Selasa, 2 Ogos 2016

Semoga kita sama sama berdoa agar kita menjadi pendakwah yang menyambung perjuangan Rasulullah

Yasirah Yazid:
Catatan Ustaz Rifqi bin Myiddin
GC Pend Islam SMK Taman Universiti
Timb Pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti


Pandanganku dari sisi berbeza

Telah banyak kali aku digandingkan dlm forum bersama para selebriti. Antara mereka ialah Catriana Rose, Adam Corie, Sham Kamikaze, Che Ta dan yg terbaru Abg Long Fadil. Apa yg menariknya, kehadiran audien amat luar biasa dan memberangsangkan.

Masjid yg menjemput kami itu adalah medan aku berkuliah secara tetap mingguan atau bulanan. Namun, kehadiran audien bila aku solo tidak pernah mencapai tahap luar biasa. Ini bererti, para selebriti adalah mempunyai daya penarik luar biasa yg blh ditumpang para asatizah.

Pun begitu, hati aku berdetik bernada risau serta sedih, apakah Allah sedang memilih hamba2nya yg berstatus artis dan selebriti utk memikul amanah dakwah ini, lalu mengenepikan para asatizah yang sibuk menghukum, melabel, mengkafir, menyekat, melarang, meng"gam" rakan sejawat mrk dari dakwah.

Moga detik hatiku ini tidak tepat.

Sahabatku para asatizah para du'at

Kerja kita utk mengislamkan dan mengislahkan terlalu byk sehingga kita sebenarnya tidak ada masa utk menghukum sesiapa yg tidak semisal kita dlm pendapat dan pandangan.

Doakan, andai Allah memilih para selebriti dlm dakwah menyebar agamaNya, jgn sampai Allah ketepikan kita para asatizah dari medan ini kerana sempitnya dada kita utk berlapang dada melihat yang lebih utama daripada yg utama.


Read More

Pesanan Doktor Harlina kepada ibu dan bapa

Jangan amalkan helicopter parenting, pesan Dr. Harlina pada ibubapa. 


Ibubapa berperanan sebagai rakan kongsi kepada pihak sekolah dalam pendidikan anak-anak, ujar Dr. Harlina Halizah Siraj hari ini. Untuk melahirkan generasi anak-anak yang baik dan boleh mengajak orang lain melakukan kebaikan iaitu soleh dan musleh, ibubapa mestilah berusaha mewujudkan suasana Islami di rumah masing-masing.


Ibubapa perlu memahami keperluan-keperluan yang berbeza untuk anak-anak kerana lain anak mempunyai lain keperluannya. 


Menurut Dr Harlina, terdapat 4 kategori ibubapa, seperti berikut:


1. Ibubapa yang mempunyai harapan rendah dan sensitiviti ibubapa terhadap keperluan anak-anak juga rendah. Neglectful parenting ini akan menghasilkan anak yang liar. 


2 Ibubapa yang mempunyai harapan tinggi tetapi sensitiviti yang rendah terhadap keperluan anak-anak. Cara authoritarian/tiger parenting sebegini akan menghasilkan anak-anak yang berjaya tapi stressful. 


3 Ibubapa yang mempunyai harapan rendah tetapi sensitiviti amat tinggi terhadap keperluan anak-anak. Ibubapa yang over-indulging/overprotecting/helicopter parenting sebegini akan menghasilkan anak-anak yang lemah dan manja. 


4 Ibubapa yang mempunyai harapan yang tinggi dan sensitiviti yang tinggi terhadap keperluan anak-anak yang akan melahirkan anak yang soleh dan musleh, anak yang berakhlak baik dan dapat memperbaiki akhlak orang lain. Barangkali juga pihak pertama yang diperbaiki akhlak tersebut adalah ibubapanya sendiri. 


Tazkirah ini disampaikan Dr. Harlina di Majlis Sambutan Aidilfitri IKRAM Bandar Tun Razak dan SRI Al-Amin Cheras Selatan yang berlangsung pada Ahad, 31 Julai 2016.


Read More

Jumaat, 1 Julai 2016

Persiapan raya apa yang perlu diingat sebelum balik kampung beraya

Persiapan raya sangat lah penting. Lebih lebih lagi sebelum balik ke kampung yang jauh. So apa persiapan raya sebelum balik kampung yang perlu sangat dibuat supaya nati takda lah korang kelam kabut kan...

Jom buat checklist ni

◽Pastikan sebelum balik kampung korang kemas rumah, mop lantai, basuh kain, buang sawang, cuci kipas, basuh pinggan semua lah kan, lipat kain, ganti langsir, bentang karpet (banyak sangat nk senarai) supaya nati bila balik rumah hati pun senang sebab rumah dah kemas. Nak terus jemput kawan kawan beraya pun terus boleh sebab tinggal nk masak je. Rumah clean n clear.🏠🏠

◽Pastikan sume kuih muih raya sudah masukkan ke dalam balang yang kedap udara ye. Nati tak lah lemau kuih, kerepek dan biskut raya tu. Terus letak atas meja.🍪🍪

◽Siapkan baju baju anak dan baju korang awal awal supaya nati tak tertinggal. Nati balik kampung tertinggal brooch lah, stokin lupa lah tudung tak kene lah. Kan stress. So plan berapa hari nak balik kampung. Baju pun kene buat budget tau. Supaya tak de lah baju korang sikit sangat dan banyak sangat. Toiletries tu pun jangan lupa angkut sekali👗👖

◽Pastikan bawak suplemen korang tu, perisai raya tu, maklumlah virus bakteria semua banyak time time ni. Saya memang standby nutriferon, vitamin c, alfalfa, lecithin semualah. Ubat pun standby  juga utk demam selesema or batuk. Supaya senang nati tak da lah kelam kabut nak cari klinik sume time raya ni. Bawak sekali stok vitamin tu. Manalah tau ade yang nak nati kat kmpung💊💊

◽Pastikan sebelum keluar rumah paip air di tutup, semua suis di cabut. Jangan cabut suis peti ais sudah, menangis korang nati habis sume basi hik hik hik😭😭😭. Lampu kipas semuanya ditutup.

◽Yang ade cctv dan alarm sistem kat rumah tu pastikan berfungsi. Maklum lah time time raya ni mcm macm kes pecah rumah. Pastikan juga beli kunci dan lock rumah yang sesuai. Supaya menyusahkan pencuri untuk membukanya nati.😥 Nauzubillah.

◽Pastikan kereta korang dah diservice dengan tip top nye supaya lancar perjalanan ke kampung🚗🚘

◽Sebelum keluar rumah tu pagar lah sikit rumah tu dengan ayat al-Quran supaya selamat semuanya 🤗🤗

Nati kot tringat lagi den tambah ye.

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#thebigkahuna
#pengedarshakleenegeri9
0136288543


Read More

Rabu, 29 Jun 2016

Pelbagai kegunaan harian di rumah basih H

Done mengemop rumah sebelum balik kampung kome...

Antara sbb ku masih setiap dengan basic h ni sebab dia selamat dan tiada bahan kimia

Maklumlah umah ade anak anak kecik ni kadang baring n main confirm atas lantai. Sume nye atas lantai. So lantai adalah tempat yang wajib kene bersih setiap hari.

Jadi dah xperlu risau sbb lantai korang dibersihkan dengan bahan yg selamat dari bahan2 kimia

Basic h memng terbaik

#thebigkahuna
#pengedarshakleen9
#0136288543

Abaikan bilik yang bersepah tuuu...tukang lipat kain xsampai2 lagi😎😎😎


Read More

Selasa, 28 Jun 2016

Rawat ruam dengan krim semulajadi

Tu diaaa berkerut muka ibu paksa amik gambar. Saya bergambar dengan cream feveret saya. Cream ni wajib ade dalam first aid kit kat rumah lagi lagi kalo waktu kecemasan.

Kadang korang blur nak cari kat pasaran cream ape yg selamat kan. So boleh cuba ni

Biase lah ade anak anak kecik ni kadang kene gigit nyamuk lah. Gatai sini gatai sana. Ruam sini ruam sana. Ruam susu. ruam popooo sume boleh sapu cream ni. Jangan isau ia selamat. Tiada paraben. Bahan pun semulajadi semuanya.

Kulit kasar ezcema pun boleh sapu..bukan takat anak. Mak pak pun leh sapu terutama kalo tapak kaki kome kasar. Ade jerawat timbul ke. Gatai gatai or ruam sume boleh. Melecur masa goreng ikan pun xpe leh sapu tau. Hihi

Oklah sekian celoteh teman
Cari teman klo nak cube

#tsunamishaklee
#hunt2shaklee
#pengedarshakleen9
#0136288543


Read More