Bagaimana memilih serbuk protien yang terbaik??
Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila
masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah
untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap
hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis
protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?
Perhatikan ciri-ciri ini didalam Serbuk Protein anda ?
TIP 1
DAPATKAN SOYA
Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang
sensitif kepada laktosa:
• Mengandungi pelbagai faedah seperti
berkesan untuk mengurangkan kolesterol .
• Pengambilan protein soya yang berterusan
membantu wanita menopos menangani
sindrom menopos seperti kepanasan badan .
• 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk
individu vegetarian.
TIP 2
LENGKAP DENGAN 9 ASID
AMINO PENTING
Asid amino adalah blok untuk menghasilkan
protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting
untuk:
• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel,
mengangkut dan menyimpan nutrien serta
membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.
TIP 3
BUKAN GMO
Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO)
adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma
yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan
pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.
Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh
menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka
panjang. Sumber bukan GMO memastikan:
• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan
selamat.
TIP 4
RENDAH LEMAK
Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein
dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.
• Membantu mengekalkan jisim otot.
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap
100g serbuk protein.
TIP 5
TIADA GULA PASIR TAMBAHAN
Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam
serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil
keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula
pasir tambahan!
• Pengambilan protein membantu memastikan
anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
• Membantu mengekalkan paras gula darah yang
sihat.
TIP 6
MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG
RENDAH
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan
terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI
yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan
mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar.
Protein soya GI rendah membantu:
• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda
kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan
dan berat badan.
ESP shaklee: No artificial sweeteners,
preservatives, no added sugar, or flavors
TAHUKAH
ANDA?
Pengambilan 25g protein
soya setiap hari memberi
kesan penurunan tahap
kolesterol
Khamis, 5 April 2018
Bagaimana memilih protien yang terbaik di pasaran? dapatkan tip yang betul dan tepat
Posted by : www.suplementsaya.com
0 comments:
Catat Ulasan