Rabu, 27 November 2019

Herbal blend krim selamat tanpa paraben

Herbal blend











Read More

Khamis, 7 November 2019

Teknologi retort: brahim foods dewina food untuk travel

TESTING TESTING

First time cuba dan first time beli, sebelum ni tiada keperluan nak beli hihi

So kita test dulu lah menu menu yang ada kat #BRAHIM shoppe ni dulu

Actually banyak juge saya beli, tapi yang saya cuba ni adalah #Nasi briyani kambing

Sedap!

Mudah nak dibawa, in case terdesak di sesuatu tempat kan. Kantung Teknologi retort ni agak mudah lah untuk disediakan bukan sahaja untuk travel, contoh kalau nak pergi tempat yang adventure ka, camping ke semua boleh

Kantung #retort yang memiliki ketahanan suhu mencecah 130 Celsius ini diperbuat daripada lapisan filem felksibel (flexible laminate) yang membolehkan pembungkusan disteril sekali gus mempunyai jangka hayat antara 18 bulan hingga 24 bulan.

Menunya semua telah di masak terlebih dulu mengikut formulasi ditetapkan, kemudian ia akan dimasukkan ke dalam kantung retort untuk dipekkan dan dipanaskan pada suhu tertentu.

Actually ade satu lagi cara, korang didihkan air dalam periuk then masukkan pek tersebut dalam periuk mendidih lebih kurang 3 minit, then siap boleh ngap😋

Antara menu yang ada: Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Tomato, Nasi Cendawan dan Keju, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Arab Kambing

Banyak lagi menu nye tau, so korang kene pi terjah #DEWINA food hokey 🙂

Kalau nk pergi beli google maps je dewina food tau

Sekian review ringkas mak

#mastetyourweapons
























Read More

Selasa, 15 Oktober 2019

Tempat menarik di Langkawi Kedah

Tempat menarik di Langkawi, Kedah

(Trip ringkas ke langkawi)

~Jumaat, sabtu dan ahad~

Staycation ringkas dengan anak-anak

Nama pun ringkas kan, so ringkas ya amat🥰🥰🥰

Kami sekeluarga sebenarnya ada event wajib kat langkawi last week, Family day office suami, meeting dan sebagainya, so alang-alang dah datang langkawi, acara wajib of course lah kene pusing-pusing Pulau Langkawi. Lagi pun kami bukan fokus nak shopping walaupun dah terbeli cokelat sampai RM300 lebih, tu pun ole-ole untuk adik beradik dan sahabat terdekat sahaja😅

So bila fokus nak lihat pulau, nak santai, nak rehat- rehat sahaja dan of course acara wajib lagi satu JALAN-JALAN CARI MAKAN😅. Jadinya tak dapat pusing setengah pulau, suku pulau pun not bad lah. 

Kami ke langkawi naik Malindo (ATR) kat subang, kami tak pilih driving ke sana, sebab bawa anak kecil satu, so rasa macam penat sangat dari seremban kot, oh ya, kebetulan saja lah nak test aurora 1st time naik flight, alhamdulillah tak meragam, gumbira lagi ade lah dia. The best pengangkutan yang ada flight kan. Setel masalah, penat pun tidak, emosi anak-anak pun tak meragam, nama pun aktiviti santai😎

Kat subang airport



Permandangan dari atas awan

So perjalanan ringkasnya:
  • Jumaat ~ sampai kat De Baron hotel, Kuah check in, then rehat-rehat sahaja, view hotel ni menghadap laut


  • Sabtu ~ Full day tour 
Kami guna khidmat ~Sendi Pertiwi Travel & Tours Sdn Bhd~

Paling best tiga hari di Langkawi diorang bagi pengangkutan Vellfire, terkezut sangat Vellfire sampai. Ini sudah jadi percutian taraf 5 stars. Selesa sangat. Haha merasa lah naik kerete besar syiok eh.


Pakej yang kami ambil:

- Bird Park nama dulu sekarang dah jadi Langkawi Wildlife Park, entrance RM18 (dewasa) sahaja sebab guna goverment rate, sesuai sangat untuk anak-anak tempat ni.




- Mangrove 
Pakej ni kami ambil boat private pusing-pusing Pulau Gorila, tengok Pulau Kasut, masuk dalam Gua Kelawar, ambil gambar di Gua Buaya

Pusing suku pulau Langkawi

Gua buaya

Gorila





Monyet

Kasut

Paling best eagle feeding live nampak helang putih dan merah, tengok perkampungan monyet di tengah paya bakau then makan seafood atas LAUT kat Fish Farm restaurant (konsepnye senang kita tangkap sendiri apa yang kita nak contoh ikan ke, lobster ke, sotong, udang, kerang dan macam macam lagi makanan laut), then pilih masakan apa yang korang nak, step yang terakhir tunggu sampai makanan sampai, ngap dengan riang hehe. Harga korang faham-faham lah sendiri ya, atas laut memang mahal.

eagle








Pusing pulau boleh contact:


Selesai tawaf suku pulau Langkawi, kami ke haji Ismail untuk shopping ole-ole semestilah coklat, then balik hotel. Tak lupa juge bergambaq kat dataran helang. Malam nya attend dinner.


  • Ahad hari terakhir tu sebelum sampai airport kami pi pekena laksa ikan sekoq dan laksa sotong, haish sedap bukan main. Dekat je dengan airport, makan pulak tepi laut, sambil hirup air kelapa, Allah nyaman sungguh.

Laksa ikan sekoq

Laksa sotong

Ringkasnya lebih kurang RM1000 all in pakej:
  1. Kenderaan Vellfire pengangkutan dan airport pergi dan balik
  2. Bergambar di dataran helang
  3. Langkawi wildlife park
  4. River cruise
  5. Bat cave
  6. Eagle watching and feeding
  7. Gorilla mountain (gambar)
  8. Gua buaya (gambar)
  9. Pulau kasut (gambar)
  10. Fish farm restaurant
  11. Shopping di HIG (jangan rambang mata sudah)


Aktiviti tamat. Sekian laporan last week

Boleh lah siapa yang bercuti ringkas ringkas tu bawa anak beranak. Santai santai kan. Berbaloi sangat....... Jemput lah share...

Info: Ni ade pakej aktiviti lasak

Read More