Selasa, 15 November 2016

Kenapa anak kita sering sakit? Apakah sebabnya?

Ramai yang tak aware pasal benda ni. Bagi saya tak mengarut langsung. Bila kita banyak membaca sedikit sebanyak info ni ade juga dalam kepala. Tq kepada siapa yg buat entry ni.
Jom puasa dan detox.

Copy paste dri whatsapp detox parasit.

[KENAPA ANAK AKU SAKIT?]

Harini SuperFullMoon. Ramai kan anak-anak sakit? Mak Bapak pun sakit? Mood tak betul? Cirit birit demam selesema batuk kahak?

Parasit aktif dah nak beranak pinak. Ada catat tak bila New Moon dan Full Moon?

Bila New Moon, parasit nak cari tempat persenyawaan,

Bila Full Moon, parasit nak membiak & mengawan,

kahak/hingus yang ditelan semula anak sakit ni la jadi "makanan" untuk parasit ni membiak mengawan dalam badan.

Nak jadi mak bapak ni kena tahu , eh kenapa anak aku tiba-tiba sakit ni, malam tadi elok, pagi ni batuk hingus leleh bdn demam plak.

Kalau ikutkan ayat sedap org kata "demam musim tuuu" biasakan mcm "musim" anak-anak org sakit serentak?

Masa tu hurung anak sakit sana sini bagi jangkit plak dgn anak org... Susahkan org lain kan?

Tapi padahal 5 hari sebelum dan selepas fasa New Moon/Full Moon jaga makan tak?

Parasit protokol jaga tak? Atau sumbat je anak dgn makanan manis/ gula putih/ kek / coklat / air manis semuaaaa tulah.

Makanan manis ni la jadi makanan balik kepada parasit tu happy party dalam badan.

Cacing semua duk nak bertelur membiak, mak2 ni bantu plak suap anak yg manis2. Elok la tuuuu.... ?

Jangan nak heran lah anak sakit kalau diet anak tak dijaga 5 hari sebelum dan 5 hari selepas fasa ni 😭

Kalau mak yang BF plak, anak masa ni la kahak selesema batuk semua kan? mak duk ikut rasa "lapar la sebab menyusu" tapi tak kawal makan manis. anak sakit sapa susah?

Kalau buat puasa sunnah ayyamul bidh masa bulan purnama (fullmoon) pada hari ke-13, 14 dan 15 dalam bulan hijrah, dapatlah menjaga perut daripada makan.

Kalau makan yg tak detox parasit, membiak2 lah parasit tu dgn happynya.

Tingkatkan antibodi, byk cara. atau makanlah selabu bawang putih, makan la betik dgn biji skali nak bunuh parasit2 ni. pantanglah makan kejap. Demi kesihatan masing-masing.

Download la kalender Full Moon/New Moon. Catat tarikh. lepasni 5 hari sebelum dan 5 hari selepas. Standby dah, sampai bila nak join "sakit bermusim setiap bulan"?

Fenomena alam pun banyak berkait rapat dgn full moon new moon ni. air pasang surut, kat NZ pun ada gempa bumi kan?

Amik tahu dan ubah lah pemakanan mulai harini 🤗 Nak "percaya" atau nak "moden" terpulanglah

Jgn masa sakit baru nak cari "natural remedies", tapi parasit protokol tak jaga....

Tambahan info nak "detox parasit" ni leh baca2 di web http://www.curezone.org/forums/fm.asp?i=1371438

Google juga diet2 berkaitan ye 🐛 ingat sape duk meminta mengidam terliur makanan/minuman manis tuu, parasit punya bisikan laaahh wuwuwuw 🐛🎉

Next New Moon 29/11. So mula 24/11 - 5/12 jaga lah makan...

Untuk yang "was-was" atau "nak bukti saintifik" dgn amalan parasit protokol ni boleh eksperimen dgn anak/diri sendiri. Nak bukti kan? hehe

10 hari fasa new moon full moon tu cuba melantak makan manis, ais krim, kek, coklat, ais kacang, semuaaaa lah telan.

Tgk nanti cemana kesannya? 😅

Saya dah pernah eksperimen masa "new moon" seminggu sebelum tu mmg melantak yg manis2. Terus masa tarikh new moon demam flu batuk pakej lengkap. Kebetulan? Raikan ilmu... Tobat!

P/S: Boleh klik Share, tak perlu minta izin #WakafIlmu untuk semua. 🤗

Tambahan: Sebab ada yang minta kajian saintifik/ thesis, maaf batas ilmu saya takde. Sedikit perkongsian ni pun dari rakan-rakan dan saya amalkan . Jika anggap mengarut, maafkan saya.

Kalau anggap merepek/mengarut/menipu, anggap saja sebagai amalan "diet tak makan manis 10 hari " demi kesihatan diri dan anak-anak.

Yang mana ada pengalaman/ atau "kebetulan" fasa bulan ni anak sakit, cuba check pemakanan? 🤗


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan