Jumaat, 8 September 2017

Trip Island Hopping: tiga pulau iaitu pulau hujung, tengah dan besar yang mesti dikunjungi, dirasai dan dilawati bersama keluarga di Mersing

Assalamualaikum.

Bulan Ogos yang lalu saya dan suami telah memilih satu tarikh iaitu 31 Ogos 2017 untuk berehat, travel, di samping memenuhi permintaan aktiviti anak-anak sempena cuti sekolah. Kami telah memilih Mersing sebagai destinasi adventure kami bersama tiga orang power girls yang disayangi! 

Kali ini saya dan suami memilih pulau, nak bagi anak lasak sikit berpanas, berenang dan merasai gelombang ombak boat! Kami ni memang suka explore, travel yang penting berjalan, kalau cuti sekolah terperap di rumah, memang semua mati kutu, jka tak kemana, sampaikan anak-anak akan cakap "ibu kita duduk rumah je ke cuti sekolah", maybe sebab dah terbiasa, ibu dengan ayah jenis tak boleh duduk diam berjalan ke sana ke sini. Sampai dah berjangkit sekali dengan gegirl dua orang ni. 

Disebabkan trip kami agak rushing, jadi semua resort terutama di Pulau Rawa Penuh! Maklumlah cuti sekolah. Ko lambat tak merasa lah kau kan! Akhirnya kami telah pilih untuk pergi day trip sahaja. So korang jangan risau day trip ni tidaklah sampai ribu riban ye.

Saya share sedikit tentang Pulau Rawa, pulau ni private Island so jika korang tak booking stay kat situ memang korang tak boleh masuk Pulau Rawa ni. Private kan. Resort di Pulau Rawa ni ada dua resort: Alang dan Safaris. Dengar dengar Alang rawa ni agak mahal juga, harga satu kepala lebih kurang RM800 pakej, tapi pakej nya agak berbaloi, resort pun cantik puas hati. Yang Safaris tu pakejnya agak murah sedikit. Ikut lah budget korang, korang boleh search kat google. Nah..nanti click hokey..
http://www.rawaislandresort.com/

Actually ade lagi resort lain yang korang boleh tempah contohnya di pulau tengah dan pulau besar.
Jadi day trip yang kami pilih tu agak best sebab kami tempat boat dengan pakej makan serta snorkeling RM1200 sahaja

Apa yang dapat dalam RM1200 ni?

1. Boat korang yang conquer (saya memang malas nak share boat dengan penumpang lain)hihi
2. Disediakan makanan sarapan dan lunch (makanan boleh tahan sedap! tengah lapar kan)
3. Dapat snorkeling dekat tiga pulau ( Pulau hujung, tengah dan besar)
4. Alatan snorkeling dan life jacket disediakan
5. Perjalanan pergi dan balik. (satu boat tu boleh muat 12 orang lebih kurang lah termasuk crew boat)
So boleh lah pergi ramai-ramai dengan family dan adik beradik sekali.

BERBALOI KAN?

Paling best kat pulau ni adalah snorkeling! Memang cantik sangat batu karang, ikan-ikan berwarna warni subhanallah, susah nak digambarkan pengalaman snorkeling ni! jika korang bertuah boleh lah tengok ikan Nemo. Waktu saya pergi tak ada rezeki tengok nemo dapat tengok ikan dory pun dah berbaloi sangat.

Jika korang memang suka snorkeling, elok sangat korang beli set snorkeling yang basic khas untuk korang, sebab walaupun diorang sediakan alat snorkeling, maybe ada yang geli nak guna alat diorang ni sebab bercampur-campur dengan orang lain yang dah guna sebelum ini.

Tips snorkeling:

1. Beli set snorkeling simpanan sendiri
2. Snorkeling waktu pagi paling cantik
3. Sapu sun block jangn lupa ini wajib!
4. Pakai life jacket
5. Guna pakaian yang sesuai
6. Bawak roti (untuk ikan) dan bekalan makanan seperti coklat ke, air mineral, buah dan lain-lain
7. Bawak kamera (kalis air)

So... saya belanja gambar sepanjang day trip di Island Hopping ala-ala maldives! Tioman pun tak cantik macam ni tau..



Pulau Besar


Pulau Hujung


Pulau Hujung


Pulau Hujung


Pulau Tengah


Pulau Hujung


Pulau Tengah


Pulau Tengah


Pulau Hujung


ni bot kami!


Pulau Hujung


tu dia anak ikan berenang renang tepi badan je!


Baby adzkia berehat kat pulau besar


Uzma, Ready GO!


cantik kan!


pulau tengah, batu karang tu !


Pulau besar


jeti Mersing


ni pulau rawa private xleh nak terjah


ready untuk snorkeling


dalam woihh!


uzma memang berani dia nak snorkeling


Rupa nya ada lagi pulau best di Mersing. Pulau Aur, dayang dan tinggi! ok next trip kami, nantikan!


Korang tengok peta pulau-pulau di  mersing

Setakat ini sehaja, selamat menghadam dan selamat bercuti!




Read More

Rabu, 6 September 2017

Penapis air mobile berbentuk jug dengan teknologi hebat: air anda lebih bersih, sihat dan selamat walau di mana anda berada!

Get Clean Water

Air Yang Lebih Bersih, Lebih Sihat Selama 365 Hari

Kotoran tersembunyi dalam air bersih?

Buka paip air anda. Perhatikan air yang keluar. Ia mungkin kelihatan bersih, tetapi adakah ia selamat?
Sebenarnya, bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan anda mungkin wujud dalam air yang diminum oleh keluarga anda. 

Bahan kimia seperti racun serangga, logam berat, dan bahan cemar industri. Bukan itu sahaja, sehingga 20% pendedahan plumbum kepada manusia datangnya dari air yang diminum.

Jom dapatkan penapis air mobile! Berita baiknya, air yang lebih bersih, lebih menyihatkan datangnya dari sebuah Jag Air sahaja!

Apa yang best tentang penapis air mobile ini?

  • Air bersih sehingga 365 hari
  • Tidak perlu penyambungan elektrik
  • Tiada upah pemasangan (anda yang pasang sendiri)
  • Mobile boleh bawa ke mana sahaja
  • Ringan dan relevan
  • Cara baharu untuk mendapatkan air yang lebih sihat
  • Sistem penapis air multipaten
  • Menggunakan blok karbon padu untuk membersihkan air anda
  • Mengurangkan bahan cemar yang sukar disingkirkan, termasuk sehingga 99% plumbum.
  • Jag air pertama yang menggunakan karbon boleh diisi semula – sistem penapis
  • Blok padu yang mengurangkan penggunaan plastik (always green) 
  • Setiap penapis mampu menapis 303 liter (80 gelen) air

KEISTIMEWAAN SHAKLEE 

1. SELAMAT:

“Singkirkan plumbum” 

Get Clean Water mengurangkan pelbagai bahan cemar berbahaya yang terdapat dalam air anda. Get Clean Water telah diiktiraf oleh Water Quality Association (WQA) untuk mengurangkan plumbum dan lain-lain.

2. BIJAK:

Hanya beberapa sen seliter. 

Rakyat Malaysia membazirkan wang yang banyak dengan meminum air botol. Hanya beberapa sen seliter, Get Clean Water memberikan anda air yang bersih dan enak rasanya – dengan meter pintar yang menunjukkan waktu sebenar untuk menukar penapis anda. Tidak perlu lagi berteka-teki.

3. BERKUASA:

Lebih banyak air bersih setiap masa. Get Clean Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) air daripada setiap penapis – dua kali ganda berbanding jenama terkemuka – dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

4. MESRA ALAM:

Memelihara alam sekitar.

Get Clean Water menggunakan sistem penapis jag blok karbon boleh diisi semula yang pertama seumpamanya, sekaligus mengurangkan sisa buangan sampah, setiap penapis dibuat menggunakan blok karbon tempurung kelapa yang mampan, dan mesra kepada alam sekitar.






Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera



Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.


Read More

Kuasa RCA dalam hidup saya

Apakah RCA?

Mesti korang tertanya-tanya kan? Bagi yang belum tahu RCA adalah dimana kita set minda, hati dan azam dalam diri untuk mencapai sesuatu. Ha! lain macam bunyikan kan? Saya akan explain..

RCA ni adalah stand for RAHSIA CERMIN AJAIB! Emm...pelik bunyinya kan?

Apa yang bestnya RCA ni ialah apa yang kita nak kita akan dapat! (dengan izin Allah)

So saya akan kongsikan caranya pada korang terutamanya yang berbusiness. Yang tak biz pun takpe korang boleh aplikasikan juga benda ni.

Cara nya ialah:

1. Korang mesti berdiri dihadapan cermin
2. Pandang muka korang dalam cermin dengan penuh bersemangat
3. Bercakap dengan cermin (seperti bercakap dengan diri sendiri sebab kita pandang muka kita)
4. Apa yang nak di cakap? Cakap apa yang korang nak contohnya esok aku nak bantu sesiapa sahaja untuk sihat dengan menjual sebotol vivix dengan penuh perasaan dan yakin esok korang akan berjaya.
5. RCA ni bukan buat sekali terus berjaya tau, perlu beberapa kali!

RCA ni macam magnet menarik orang yang sama aura dengan kita untuk datang kepada kita! Bila otak, hati dan azam kita fokus, memang kita akan capai setelah berusaha. 

Semalam sebelum tidur saya RCA sekotak kolagen dibeli seseorang, magik nya! dengan kuasa Allah memang satu kotak kolagen hari ini di beli oleh seseorang!

JOM RCA!
Read More

Ahad, 27 Ogos 2017

Apakah yang baik tentang karotenoid ? antioksida, penggalak imun, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat

Apakah Karotenoid?

Adakah anda sedar dengan pelbagai warna dalam tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan sayur-sayuran di sekeliling anda? Daripada warna kuning yang bersinar-sinar sehingga ke warna labu oren dan lada hijau serta tomato yang merah menyala dan sayuran hijau yang berdaun gelap 

Tetapi tahukah anda?

Apakah yang membuatkan ianya begitu kaya dengan warna warni?

Karotenoid lebih dikenali sebagai “Krayon Semulajadi” untuk tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk warna-warna kuning, oren dan merah. Warna-warna krayon ini tidak hanya wujud untuk menjadikan tumbuh-tumbuhan ini kelihatan cantik tetapi ianya melindungi tumbuhan ini terhadap sinaran matahari yang terik, menstabilkan sel membran dan membantu dalam proses fotosintesis. Sama saperti karotenoid yang melindungi tumbuhan, ianya juga boleh melindungi anda!



Apakah yang baik tentang karotenoid?


• Antioksida • Penggalak imun • Penglihatan yang sihat • Kulit yang sihat


1. β-Carotene

• Perlindungan antioksida

• Menggalakkan pertumbuhan paru-paru yang sihat & fungsi peredaran darah

2. α-Carotene

• Menggalakkan penglihatan malam dan kesihatan mata

• Pautan untuk sistem imun yang sihat

3. Lutein

• Tumpuan pada mata

• Menggalakkan penglihatan yang sihat

4. Lycopene

• Membantu kesihatan salur darah

• Menyokong kesihatan prostat

• Improves blood vessel function

5. Astaxanthin

• Menggalakkan tahap kolestrol LDL yang sihat 

• Bertindak sebagai pelindung matahari secara semulajadi

6. Zeaxanthin

• Perisai untuk retina daripada pengoksidaan sinaran UV



Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera




Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.


Read More

Isnin, 21 Ogos 2017

6 mitos tentang imuniti terbongkar!

6 mitos tentang imuniti terbongkar! 

MITOS 1

1. Kebasahan dalam hujan akan membuatkan anda sakit

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa cuaca sejuk menyebabkan seseorang boleh mendapat selsema
atau sakit kerana sains moden tidak mampu untuk menunjukkan adanya hubungan di antara dua perkara tersebut. Apabila tiada bukti-bukti sains yang kukuh, perkara ini dikaitkan dengan kisah dongeng yang diwarisi dari nenek moyang kita.

MITOS 2 

2. Selsema ialah virus, sejuk ialah bakteria

Kedua-dua sejuk dan selsema adalah disebabkan oleh virus. Fakta yang menarik : Terdapat lebih daripada 200 jenis virus sejuk yang unik (rhinovirus adalah yang paling biasa) dan virus selsema sentiasa berubah setiap tahun. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mempastikan bahawa sistem imun adalah di tahap yang terbaik.

MITOS 3

3. Selsema tidak berbahaya

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), angka orang yang mati disebabkan oleh selsema mencecah 49,000 pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selsema). Di Malaysia, bayi di bawah umur satu tahun dan juga warga emas yang berusia lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita-wanita hamil, serta orang-orang yang gemuk atau yang mempunyai sistem imun yang lemahjuga merupakan sebahagian daripada kumpulan berisiko tinggi. Menariknya, selsema yang biasa jarang memudaratkan – kecuali ia boleh menyebabkan kepada jangkitan-jangkitan yang lebih serius.


MITOS 4

4. Antibiotik membantu merawat sejuk atau selsema.

Memandangkan kedua-dua sejuk dan selsema adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan itu. Walau bagaimanapun, antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan lain-lain jangkitan yang disebabkan oleh sejuk atau selsema.


MITOS 5

5. Anda hanya boleh berjangkit apabila mempunyai tanda-tanda sejuk atau selsema

Mitos! Apabila anda dalam keadaan sejuk, anda sangat mudah dijangkiti pada tiga hari pertama (terutamanya semasa fasa sakit tekak) dan anda akan menyebarkan virus antara lima hingga tujuh hari dari hari pertama menghidapi selsema. Virus ini boleh disebarkan apabila anda menyentuh hidung serta mulut dan kemudiannya menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu dan telefon bahkan melalui batuk atau bersin.


MITOS 6

6. Selepas sekali mendapat selsema, anda tidak akan menghidapinya lagi untuk musim atau tempoh itu

Anda tidak akan mendapat selsema yang sama sebaik sahaja anda telah mengalaminya, tetapi itu tidak bermakna bahawa anda akan tidak menjadi mangsa kepada virus sejuk yang lain. Terdapat beberapa jenis virus sejuk dan selsema yang beredar di udara dan tidak mustahil untuk anda menjadi imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.


Terdapat tiga tahap pertahanan dalam sistem imun anda. Set ini menggabungkan vitamin dan herba
penting untuk menyokong dan meningkatkan tiga tahap pertahanan imun anda agar tubuh sentiasa sihat.



SET PERLINDUNGAN IMUN

Pertahanan lebih kuat, kesihatan lebih baik.

1. CarotoMax

Perlindungan antioksidan hadiah dari alam semula jadi.


2. Garlic Complex

Mempertingkatkan tindak balas pertahanan tubuh anda.


3. NutriFeron

Campuran botani lazat diperbuat daripada biji labu, biji plantago, Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.



Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih (part time)? wassap segera




Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.










Read More