Ahad, 25 Mac 2018

Youth skin care untuk kulit lebih berseri, selamat dan semulajadi

YOUTH dah AVAILABLE!!

YOUTH INTENSIVE TREATMENT & REPAIR SET

1. Activating Serum
2. Perfecting Skin Toner
3. Age Defense Mineral Moisturizer SPF 50
4. Luminous Gel Oil Cleanser
5. Advanced Renewal Night Cream

Untung sangat BANYAK FREE GIFT
👉 Potongan sebanyak 20%
👉 PERCUMA 1 RADIANCE VITAMIN C & E yang mengandungi PURE 20% of vitamin C
👉 PERCUMA lagi 1 Beauty Bag
👉 PERCUMA membership Shaklee
👉 PERCUMA postage
👉 Pastu dapat CASH BACK lagi pada bulan berikutnya


Youth step by step

1. Cleanser

Tidak mengandungi sabun, ph seimbang, pembersih ini menggabungkan campuran vitamin yang dipaten dan polifenol serta alga untuk memperhalus dengan lembut, menyuci kulit

Bahan: vital repair, muscadine grape extract, ekstrak alga hijau yang menghaluskan

2. Perfecting skin toner

Bebaskan kulit anda dari sel-sel kusam dan ejen pencemar persekitaran. Kulit lebih cerah dan berseri, ia membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan membekalkan nutrisi kepada kulit

Bahan: vital repair, muscadine grape extract, ekstrak alga hijau yang meremajakan

3. Serum

Mengandungi 10 kali ganda bahan aktif untuk pembaharuan sel yang kritikal, terdiri dari campuran vitamin, polifenol, ia menggalakkan penghasilan kolagen dan pembaharuan pada peringkat sel, kulit lebih muda dan berseri

Bahan: apple cell, lotus japonicus, vitamin A

4. Moisturizer SPF 50

Perlindungan kulit daripada sinaran matahari, dengan SPF 50 UVA/UVB. Vitamin dan nutrien botani melembapkan kulit dan menambahbaikkan penampilan kulit secara menyeluruh

Bahan: SPF 50, vital repair complex, muscadine grape extract

5. Renewal night cream

Ekstrak alga marin, muscadine grape dan lotus japonicus serta anti oksida yang lain menggalakan pembaharuan sel kulit anda semasa tidur, ia membantu merangsang penghasilan kolagen dan elastin, kulit lebih muda, licin dan cerah

Bahan: vital repair complex, schisandra chinensis , lotus japonicus

6. Radiance C + E

Membantu menegang, mencerah dan mengurangkan garisan halus dan kedutan, mengurangkan kehadiran tompok usia, melicinkan tekstur kulit dan memperbaiki tona kulit secara keseluruhan

Bahan: 20% vitamin C tulen, vitamim E, raspberi


Cepat PM Laju-laju.
0136288543

#Youthshaklee
#YouthSemulajadi
#Youthskincare
#YouthLookYoungerLonger






























Read More

Ahad, 11 Mac 2018

Suburkan rambut anda dengan nourishing scalp treatment, serum atau tonik rambut yang selamat untuk semua jenis rambut

Suburkan rambut anda!

Kulit kepala yang sihat asas kepada rambut yang sihat!

Scalp health complex campuran 10 vitamin, mineral dan herba untuk rambut yang sihat, lebat dan berkilau

Terdiri dari ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan bekalkan tenaga untum menyuburkan folikel rambut.

Mineral kulit seperti tembaga, zink, mangan dan vitamin A penting untuk memyokong pembaharuan sel kulit kepala yang sihat

Mintak daun tea tree dan ekstrak teh hijau melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas

Kelebihan nourishing scalp treatment

-Menyubur, menguat dan melebatkan rambut dan mengurangkan keguguran semasa disikat
-Formula tanpa bilas dan melegakan kulit kepala
-Melindungi keseimbangan lembapan minyak sihat semulajadi
-Terbukti secara klinikal dan boleh digunakan setiap hri pada rambut basah atau kering
-Bauan botani
-PH seimbang selamat untuk semua jenis rambut




Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera





Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.


Read More

Isnin, 5 Mac 2018

Tips pemilihan skin care untuk muka bermasalah, berjerawat, sensitif dan kering

Korang pakai skin care ape tu?

Adakah korang pasti skin care korang selamat?

Muka kita terdedah dengan pelbagai masalah kan

🔶jerawat
🔶jeragat
🔶tona tak sekata
🔶pigmentasi
🔶kedutan
🔶cahaya matahari sun burn
🔶pori pori muka besar
🔶kesan parut di muka
🔶white and black head
🔶kulit sensitif, kering, berminyak

Banyak lagi sebenarnya masalah kulit muka ni kan

So pastikan anda memilih skin care yang betul. Terutama orang yang ada masalah kulit yang jenis sensitif, berjerawat, berminyak dan kering

Sedikit tips🔷

♦️Pastikan skin care kita bebas dari sebanyak mungkin bahan kimia yang bahaya

♦️Selamat dan halal digunakan

♦️Ada kajian penyelidikan

♦️Natural atau semulajadi

♦️Lengkap dengan set set asas yang penting seperti cleanser, toner, moisturizar

Happy sharing

Aini Amran
Menaip sambil tunggu izah balik sekolah kafa😊




#youth
#tsunamishaklee
Read More

Malnutrisi: apa yang ibu bapa perlu buat

Kelmarin pergi masuk giant, lalulah dekat pizza hut, kfc dan beberapa restoran fast food yang lain. Perati punya perati,
Emm memang ramai juge kanak kanak yang agak gempal atau obesiti dalam restoran tu😅

Sekali sekala mungkin boleh makan fast food ni, tapi jika terlalu kerap. Jaga jaga takut takut anak kita termasuk dalam kategori MALNUTRISI
...........
Kekurangan makanan seimbang
Mungkin sangat kurus atau pun terlebih berat badan😅

Memang masalah MALNUTRISI ni banyak berlaku di dunia yang membangun tapi korang jangan tak tau, dekat malaysia pun ade kajian. Paling takut keputusan tersebut memberi tanda amaran.

Korang boleh rujuk kajian Malaysia RDA nati.
............

So ibu bapa please please ambil cakna. Supaya perkara ni tidak berlaku dalam kalangan keluarga kita

Ok gini lah paling senang...

1. Makan lah makanan seimbang
2. Lebihkan buah dan sayuran yang organik. Sekarang ni seram juge bila tau penggunaan baja kimia di sayur dan buahan buahan
3. Kurangkan pengambilan makanan yang berkolestrol
4. Stop terus lagi bagus makanan proses atau segera
5. Bagi ibu yang ada anak kecil teruskan penyusuan

Eh rupenya ade kajian dari UNICEF, 25% kanak kanak di Malaysia mengalami masalah bantut (dari segi fizikal & kognitif) berpunca dari malnutrisi.

Ok so ibu ayah cek nutrisi harian keluarga kita. Pastikan lengkap segala nutrien nutrien penting yang diperlukan oleh badan. Makanan boleh jadi penyumbang kepada penyakit. Kurang nutrisi penting juga, bahaya kepada anak anak kita yang sedang membesar

Happy sharing❤️

Aini Amran
Menaip sambil makan buah betik😊
Sambil teringat nasi ayam sedap, banyak nye sambil😎

#tsunamishaklee
Read More

Khamis, 1 Mac 2018

Produk Penjagaan Rambut yang Selamat: Long Lasting Finishing Spray

Long Lasting Finishing Spray (Produk penjagaan rambut yang selamat)

?Rambut selalu terjurai?
?Rambut asyik terbang?
Rimas sangat!

-Menyikat rambut berlebihan kerana rambut kusut mampu merosakkan rambut. Jadi lebih baik jika kurang mengendalikannya.

Jom cuba long lasting finishing spray - untuk rambut anda kini kemas terletak

Apa yang best long lasting finishing spray:

-Meningkatkan kilauan, bersinar dan menguatkan rambut
-Merapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus
-Memastikan gaya rambut tidak berubah (medium hold)
-Memberikan perlindungan uv
-Rambut lembut
-Rambut tidak mengerbang
-Rambut lebih sihat dan mudah diurus

Keistimewaan spray:

-Sesuai untuk semua jenis rambut
-Diuji secara klinikal
- Diuji oleh ahli dermatologi
-Tiada pewarna, pengawet
-Tiada minyak yang menyebabkan tersumbat
-PH seimbang
-Tiada SLS
-Tiada propilen glikol
-Tidak mengeringkan dan tidak menanggalkan


Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera





Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.

Read More

Rabu, 28 Februari 2018

Herbal Blend Krim Serbaguna untuk Kegunaan Harian yang Selamat untuk Bayi dan Keluarga Anda

Herbal blend multi-purpose cream yang selamat

- Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kak.

-Dingin, bermentol dan tidak berminyak.

-Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.

-Melegakan kulit yang kering, mengelupas dan kasar

-Tiada paraben, tiada steroid dan selamat untuk bayi anda juga

Kebaikan 4 herba:

1. Sage leaf: melegakan jangkitan kulit
2. Horse chestnut seed: untuk elergi kulit dan ekzema
3. Yarrow: menyembuhkan luka
4. Rosemary leaf: musuh serangga, nyamuk, lalat, ulat dan kumbang

Sesuai juga untuk:

- Ruam lampin, ruam susu dan ruam biasa
- Gigitan nyamuk atau serangga
- Kulit kasar
- Losyen kegunaan harian untuk bayi dan keluarga
- Mengurangkan parut campak dan chicken pox
- Kulit melecur yang tidak serius






Info dan order produk
0136288543
Aini
Leader & Founder Fantastic Group
Konsultasi percuma
COD Negeri Sembilan

Ingin daftar ahli dan dapatkan penjimatan berganda? wassap segera 0136288543
Ingin menjadi pengedar shaklee kawasan anda? saya bantu anda!! wassap segera
Ingin mencari pendapatan lebih? wassap segera



Vitamin bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit, ia sekadar ikhtiar untuk anda, cegah sebelum parah, dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut.

Read More

Isnin, 19 Februari 2018

Resepi brownies gluten free yang mudah dan ringkas serta sedap

Ni resepi mak. Mak baru sempat taip ni ha.

Brownies guna tepung tanpa gluten
Ni mak olah sendiri

80g minyak jagung
160g coklat bar
1/2 cawan Fresh milk farm fresh ni yang mak guna

2 biji telur ayam kampung (anak mak jenis nak telur ni sesaje😆)
1 sudu kecik esen vanila
50g Gula tebu organik
10g brown sugar (agak agak manis kurangkan lagi tau)

100g tepung tanpa gluten (pi google kalau tak tau) saje nak bagi keroje😆
20g serbuk koko vanhouten
1 sudu kecil baking powder
Secubit garam

Dalam resepi mak memang kurangkan manis. Eh lupe lak mak ade letak cheese tartura sikit dalam 1/2 cawan aje.

Hiasan kacang badam
Kome nak hias lagi menarik pun boleh xde hal

Ni kalau masuk peti ni. Uishhh kenyal kenyal aje rasenye. Tapi serius tak sangka sedap dan lembut (perasan🙊)

Bako lah dalam suhu 150 ke 160 dalam 40 ke 45 minit dalam oven bukan dalam kuali 😆

Jangan lupe share kalau rase bermanfaat😘




NGIN MENJADI PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN ANDA
HUBUNGI SAYA 0136288543
SAYA SEDIA MEMBANTU

Read More

Resepi dessert panna cotta yang mudah dan sedap

Resepi Panna cotta

2 cawan susu segar (saya guna farm fresh)
1/2 cawan whipping cream (saya guna anchor)
5 sudu gula tebu organik
2 sudu kecil gelatin halal (jenama nona)
1 sudu kecil esen vanila

Masak susu, whipping cream dan gula
Api perlu sederhana

Setelah agak berbuih masukkan gelatin dan esen vanila, tapis dalam bekas kecil
Masuk dalam peti 2 ke 3 jam


Hiasan:

Hersheys
Strawberi

Jemput share❤️




INGIN MENJADI PENGEDAR SAH SHAKLEE KAWASAN ANDA
HUBUNGI SAYA 0136288543
SAYA SEDIA MEMBANTU

Read More

Ahad, 28 Januari 2018

Resepi Nugget Homemade tanpa gluten (gluten free) yang mudah dan sedap

Hari ini saya nak share

Resepi Nugget Homemade

Bahan-bahannya ialah:

1. Ayam organik kisar (5 ketul bahagian dada)
2. Lada hitam
3. Garam
4. Garlic serbuk
5. Mayonis (secukup rasa)
6. Tepung gluten free (campuran 2 cawan tepung ubi tanpa campuran dan 1 cawan patoto starch no gmo)
7. Telur ayam kampung sebiji
8. Minyak zaitun tak perlu banyak

Gaul gaul semua bahan hingga rata

Nak makan nanti
Salut nugget dengan serbuk roti n tepung gluten free then goreng

Rangup, sihat dan sedap!

Selamat mencuba semua

Boleh juga simpan frozen dalam peti ais korang

Resepi sos

1. Sos cili
2. Mayonis
3. Daun ketumbar cincang

Gaul rata, nyummy sangat

# Boleh juga masak nugget dalam air fryer sebab kita dah letak minyak zaitun dalam nugget



Rangup sangat


Ayam kisar


Simpan untuk frozen


Read More

Selasa, 23 Januari 2018

Set penjagaan bayi yang sangat selamat, lembut dan organik

Set penjagaan bayi yang sangat selamat, lembut dan organik

Terdiri daripada:

1. Mandian bayi (lembut dan tidak pedihkan mata)
2. Lotion bayi (melembut, melembap dan menenangkan)
3. Minyak urut bayi (massage oil)
(Melembap, melega dan membelai kulit bayi anda)





Bayi anda memerlukan penjagaan yang lembut, organic dan selamat,mdari bahan kimia yang merbahaya kerana kulit bayi amat sensitif.

Keistimewaan produk:

- diuji pakar pediatrik
- bahan semulajadi dan organik
- di uji secara klinikal
- tidak menimbulkan alahan
- ph seimbang
- tiada paraben, pewarna atau wangin tiruan
- diuji untuk sensitiviti

Bahan nya pun best ada minyak biji bunga matahari, lavender, dan chamomile organik, minyak rosemary dan vanila, minyak biji jojoba, shea butter organik, aloe vera organik




Tujuan set penjagaan yang selamat:

-Menenangkan bayi, mengurangkan tangisannya
-Mengurangkan sensitiviti pada kulit bayi
-Memberi rasa selamat tanpa was-was bahan kimia yang merbahaya pada ibudari sebar
-Membantu  melegakan kembung perut, angin dan sembelit
-Membantu bayi tidur dengan lebih lena
-Meningkatkan tekstur kulit
-Membantu menenang dan merehatkan bayi

Info dan order
0136288543










Read More

Sabtu, 13 Januari 2018

Part 3: Umrah dan ziarah di kota Madinah dan Mekah bersama keluarga dan anak-anak

Alhamdulillah tanggal 6 disember 2017 Allah telah mendengar doa kami dan memilih kami sekeluarga ke Tanah Barakah untuk menunaikan Umrah. Syukur tak terhingga kerana segalanya dipermudahkan. Kami menjadi tetamu ar-Rahman.

Sebelum ke sana of course pelbagai persiapan awal di buat sebulan awal sebelum bertolak, segala maklumat saya kumpul untuk memudahkan perjalanan kami anak beranak. Paling best travel kami membekalkan beg (3 jenis beg), telekung, kain ihram, buku panduan dan air zam-air zam free disamping lawatan-lawatan atau ziarah yang sangat best ni bumi Madinah dan Mekah. 

Maklumlah excited untuk pergi kami ambil pakej ziarah banyak sangat tempat, baru lah berbaloi ibadat sambil mendalami sirah tempat kelahiran Rasulullah dan para sahabat serta ibrah kisah Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Ismail serta ibunya hajar di tanah suci kota mekah. Bagi saya penting sangat melawat dan kenal tempat-tempat yang sangat bersejarah dalam Islam di sini baru lah ia memberi makna dalam jiwa kita.



Ready tepu dalam flight hihi 8 jam



Penting sangat mask ni tau, tu sorang budak kecik tak mau pakai mask 

Bermulalah umrah dan ziarah kami:

Rasa gembira yang teramat sangat apabila sampai ke destinasi pertama kami iaitu madinah, sempat kami menyusuri perjuangan Rasulullah S.A.W di kota Madinah yang disayangi oleh semua umat manusia, Banyak kisah-kisah sejarah dan peninggalan yang memberi seribu ibrah sepanjang musafir di sini, Banyak lagi yang ingin saya share kepada semua yang merindui kota Madinah dan Mekah

Sampai madinah. diantara tempat pertama yang kami pergi adalah, Ziarah raudhah iaitu maqam Rasululullah S.A.W dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar al-Khattab. Walaupun bersesak saya dan 3 orang anak dapat juga masuk ke Raudhah. Nak masuk Raudhah ni memang memerlukan kesabaran yang amat tinggi sebab bukan kita seorang sahaja yang excited nak menziarahi Rasulullah S.A.W, tapi seluruh Umat manusia menyayangi Rasulullah S.A.W. Allahuakbar alhamdulillah dapat juga saya berziarah dan menyampaikan salam rakan-rakan kepada junjungan besar Rasullullah. rasa Baginda sangat hidup bersama kami. Gembiranya tak dapat nak digambarkan.

Kami sempat juga ke jabal uhud, Jabal Uhud adalah bukit yang dijanjikan di surga. Jabal Uhud special sebab ia tidak bersambung dengan gunung yang lain. Karena itulah penduduk Madinah menyebutnya dengan sebutan Jabal Uhud yang artinya 'bukit menyendiri'.

Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah sebuah bukit berjarak 5 kilometer dari utara Kota Madinah dengan ketinggian sekitar 1.077 meter, selalu dikenang oleh umat Islam karena di lembah gunung ini pernah terjadi peperangan besar antara pejuang Islam dan kaum kafir Quraisy  yang menyebabkan 70 pejuang Islam mati syahid. Dalam peperangan ini juga syahidnya bapa saudara kesayangan Rasulullah iaitu Saidina Hamzah. Di sini juga terdapat makam para syuhada yang syahid.



Jabal Uhud


Destinasi kami seterusnya adalah ke Masjid Quba’. Pahala solat di sini menyamai dengan mengerjakan satu umrah, Masjid yang dibina dengan tangan Nabi Muhammad S.A.W. Masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah bersama sahabatnya, Masjid Quba’ ni di antara masjid keempat termasyhur selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa (di Palestin), Kami dapat dua kali juga bersolat di Masjid Quba'.

Info masjid Quba'


- Rasullullah selalu datang ke masjid quba salah satunya pada hari sabtu


- Masjid pertama dalam Islam
- Masjid ini dibina dalam kawasan pohon kurma dan ada satu telaga dinamakan telaga Quba'
- Masjid ini dibina oleh Rasulullah bersama sahabat. Rasulullah bersama mengangkat batu untuk bina        masjid ini selama 4 hari
- Masjid Quba terdapat 19 pintu
- Masjid yang dibina atas dasar Taqwa



Masjid Quba'


Penuh manusia

Keesokkan nya kami ke Ladang tamar, melihat pokok-pokok tamar, seronok anak-anak dapat merasa pegang pokok kurma! (pokok tamar ni kalau nak tahu dia akan berbuah dengan banyak dan cantik masa musim panas terik, unik kan?) di sini buah-buah tamar agak mahal, jadi saya membeli buah tangan seperti kurma, kismsi dan sebagainya bukan disini tapi di pasar Madinah (Suuk), kualiti kurma nya sangat memuaskan hati. Dapat juga merasa kurma Rasulullah S.A.W iaitu kurma ajwa aliyah, (makan sampai puas kat pasar ni sebab penjual tu akan cakap halal.. halal.. hihi) 


Pasar di Madinah

Sempat juga kami singgah dan lalu juga di masjid masjid tertentu seperti masjid qiblataian (dua kiblat), Masjid Ijabah iaitu di sini Nabi telah berdoa, tiga permintaan Nabi, dua permintaan dikabulkan oleh Allah, satu permintaan tidak dikabulkan oleh Allah, selain itu kami lalu juga di Masjid 7 dan banyak lagi masjid lain yang mempunyai sejarah yang tersendiri.

Pada malam terakhir di Madinah, kami sempat juga ziarah di sekitar Masjid Nabawi seperti ziarah ke Baqi’ Al Baqi’ tempat ahli keluarga Nabi, isteri Nabi serta para sahabat (diantara nya Saidina Uthman, Saidina Ali) dimaqamkan di sini. Semoga ada juga rezeki kita meninggal di bumi barakah ini.


Taklimat

Sempat juga ziarah Tempat Baiah Saidina Abu Bakar setelah wafatnya Rasulullah S.A.W (Tempat berlakunya Baiah Saidina Abu Bakar sebagai khalifah, Balai Bani Saedah) melawat juga muzium-muzium di sekitar Masjid Nabawi.

Canggih tau teknologi Masjid Nabawi ni. Di Masjid Nabawi terdapat lebih kurang 250 payung yang mempunyai teknologi yang canggih. Apabila ditutup tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Penutupan lebih kurang 3 minit sahaja


Masjid Nabawi



3 orang anak dara saya

Paling best dapat juga tengok peninggalan kubu Kaab al-Asyraf yang merupakan pembesar, penyair dan pendeta yahudi yang membenci Islam. Saad berjaya dibunuh oleh sahabat Rasulullah. Kubu nya telah terbakar semasa berlaku kebakaran besar di Madinah. Diriwayatkan bahawa kubunya telah terbakar selama 3 bulan yang menyebabkan batu batu di situ menjadi sangat ringan. Memang ringan sangat batu disini walaupun besar senang nak angkat. Oh ye belakang kubu ni banyak sangat terdapat pokok kurma ajwa


Kubu Kaab

Sempat melawat muzium keretapi pada Zaman Uthmaniah dapat lah tengok tinggalan sejarah yang hebat-hebat kat sini. Banyak ilmu sejarah yang dapat kat muzium ni


Keretapi yang sangat kukuh 


Banggunan ni memang unik

Oh terlupa pula kami sempat juga round-round di kota Madinah dengan menaiki bas (city sight seeing), Bayaran untuk naik bas ni adalah 80 riyal dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun 40 riyal, bas ni juga menyediakan ear phone yang perlu dipakai sepanjang perjalanan selama 2 jam mengilingi kota Madinah dengan info sejarah yang sangat padat. Korang boleh pilih bahasa melayu tau untuk memudahkan kefahaman tentang sejarah Kota Madinah. Best lah!


Naik bus



Sampai mekah melakukan umrah wajib (miqat di bir ali) Sempat buat umrah sunat juga (miqat di jaronah, hudaibiyah, qarnu al manazil)

Di mekah Ziarah Jabal Rahmah, Jabal Tsur, Gua Hira’, melihat tempat haji Mina, Muzdalifah, lawatan ke taif, ke pasar buah Taif(masyaallah buah-buahan kat taif ni besar-besar dan manis sangat!) sempat gak lah memborong pisang kaki dan mangga. 


Laluan ke Gua Hira'


Nampak pisang kaki tu! oren menyala

Saya juge ke kilang bunga ros, dapat tengok proses buat minyak wangi dengan bunga ros dari proses pengeluapan, sambil tu borong pati ros untuk adik beradik juga. Teh bunga ros nye sedap sangat! segar! Kat Taif ni cuaca yang agak sejuk.

Pergi singgah juga Masjid Saidina Abbas, sempat juga ke muzium Hudaibiyah, Ladang kecil unta (merasa minum susu unta yang fresh)


Patung bentuk lembu samiri (muzium)


Telaga zam-zam dolu-dolu


Merasa pegang unta

Lalu juga di Universiti Ummul Qura’ (yang dibiayai oleh Arab Saudi sepenuhnya)

Malam nye sebelum balik aktiviti Ziarah dalam di Masjidil Haram tempat Rasulullah S.A.W dilahirkan, rumah Saidatina Khadijah, Abu Jahal, kawasan lembah Bani Hashim dan sebagainya.


Masjidil Haram





Masjidil Haram

Tawaf wida’- waktu yang paling best sebab dapat bawak uzma dan izzah pegang kaabah, Memang Allah permudahkan betul untuk diorang merasa pegang kaabah walaupun ramai juga orang waktu ni, Alhamdulillah. Merasa diorang pegang dua kali.

Last perhentian sebelum bertolak balik, lawatan ke Jeddah, round round di Jeddah (sempat singgah Masjid Qisas) Dari Jeddah terus balik ke Malaysia. Alhamdulillah landed dengan selamat 19 hb disember 2018. Syukur.


Balik Malaysia

Aturcara ringkas perjalanan kami di sana tempoh hari:

- Makkah hotel Baity 5
- Madinah hotel nozul royal in 

- Ziarah Maqam Rasulullah dan sahabat serta memasuki Raudhah.
Jemaah wanita dibimbing oleh Muzawirah wanita

- Ziarah luar 
- Masjid Quba 
- Jabal Uhud
- Ladang tamar

- Ulangan ke Masjid Quba untuk mendapatkan fadilat dua rekaat di Masjid Quba mendapat ganjaran pahala satu umrah (hadis sahih)
- Lawatan ke kubu kaab al ashraf
- Lawatan ke muzium keretapi di ambariah, peninggalan (asalnya stesen keretapi zaman Khalifah Othmaniah)
- Berangkat ke Bir Ali untuk miqat umrah, dari Bir Ali terus ke Makkah, sampai di Makkah Tawaf Saie dan tahlul

- Ziarah luar
- Jabal Thor, Jabal Rahmah, Muzdalifah, Mina dan terus ke Jaronah.
- Jemaah yang hendak melaksanakan umrah ke dua boleh miqat di Jaronah

- Lawatam ke Taif
Jemaah yang hendak mengerjakan umrah akan berniat di Qarnu Al Manazil semasa perjalanan balik

- Lawatan ke muzium di Hudaibiyah.
- Jemaah yang hendak mengerjakan umrah boleh miqat di Masjid Hudaibiyah 

- Lawatan ke Jeddah

Tips Umrah dengan anak:

Bila kita berpeluang menunaikan umrah dengan anak. Memang banyak benda yang perlu diambil kira. Tapi sebenarnya mudah sangat. Jika kita sentiasa positif. Allah mudahkan
- Salah satu nya tempat penginapan
- Cuba cari travel umrah yang menyediakan hotel yang agak dekat anggaran 100 ke 200 meter dari masjidil haram or masjid nabawi
Memang seronok hari hari anak nak pergi solat. Sekaligus memudahkan urusan kita untuk beribadat serta dapat solat setiap waktu di masjidil haram dan masjid nabawi

Semoga semua yang share dan baca dapat manfaat.

Jangan lupa klik link link part 1 dan part 2

PART 1

PART 2

Love,
Aini Amran



Read More