Sekiranya anak anda berumur kurang dari 5 tahun, dan mengalami tanda-tanda ini, anda perlu berjumpa dengan doktor atau terus ke hospital
Di antara tanda tersebut ialah:
1. Demam berpanjangan yang mana melebihi tiga hari berturut-turut
2. Anak anda mengalami muntah yang berterusan
3. Anak anda tidak mahu menyusu atau minum langsung
4. Batuk kuat dan sukar untuk bernafas
5. Anak anda mengalami sawan
6. Cirit-birit dengan najis berdarah