Memaparkan catatan dengan label Bagaimana memilih serbuk protien yang terbaik di pasaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bagaimana memilih serbuk protien yang terbaik di pasaran. Papar semua catatan

Khamis, 5 April 2018

Bagaimana memilih protien yang terbaik di pasaran? dapatkan tip yang betul dan tepat

Bagaimana memilih serbuk protien yang terbaik??


Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?


Perhatikan ciri-ciri ini didalam Serbuk Protein anda ?

TIP 1
DAPATKAN SOYA

Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa:

• Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol .
• Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan .
• 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.

TIP 2
LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING 

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk:

• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

TIP 3
BUKAN GMO 

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:

• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.


TIP 4
RENDAH LEMAK 

Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.

• Membantu mengekalkan jisim otot.
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.


TIP 5
TIADA GULA PASIR TAMBAHAN 

Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan!

• Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
• Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

TIP 6
MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH 

Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu:

• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.


ESP shaklee: No artificial sweeteners, preservatives, no added sugar, or flavors

TAHUKAH ANDA? Pengambilan 25g protein soya setiap hari memberi kesan penurunan tahap kolesterol




Read More