Sabtu, 12 November 2016

Dr forest shaklee biodata

Rupa Dr Forest Shaklee ni lahir bulan November 1894 dan saya juga lahir bulan November 1984. So nak sharing sikit siapakan Dr Forest Shaklee

Hebat. So tiada salahnye kita menggunakan product yang terbaik.

Teringat pula kisah Nabi Besar Muhammad S.A.W dia hantar oleh ibu nya Aminah ke pedalaman untuk disusukan oleh 2 orang ibu susuan baginda. Kerana di pedalaman lebih bersih udara. Nutrisi sihat. Menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Forrest C. Shaklee merupakan seorang pelabur, visionary, usahawan, pakar tulang, penulis dan juga DJ radio. Dr Forrest Shaklee telah berjaya dalam beberapa peranannya sepanjang hayatnya. Malah sehingga kini Dr Forrest C. Shaklee masih menjadi inspirasi kepada berjuta-juta ahli Shaklee di seluruh dunia. Selain itu, beliau juga mempunyai ijazah dalam bidang nutrition, biochemistry, philosophy and divinity.

Dilahirkan di Iowa, 1894, Forrest C. Shaklee telah dikenalpasti menghidap penyakit Tuberculoris semasa zaman kanak-kanaknya. Kedua ibubapanya telah diberitahu oleh doktor bahawa beliau tidak akan dapat hidup lama disebabkan oleh penyakitnya. Walau bagaimanapun, tiada siapa yang menjangkakan yang si kecil berpenyakit ini akan menjadi seorang yang doktor pakar tulang dan pemilik perniagaan yang berjaya dan dapat hidup lebih daripada 90 tahun.

Oleh kerana kedua ibu bapanya begitu percaya akan kekuatan alam semulajadi, mereka telah berpindah ke Utara Amerika di mana tanah pamah di situ begitu kaya dengan nutrien yang tinggi dan berkualiti. Shaklee pun ada di Canada.

Pada tahun akhir 1800, satu-satunya cara untuk merawat penyakit Tuberculorisis adalah daripada udara bersih, makanan yang bernutrisi tinggi dan juga rehat yang mencukupi. Ekoran daripada itu, pemuda ini telah banyak menghabiskan masanya dengan melakukan akitiviti riadah dan menerokai alam semulajadi serta membina rasa hormat dan cintanya terhadap alam sekitarnya. 

Hasil daripada makanan yang bernutrisi tinggi dan juga persekitaran yang bersih telah membantunya sembuh daripda penyakit tersebut. Berikutan daripada rasa hormat dan cintanya kepada alam sekitar mendorong beliau untuk membuka syarikat produk nutrisinya, iaitu Shaklee Corporation berdasarkan Golden Rule pada tahun 1956.

Selain daripada pengalaman penyakitnya semasa zaman kanak-kanak, beliau juga mempunyai pengalaman penyakit  pada zaman mudanya iaitu ketika usianya 24 tahun, beliau telah disahkan menghidap kanser tulang disebabkan oleh pekerjaannya sebagai doctor chiropractor yang sentiasa terdedah kepada sinaran radiography. Ekoran daripada itu, beliau telah menggunakan prinsip yang sama iaitu pemakanan yang baik, persekitaran yang baik dan senaman bagi merawat penyakit tersebut. Akhirnya ,beliau  berjaya sembuh daripada penyakitnya dan dapat meneruskan hidupnya sehingga usia 92 tahun.

Dr Forrest Shaklee pernah berkata, kemajuan dalam tahap kesihatannya adalah bukan suatu keajaiban separti mana yang diperkatakan oleh orang lain, akan tetapi  ianya mengambil masa dan ianya pasti. Pada seawalnya dia percaya bahawa kesihatan dan kesejahteraan mempunyai hubungkait dengan nutrisi pemakanan yang baik, persekitaran yang sihat dan senaman.

Ekoran daripada minatnya kepada dunia perubatan, Dr Shaklee telah melanjutkan pelajaran dalam bidang chiropractor. Semasa beliau ditanya akan alasan memilih perubatan chiropractor, berbanding menjadi seorang doctor perubatan, beliau berkata “ saya tidak memperkecilkan profesion sebagai seorang doctor perubatan, akan tetapi kami adalah dua bidang yang berlainan, Mereka dilatih untuk merawat penyakit, akan tetapi saya berminat untuk membina kesihatan”.

Dr Forrest Shaklee telah membuka klinik pertamanya di Rockwell City, Iowa pada tahun 1915 di mana beliau mempelajari merawati pesakit untuk kesihatan yang baik memerlukan sumber nutrisi yang baik , bukannya hanya merawat menggunakan ubat-ubatan sahaja.  Dia sentiasa bercakap kepada pesakitnya mengenai diet yang seimbang, yang mana ketika itu istilah diet adalah begitu asing buat mereka. Dr Shaklee juga telah mencipta diari nutrisi untuk mengikuti  perkembangan kesihatan pesakitnya.

Perciptaan Multivitamin yang pertama

Produk pertama yang dihasilkan olehya pada tahun 1915 diberi nama “ Vitalized Minerals” di mana beliau telah mengasingkan sebatian semulajadi daripada sayuran bagi mendapatkan nilai mineralnya. Seorang rakannya yang merupakan ahli biocehemist, Casimir Funk telah memanggil produknya sebagai “vitamins” yang mana ketika itulah perkataan vitamin pertama kali digunapakai

Penubuhan Shaklee Corporation

Dr Shaklee memulakan jualan formula makanan tambahan pada tahun 1924 di Iowa. Pada tahun 1956, beliau bercadang untuk memperkembangkan produk makanan tambahan nya ke serata Utara Amerika melalui suatu sistem yang dicipta olehnya iaitu pemasaran berangkai dengan bantuan kedua orang anaknya iaitu Forrest Jr. dan Raleigh Shaklee. Impiannya adalah berkongsi produknya kepada semua orang di dunia ini agar semuanya akan memperolehi kesihatan yang baik. Beliau juga menginginkan sebuah syarikat yang mampu memberikan tiga kebaikan kepada pengguna nya iaitu nilai kesihatan, kemewahan dan kegembiraan yang mana orang ramai boleh memperolehinya daripada Shaklee Corparation.

Dr Shaklee dan keluarganya mengasas perniagaannya bukannya  untuk mengaut keuntungan, tetapi ingin menolong orang untuk hidup lebih sihat .  Prinsip utama Dr Shaklee adalah produknya haruslah menjadi yang terbaik dan memenuhi kehendak sebenarnya dan bukan semata-mata secara luarannya.

Prinsip kedua, daripada pengalamannya bekerja secara seorang ke seorang pesakitnya membawa kepada konsep sales model. Beliau percaya komunikasi secara individu merupakan cara yang terbaik untuk menerangkan kelebihan aspek kesihatan. Dr Shaklee berkata “We teach some, and they teach other to teach other to teach other” . Mereka bercakap, orang mendengar dan memberitahu yang lain. Walaupun bukan nya memerlukan jurujual secara rasmi, tetapi maklumat dapat disebarkan dengan berkesan.

Inovasi Dr Shaklee tidak berakhir dengan nutrisi sahaja, bahkan dia mempraktikkan konsep” living with harmony with nature” dalam penjagaan rumah, memperkenalkan rangkain pencuci yang boleh dibiodegrasi sebelum kempen pemeliharaan alam sekitar di war-warkan di serata dunia.

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#promobestbulanini


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan