Salam semua
Hari ini saya nak share pengalaman saya hiking ke Bukit Baginda,yang terletak di Batu Kikir Negeri Sembilan
Uniknya Bukit Baginda ni sebab banyak sangat batuan unik pelbagai bentuk, atau pun wave rock.
Nak hiking disini mudah, tak perlu guide
Cuma perlu bayar bayaran masuk dan permit, jangan risau sebelum korang naik ke bukit ni, ada pegawai yang akan collect bayaran masuk dan permit tersebut
Bayaran masuk RM3
Permit RM5
Ketinggian 450 meter TAPIIIII... track di sini mendaki sahaja tiada jalan yang rata. BOLEH TAHAN TAU!
So untuk dewasa lebih kurang 1 jam setengah mendaki ke puncak
(sampai di puncak jangan lupe bergambar di wave rock)
Then untuk menurun ambil masa lebih kurang 1 jam (jaga jaga banyak akar menjalar)
Apa yang best selain batuan unik, sebelum korang mendaki ke puncak korang akan berjumpa dengan sebuah gua, korang wajib melalui gua ini sebelum sampai ke puncak. Menarik kan?
Jangan lupa bawa head lamp tau sebab gua ni sangat gelap!
JOMMM....
0 comments:
Catat Ulasan