Selasa, 2 Ogos 2016

Semoga kita sama sama berdoa agar kita menjadi pendakwah yang menyambung perjuangan Rasulullah

Yasirah Yazid:
Catatan Ustaz Rifqi bin Myiddin
GC Pend Islam SMK Taman Universiti
Timb Pengerusi Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid Taman Universiti


Pandanganku dari sisi berbeza

Telah banyak kali aku digandingkan dlm forum bersama para selebriti. Antara mereka ialah Catriana Rose, Adam Corie, Sham Kamikaze, Che Ta dan yg terbaru Abg Long Fadil. Apa yg menariknya, kehadiran audien amat luar biasa dan memberangsangkan.

Masjid yg menjemput kami itu adalah medan aku berkuliah secara tetap mingguan atau bulanan. Namun, kehadiran audien bila aku solo tidak pernah mencapai tahap luar biasa. Ini bererti, para selebriti adalah mempunyai daya penarik luar biasa yg blh ditumpang para asatizah.

Pun begitu, hati aku berdetik bernada risau serta sedih, apakah Allah sedang memilih hamba2nya yg berstatus artis dan selebriti utk memikul amanah dakwah ini, lalu mengenepikan para asatizah yang sibuk menghukum, melabel, mengkafir, menyekat, melarang, meng"gam" rakan sejawat mrk dari dakwah.

Moga detik hatiku ini tidak tepat.

Sahabatku para asatizah para du'at

Kerja kita utk mengislamkan dan mengislahkan terlalu byk sehingga kita sebenarnya tidak ada masa utk menghukum sesiapa yg tidak semisal kita dlm pendapat dan pandangan.

Doakan, andai Allah memilih para selebriti dlm dakwah menyebar agamaNya, jgn sampai Allah ketepikan kita para asatizah dari medan ini kerana sempitnya dada kita utk berlapang dada melihat yang lebih utama daripada yg utama.


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan