Memaparkan catatan dengan label Snek sihat untuk anak anda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Snek sihat untuk anak anda. Papar semua catatan

Jumaat, 20 April 2018

Pemakanan sihat untuk kanak-kanak cergas dan bijak, info ringkas snek sihat untuk anak-anak

Selain menyediakan anak-anak untuk ke sekolah dengan baju baru, buku dan peralatan sekolah. Kita mungkin mengabaikan bahagian yang paling penting dalam memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat – pemakanan. 

Vitamin dan mineral adalah nutrien penting untuk perkembangan tubuh anak anda bagi membantu mereka memberi tumpuan dalam kelas, menguatkan memori dan tenaga untuk bermain. Bekalkan makanan tengahari yang sihat atau snek yang enak untuk anak-anak anda boleh menjadi lebih mudah. 


Jadikan Sarapan Keutamaan 

Mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Galakkan anak-anak anda untuk bersarapan sebelum ke sekolah, duduk dan makan bersama mereka. Tidak perlu makanan panas yang rumit, cukup sekadar makanan biasa yang mudah dibuat seperti telur dan roti bakar, bijirin gandum penuh dengan susu atau oat dengan buah-buahan adalah pilihan yang sihat untuk sarapan cepat dan berkhasiat

Jadikan Makan Tengahari Saat Menyeronokkan

Walaupun sekolah menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman, dinasihatkan untuk memberi bekalan snek sihat untuk anak-anak anda supaya mereka mendapat semua nutrien yang mereka perlukan sepanjang pagi. Tukar sandwic yang membosankan menjadi makanan yang sihat dan menyeronokkan dengan menukar roti putih kepada roti gandum penuh atau gulungan tortilla gandum. Selain salad, cuba tambah parutan lobak merah atau kepingan avokado dengan daging ayam 

Pek Snek Sihat 

Anak-anak anda mungkin lapar pada waktu akhir persekolahan. Anak-anak yang lapar berkemungkinan besar akan makan snek tidak sihat atau cenderung makan terlalu banyak. Jadi bekalkan snek sihat untuk mengurangkan rasa lapar mereka. Pilihan terbaik adalah kekacang seperti walnut atau badam dan buah-buahan seperti epal dan pisang. Dengan cara ini, anak-anak anda tidak akan berasa terlalu kenyang ketika sampai di rumah untuk makan 


Suplemen Bijak 

Walaupun makanan menyediakan anak-anak anda tenaga yang mereka perlukan, agak sukar apabila anak-anak anda memilih makanan. Lebih-lebih lagi jika anda sentiasa sibuk dan mempunyai sedikit masa untuk menyediakan makanan sihat untuk anak-anak anda. Apabila anak anda tidak mahu atau tidak boleh makan mengikut hidangan yang disyorkan, beralih kepada suplemen untuk menutup jurang nutrien. Pilih Shaklee Vita-Lea® For Children, lengkap dengan 18 vitamin dan mineral penting, memberikan spektrum mikronutrien yang luas untuk kekal kuat dan sihat!

Diformulasi dengan 18 vitamin and mineral penting:

• Vitamin A • Vitamin C • Vitamin D • Vitamin E • Thiamin • Riboflavin • Niacinamide • Vitamin B6 • Folate • Vitamin B12 • Biotin • Asid Pantothenic • Kalsium • Besi • Iodin • Magnesium • Zink 
 • Tembaga


Keistimewaan vita-lea untuk kanak-kanak
  • Tanpa tambahan pengawet
  • Pemanis atau perasa tiruan
  • Dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi 
  • Bebas gluten 
  • Berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja 





Read More