah lama bertapak di negara-negara Eropah, ha, jangan tak tau di Malaysia pun tidak berkecuali.

Saya bersama keluarga sebenarnya bercadang untuk menyambut birthday dua orang puteri yang lahir pada bulan april, short vacation ini sebenarnya tidak dirancang pun, kami decide lokasi di selangor, memandangkan semua hotel biasa seperti biasa penuh, tak sangka juga bila search google Caravan Serai masih ada kosong. 

Bila tengok konsep tent di Caravan Serai, rasa macam menarik sangat nak bawa anak-anak ke sana. Alhamdulillah kami dapat juga special price dari Caravan serai. Staf diorang memang pantas, selepas sahaja call, diorang terus follow up dengan whatsapp. Selesai transfer duit pakej di Caravan Serai. Kami dengan pantas terus ke Bentong. Check in jam 3.00 petang!

Pakej yang kami terima di Caravan Serai ialah: 

( 2 dewasa, seorang anak 9 tahun, 7 tahun dan 2 tahun)

Promotion package for Deluxe Safari Tent stay @RM278 nett

Extra Guest charge @RM65 p/pax include single airbed, breakfast & nature walk activity x 2pax = RM130

Steamboat dinner @RM45 p/pax - ADULT/ RM23 p/pax - CHILDREN
= RM136

*Total amount RM544 nett*

Kami memilih untuk dinner di Caravan Serai. Pihak diorang juga ada menyediakan BBQ bagi mereka yang suka bakar-bakar.

Aktiviti yang menarik disini:

1. Ping pong (free)
2. Badminton (free)
3. Berbasikal (berbayar)
4. Karaoke (berbayar)

Pengalaman yang paling berharga untuk anak-anak yang pastinya tidak di ajar di sekolah ialah:

1. Anak-anak merasalah masuk hutan (kebuh buah) sambil petik buah manggis dalam kebun, ala ala jungle tracking pun ada. kami merasa makan buah manggis sebab buah-buahan lain telah habis musimnya. So kalau korang nak merasa buah lain seperti langsat, rambutan dan durian boleh datang bulan Januari atau bulan Julai.
2. Menyusuri sungai kecil
3. Merasa pengalaman menoreh getah
4. Merasa lah tidur dalam khemah di tepi hutan belantara
5. Merasa mandi manda air sungai yang belum tercemar
6. Merasa lah tengok pacat dan segala jenis serangga
7. Merasa lah kenal pokok durian, manggis, langsat dan nangka
8. Merasa juga kene gigit dengan nyamuk hihi
9. Merasa mandi kolam dari air sungai yang bebas klorin

Glamping di Caravan Serai ni, memang sangat memuaskan, staf diorang ok sangat start dari  kami check in sampailah check out, semua kemudahan di sini pun lengkap dan sangat memuaskan, dan yang paling best tempat di sini di jaga dengan begitu bersih dan kemas sangat-sangat, so dapatlah hirup udara yang SEGAR, hilang rasa tekanan kerja sementara. Dekorasi di sini cantik! 
Makanan di sini juga sedap sangat!

Gambar sepanjang sehari semalam di sini


Pekan Bentong


Kawasan kampung Musang King



Anak sungai yang belum tercemar


Glamping


Ubat nyamuk ada jangan isau


Penyidai dalam khemah


Suasana nature walk


Siap semua, so tak panas, malam sejuk sangat sebab dalam hutan kan


Bilik air pun dalam khemah


Kolam air sungai no klorin!


Lengkap, ok la kan


Katil queen, towel, selimut semua ada


Stand by untuk anak-anak


Tandas, singki, sabun mandi, shampoo, shower semua ada dalam bilik air



Cantikkan?



Mandi sungai


Ready untuk nature walk


Belajar menoreh getah



Kebun buah-buahan


fuhhhh memang berpeluh, tinggi sangat



Menyelusuri sungai


Berjaya habiskan nature walk


Kopi durian




Steamboat














Jom Bercuti, jom Glamping



Read More