Selain menyediakan anak-anak untuk ke sekolah dengan baju baru, buku dan peralatan
sekolah. Kita mungkin mengabaikan bahagian yang paling penting dalam memastikan
anak-anak kita membesar dengan sihat – pemakanan.
Vitamin dan mineral adalah nutrien
penting untuk perkembangan tubuh anak anda bagi membantu mereka memberi tumpuan
dalam kelas, menguatkan memori dan tenaga untuk bermain. Bekalkan makanan tengahari
yang sihat atau snek yang enak untuk anak-anak anda boleh menjadi lebih mudah.
Jadikan Sarapan
Keutamaan
Mulakan hari dengan sarapan yang berkhasiat. Galakkan
anak-anak anda untuk bersarapan sebelum ke sekolah, duduk
dan makan bersama mereka. Tidak perlu makanan panas yang
rumit, cukup sekadar makanan biasa yang mudah dibuat
seperti telur dan roti bakar, bijirin gandum penuh dengan susu
atau oat dengan buah-buahan adalah pilihan yang sihat untuk
sarapan cepat dan berkhasiat
Jadikan Makan Tengahari
Saat Menyeronokkan
Walaupun sekolah menawarkan pelbagai jenis makanan dan
minuman, dinasihatkan untuk memberi bekalan snek sihat untuk
anak-anak anda supaya mereka mendapat semua nutrien yang
mereka perlukan sepanjang pagi. Tukar sandwic yang membosankan
menjadi makanan yang sihat dan menyeronokkan dengan menukar
roti putih kepada roti gandum penuh atau gulungan tortilla
gandum. Selain salad, cuba tambah parutan lobak
merah atau kepingan avokado dengan daging ayam
Pek Snek Sihat
Anak-anak anda mungkin lapar pada waktu akhir persekolahan.
Anak-anak yang lapar berkemungkinan besar akan makan snek
tidak sihat atau cenderung makan terlalu banyak. Jadi bekalkan
snek sihat untuk mengurangkan rasa lapar mereka. Pilihan terbaik
adalah kekacang seperti walnut atau badam dan buah-buahan
seperti epal dan pisang. Dengan cara ini, anak-anak anda tidak
akan berasa terlalu kenyang ketika sampai di rumah untuk makan
Suplemen Bijak
Walaupun makanan menyediakan anak-anak anda
tenaga yang mereka perlukan, agak sukar apabila
anak-anak anda memilih makanan. Lebih-lebih lagi
jika anda sentiasa sibuk dan mempunyai sedikit
masa untuk menyediakan makanan sihat untuk
anak-anak anda. Apabila anak anda tidak mahu
atau tidak boleh makan mengikut hidangan yang
disyorkan, beralih kepada suplemen untuk
menutup jurang nutrien. Pilih Shaklee Vita-Lea® For
Children, lengkap dengan 18 vitamin dan mineral
penting, memberikan spektrum mikronutrien yang luas untuk kekal kuat dan sihat!
Diformulasi dengan 18 vitamin and
mineral penting:
• Vitamin A • Vitamin C
• Vitamin D • Vitamin E
• Thiamin • Riboflavin
• Niacinamide • Vitamin B6
• Folate • Vitamin B12
• Biotin • Asid Pantothenic
• Kalsium • Besi
• Iodin • Magnesium
• Zink
Keistimewaan vita-lea untuk kanak-kanak
- Tanpa tambahan pengawet
- Pemanis atau perasa tiruan
- Dimaniskan secara semulajadi menggunakan xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi
- Bebas gluten
- Berperisa anggur lazat yang pasti digemari oleh si manja
0 comments:
Catat Ulasan