Isnin, 16 April 2018

Penemuan revolusi daripada shaklee penuaan secara sihat: Vivix

Vivix® 

PENEMUAN REVOLUSI DARIPADA SHAKLEE PENUAAN SECARA SIHAT

Vivix:

- Semulajadi
- Dalam proses paten
- Ramuan utamanya telah dikaji secara klinikal
- Eksklusif untuk Shaklee

Formula lazat yang kaya dengan polifenol, yang tergolong dari kumpulan Fitokimia berasaskan tumbuhan membantu dalam menjaga kesihatan sel anda.

Vivix dihasilkan oleh campuran botanik:

- Polygonum Cuspidatum
- Anggur Muscadine
- Elderberi Eropah
- Lobak Ungu

Gabungan istimewa kami berasaskan daripada Anggur Muscadine, menggunakan proses ekstrak berpaten. Diperkaya dengan Sumber Alam, diperhebat dengan Sains






Read More

Jumaat, 13 April 2018

Jom semak dan kira kolestrol anda sehari?


Berapa banyakkah kuantiti kolesterol yang boleh saya ambil dalam sehari?

Mengikut persatuan jantung Amerika, anda mestilah menghadkan purata pengambilan kolesterol kurang daripada 300mg sehari.

Tetapi, jika anda telah didiagnos dengan penyakit jantungia perlu dikurangkan kepada 200mg sehari.

Jom Semak! Berapa banyakkah kolesterol yang anda ambil dalam sehari?

Sarapan Pagi?
+
MakanTengahari?
+
Makan Malam?

Jumlah Kolesterol=





Ingin dapatkan produk shaklee untuk masalah kolestrol
boleh hubungi saya 0136288543

Read More

Selasa, 10 April 2018

Kenapa ibu mengandung dan ibu menyusu perlu set berpuasa sepanjang bulan Ramadhan

6 cara mengatasi ketidakselesaan semasa berpuasa

Sepanjang tempoh berpuasa, adalah tidak mustahil untuk anda mengalami beberapa ketidakselesaan. Ini adalah enam cara yang dapat membantu mengatasinya supaya anda kekal bertenaga sepanjang Ramadhan!

1. KETIDAKHADAMAN (PEDIH ULU HATI) 

Perut kita dicipta dengan persekitaran yang berasid untuk menghadam makanan dan memusnahkan bakteria. Penghasilan asid perut yang berlebihan atau pengaliran balik asid perut ke dalam esophagus, boleh menyebabkan pedih ulu hati. Puasa biasanya mengurangkan jumlah asid perut. Walaubagaimanapun, pedih ulu hati boleh berlaku apabila anda teringat mengenai makanan atau anda hidu bau makanan dimana, secara semulajadinya akan memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan penghasilan asid perut.

Penyelesaian

Kawal ketidakhadaman (Pedih ulu hati) dengan:

• Makan secara sederhana.
• Mengelakkan makanan berminyak dan pedas.
• Mengurangkan pengambilan kafein.
• Mengambil protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi untuk menguatkan otot perut dan esophagus.
• Mengambil Pudina dan halia untuk membantu melegakan ketidakselesaan perut.

2. SEMBELIT 

Sembelit adalah perkara yang biasa dihadapi semasa berpuasa, disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat.

Penyelesaian

Penting bagi anda untuk:
• Mengambil air yang mencukupi semasa sahur dan iftar.
• Mengekalkan pengambilan makanan yang tinggi dengan serat beserta buah-buahan dan sayur-sayuran.
• Mengekalkan pergerakan usus yang normal dengan Herb-LaxTM, julap semula jadi.

3. LETIH DAN LESU

Pengambilan nutrien dan tidur yang tidak mencukupi serta kehilangan elektrolit menyebabkan tahap tenaga anda menurun.

Penyelesaian

Semasa Ramadhan, adalah penting untuk:
• Mendapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti untuk lebih kesegaran semasa bangun bersahur.
• Pastikan badan anda terhidrat dengan Performance®.
• Rancang makanan untuk sahur dan iftar anda dengan mengambil makanan yang memberikan tenaga berpanjangan seperti ESP Soy Protein.

4. SAKIT KEPALA 

Dehidrasi yang berpunca daripada ketidakseimbangan elektrolit, kelaparan atau rehat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan sakit kepala.

Penyelesaian

Kurangkan sakit kepala! Pastikan anda:
• Kekalkan amalan diet yang sederhana dan seimbang - pastikan anda bangun untuk sahur.
• Pastikan anda mengambil Protein Soya ESP untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
• Hidrat dan tingkatkan tenaga dengn Performance® membekalkan gabungan unik elektrolit.

5. DEHIDRASI 

Secara semula jadi, badan anda kehilangan elektrolit melalui pernafasan, perpeluhan dan pembuangan air kecil. Kehilangan yang berlebihan akan menyebabkan dehidrasi, dan pendedahan kepada haba, pengambilan air yang rendah sebelum memulakan puasa serta aktiviti fizikal akan menerukkan lagi dehidrasi.

Penyelesaian

Elakkan dehidrasi dengan:
• Berada di persekitaran yang sejuk.
• Elakkan pendedahan berlebihan kepada haba.
• Minum Performance®, minuman ideal yang menghidrat dan membekalkan tenaga untuk memastikan anda kekal cergas.


6. PERTAMBAHAN BERAT BADAN DAN OBESITI 

Anda mungkin mengalami penambahan berat badan yang tidak diingini kerana kencenderungan untuk makan secara berlebihan terutamanya dalam pengambilan makanan tinggi lemak. Ini bertentangan dengan manfaat berpuasa.

Penyelesaian

Kekalkan berat badan optimum dengan:
• Makan secara sederhana.
• Mengawal dan mendisiplinkan diri untuk mengamalkan pemakanan sihat.
• Mengurangkan jurang nutrisi dengan Meal Shakes yang membekalkan 19 vitamin dan mineral penting.
• Mengambil Lecithin, pengemulsi lemak semula jadi.















Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera


Read More

Isnin, 9 April 2018

Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak, pengalaman pertama yang tidak boleh dilupakan

Pengalaman glamping di Caravan Serai Exclusive Private Villas di bentong bersama dengan anak-anak

Bagi ibu bapa yang nak merasai pengalaman glamping bersama dengan anak-anak anda boleh berkunjung ke caravan serai di Bentong, Pahang. Pengalaman yang sangat seronok di sini sebab anda bersama anak-anak boleh merasai suasana 'Back to nature' yang sangat mengujakan.

Glamping atau glamorous camping sekarang memang tengah famous sangat kan sekarang?
Cara berkhemah dengan elemen mewah gitu. Walaupun konsep glamping ni sudah lama bertapak di negara-negara Eropah, ha, jangan tak tau di Malaysia pun tidak berkecuali.

Saya bersama keluarga sebenarnya bercadang untuk menyambut birthday dua orang puteri yang lahir pada bulan april, short vacation ini sebenarnya tidak dirancang pun, kami decide lokasi di selangor, memandangkan semua hotel biasa seperti biasa penuh, tak sangka juga bila search google Caravan Serai masih ada kosong. 

Bila tengok konsep tent di Caravan Serai, rasa macam menarik sangat nak bawa anak-anak ke sana. Alhamdulillah kami dapat juga special price dari Caravan serai. Staf diorang memang pantas, selepas sahaja call, diorang terus follow up dengan whatsapp. Selesai transfer duit pakej di Caravan Serai. Kami dengan pantas terus ke Bentong. Check in jam 3.00 petang!

Pakej yang kami terima di Caravan Serai ialah: 

( 2 dewasa, seorang anak 9 tahun, 7 tahun dan 2 tahun)

Promotion package for Deluxe Safari Tent stay @RM278 nett

Extra Guest charge @RM65 p/pax include single airbed, breakfast & nature walk activity x 2pax = RM130

Steamboat dinner @RM45 p/pax - ADULT/ RM23 p/pax - CHILDREN
= RM136

*Total amount RM544 nett*

Kami memilih untuk dinner di Caravan Serai. Pihak diorang juga ada menyediakan BBQ bagi mereka yang suka bakar-bakar.

Aktiviti yang menarik disini:

1. Ping pong (free)
2. Badminton (free)
3. Berbasikal (berbayar)
4. Karaoke (berbayar)

Pengalaman yang paling berharga untuk anak-anak yang pastinya tidak di ajar di sekolah ialah:

1. Anak-anak merasalah masuk hutan (kebuh buah) sambil petik buah manggis dalam kebun, ala ala jungle tracking pun ada. kami merasa makan buah manggis sebab buah-buahan lain telah habis musimnya. So kalau korang nak merasa buah lain seperti langsat, rambutan dan durian boleh datang bulan Januari atau bulan Julai.
2. Menyusuri sungai kecil
3. Merasa pengalaman menoreh getah
4. Merasa lah tidur dalam khemah di tepi hutan belantara
5. Merasa mandi manda air sungai yang belum tercemar
6. Merasa lah tengok pacat dan segala jenis serangga
7. Merasa lah kenal pokok durian, manggis, langsat dan nangka
8. Merasa juga kene gigit dengan nyamuk hihi
9. Merasa mandi kolam dari air sungai yang bebas klorin

Glamping di Caravan Serai ni, memang sangat memuaskan, staf diorang ok sangat start dari  kami check in sampailah check out, semua kemudahan di sini pun lengkap dan sangat memuaskan, dan yang paling best tempat di sini di jaga dengan begitu bersih dan kemas sangat-sangat, so dapatlah hirup udara yang SEGAR, hilang rasa tekanan kerja sementara. Dekorasi di sini cantik! 
Makanan di sini juga sedap sangat!

Gambar sepanjang sehari semalam di sini


Pekan Bentong


Kawasan kampung Musang King



Anak sungai yang belum tercemar


Glamping


Ubat nyamuk ada jangan isau


Penyidai dalam khemah


Suasana nature walk


Siap semua, so tak panas, malam sejuk sangat sebab dalam hutan kan


Bilik air pun dalam khemah


Kolam air sungai no klorin!


Lengkap, ok la kan


Katil queen, towel, selimut semua ada


Stand by untuk anak-anak


Tandas, singki, sabun mandi, shampoo, shower semua ada dalam bilik air



Cantikkan?



Mandi sungai


Ready untuk nature walk


Belajar menoreh getah



Kebun buah-buahan


fuhhhh memang berpeluh, tinggi sangat



Menyelusuri sungai


Berjaya habiskan nature walk


Kopi durian




Steamboat














Jom Bercuti, jom Glamping



Read More

Khamis, 5 April 2018

Bagaimana memilih protien yang terbaik di pasaran? dapatkan tip yang betul dan tepat

Bagaimana memilih serbuk protien yang terbaik??


Senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda?


Perhatikan ciri-ciri ini didalam Serbuk Protein anda ?

TIP 1
DAPATKAN SOYA

Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa:

• Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol .
• Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan .
• 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.

TIP 2
LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING 

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk:

• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.

TIP 3
BUKAN GMO 

Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:

• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.


TIP 4
RENDAH LEMAK 

Akhirnya, anda mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.

• Membantu mengekalkan jisim otot.
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.


TIP 5
TIADA GULA PASIR TAMBAHAN 

Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan!

• Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
• Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.

TIP 6
MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH 

Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar. Protein soya GI rendah membantu:

• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.


ESP shaklee: No artificial sweeteners, preservatives, no added sugar, or flavors

TAHUKAH ANDA? Pengambilan 25g protein soya setiap hari memberi kesan penurunan tahap kolesterol




Read More