Isnin, 9 April 2018

Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak, pengalaman pertama yang tidak boleh dilupakan

Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak

Bagi ibu bapa yang nak merasai pengalaman glamping bersama dengan anak-anak anda boleh berkunjung ke caravan serai di Bentong, Pahang. Pengalaman yang sangat seronok di sini sebab anda bersama anak-anak boleh merasai suasana 'Back to nature' yang sangat mengujakan.

Glamping atau glamorous camping sekarang memang tengah famous sangat kan sekarang?
Cara berkhemah dengan elemen mewah gitu. Walaupun konsep glamping ni sudah lama bertapak di negara-negara Eropah, ha, jangan tak tau di Malaysia pun tidak berkecuali.

Saya bersama keluarga sebenarnya bercadang untuk menyambut birthday dua orang puteri yang lahir pada bulan april, short vacation ini sebenarnya tidak dirancang pun, kami decide lokasi di selangor, memandangkan semua hotel biasa seperti biasa penuh, tak sangka juga bila search google Caravan Serai masih ada kosong. 

Bila tengok konsep tent di Caravan Serai, rasa macam menarik sangat nak bawa anak-anak ke sana. Alhamdulillah kami dapat juga special price dari Caravan serai. Staf diorang memang pantas, selepas sahaja call, diorang terus follow up dengan whatsapp. Selesai transfer duit pakej di Caravan Serai. Kami dengan pantas terus ke Bentong. Check in jam 3.00 petang!

Pakej yang kami terima di Caravan Serai ialah: 

( 2 dewasa, seorang anak 9 tahun, 7 tahun dan 2 tahun)

Promotion package for Deluxe Safari Tent stay @RM278 nett

Extra Guest charge @RM65 p/pax include single airbed, breakfast & nature walk activity x 2pax = RM130

Steamboat dinner @RM45 p/pax - ADULT/ RM23 p/pax - CHILDREN
= RM136

*Total amount RM544 nett*

Kami memilih untuk dinner di Caravan Serai. Pihak diorang juga ada menyediakan BBQ bagi mereka yang suka bakar-bakar.

Aktiviti yang menarik disini:

1. Ping pong (free)
2. Badminton (free)
3. Berbasikal (berbayar)
4. Karaoke (berbayar)

Pengalaman yang paling berharga untuk anak-anak yang pastinya tidak di ajar di sekolah ialah:

1. Anak-anak merasalah masuk hutan (kebuh buah) sambil petik buah manggis dalam kebun, ala ala jungle tracking pun ada. kami merasa makan buah manggis sebab buah-buahan lain telah habis musimnya. So kalau korang nak merasa buah lain seperti langsat, rambutan dan durian boleh datang bulan Januari atau bulan Julai.
2. Menyusuri sungai kecil
3. Merasa pengalaman menoreh getah
4. Merasa lah tidur dalam khemah di tepi hutan belantara
5. Merasa mandi manda air sungai yang belum tercemar
6. Merasa lah tengok pacat dan segala jenis serangga
7. Merasa lah kenal pokok durian, manggis, langsat dan nangka
8. Merasa juga kene gigit dengan nyamuk hihi
9. Merasa mandi kolam dari air sungai yang bebas klorin

Glamping di Caravan Serai ni, memang sangat memuaskan, staf diorang ok sangat start dari  kami check in sampailah check out, semua kemudahan di sini pun lengkap dan sangat memuaskan, dan yang paling best tempat di sini di jaga dengan begitu bersih dan kemas sangat-sangat, so dapatlah hirup udara yang SEGAR, hilang rasa tekanan kerja sementara. Dekorasi di sini cantik! 
Makanan di sini juga sedap sangat!

Gambar sepanjang sehari semalam di sini


Pekan Bentong


Kawasan kampung Musang King



Anak sungai yang belum tercemar


Glamping


Ubat nyamuk ada jangan isau


Penyidai dalam khemah


Suasana nature walk


Siap semua, so tak panas, malam sejuk sangat sebab dalam hutan kan


Bilik air pun dalam khemah


Kolam air sungai no klorin!


Lengkap, ok la kan


Katil queen, towel, selimut semua ada


Stand by untuk anak-anak


Tandas, singki, sabun mandi, shampoo, shower semua ada dalam bilik air



Cantikkan?



Mandi sungai


Ready untuk nature walk


Belajar menoreh getah



Kebun buah-buahan


fuhhhh memang berpeluh, tinggi sangat



Menyelusuri sungai


Berjaya habiskan nature walk


Kopi durian




Steamboat














Jom Bercuti, jom Glamping



About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

3 ulasan:

  1. Terima kasih kongsi pengalaman. Saya jadi teruja nak cuba pula.

    BalasPadam
  2. Pn. Untuk tambahan breakfast n steambot tu blh order online @ masa disana

    BalasPadam