Selasa, 25 Ogos 2015

Sistem pemenggalan waktu yang masih ramai lagi keliru

Sistem Pemenggalan Waktu

(Sumber DBP)

1  Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59

2  Petang -dari pukul 2.00 hingga 6.59

3  Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59

4  Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59

5  Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59

Diharap semua warga pendidikan yang menyediakan buku program, kertas kerja, laporan, surat, tentatif atur cara majlis, minit mesyuarat, penulisan RPH dan dokumen-dokumen lain dapat menggunakan sistem pemenggalan waktu ini dengan betul.

'Biasakan yang betul, betulkan yang biasa'

Sumber dari:

ABDUL RAHMAN JURI
Munsyi DBP


Hasil carian imej untuk waktu
Read More

Pemusnah sel kanser yang wajib diketahui oleh semua

Pemusnah Sel Kanser 

Ikhtiar dan usaha itu penting, selebihnya kita serahkan kepada Allah S.W.T.


1. Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline.

3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi siapa sahaja.

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru boleh muncul Lycopene yang bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan
darah.

Boleh amalkan dari sekarang
Sharing is caring



Hasil carian imej untuk lemon


Read More

Ahad, 23 Ogos 2015

8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita

8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita

Assalamualaikum, salam manis pembuka bicara.

Dah lama saya tak update entry dan berkongsi info-info yang bermanfaat, maklumlah akhir-akhir ini sibuk dengan tugasan pembelajaran abad 21, semua pakat dan mengajar dalam ICT untuk memudahkan pelajar faham, sebab ada pelajar yang bagus dalam visual, ada yang bagus dalam audio dan lain-lain, so semua cikgu kena blend supaya pelajar dapat menggunakan kekuatan diorang tu. haishhh dah melalut ke lain pulak.

Ok, so kita fokus pada entry hari ini iaitu boleh kan penyakit dielakkan dari anak-anak kita, dalam erti kata lain boleh kah kita elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak-anak kita, sekali lagi di ingatkan kita bukan tuhan, jika Allah nak bagi sakit (kun fa ya kun) akan kena juga tapi sebagai manusia kita disuruh usaha dan tawakkal (doa) kan?

8 tips berikut ialah:

1. Minum air (plain water)

Biasakan anak kita supaya minum air masak setiap hari, bukan biasakan anak minum air manis, bayangkan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu jadi kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anak kita terhidrasi sekaligus boleh menyumbang kepada sakit tekak dan demam. Pastikan diorang minum air suhu bilik, bukan air sejuk yang boleh menyumbang kepada batuk. Paling terbaik bagilah air yang bertapis kerana air yang tidak bertapis juga boleh menyumbang kepada bakteria atau bahan-bahan yang merbahaya seperti merkuri, klorin dan sebagainya. ingat, air yang bersih membantu mengelakkan penyakit.

Hasil carian imej untuk plain water

2. Galakkan anak makan sayur dan buah

Beri galakkan kepada anak supaya makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral. sayur dan buah dapat mengelakkan anak anda dari masalah sembelit selain membekalkan vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Biasakan pemakanan sayur dan buah kepada anak kita sejak mereka kecil.

Hasil carian imej untuk sayur buah

3. Memberi makanan tambahan

Makanan tambahan amat penting kepada anak-anak kerana kadang-kadang kita pun tidak pasti adakah pada setiap hari cukup atau tidak keperluan nutrien yang diberikan kepada anak kita, betul tak? kekurangan nutrisi yang sihat dan mencukupi untuk anak anda boleh menyebabkan anak anda diserang penyakit. Jadi pastikan anda mencari makanan tambahan atau suplemen yang natural dan selamat untuk mereka.

Hasil carian imej untuk vitamin c dan vita lea kanak kanak

4. Elakkan dari keluar berjalan ke tempat-tempat yang boleh mengundang penyakit

Jika anda mempunyai anak yang masih kecil elakkan atau kurangkan membawa mereka ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli belah yang sangat sesak, pasar malam, ekspo ekspo yang penuh dengan manusia, taman tema air apa jua tempat yang boleh mengundang virus dan bakteria, saya yakin semua orang tahu tentang perkara ini, tempat yang ramai orang adalah tempat yang sangat mudah virus dan bakteria disebarkan, so berhati-hati dan kurangkan pergi ke tempat ini, virus selesema dan batuk serta demam adalah penyakit yang paling mudah berjangkit.

Hasil carian imej untuk ekspo

5. Basuh tangan setelah balik dari taska atau tadika

Apabila anak anda balik dari taska atau tadika pastikan mereka di biasakan untuk mencuci tangan dan kaki dengan sabun anti bakteria, ini adalah ikhtiar kita untuk pastikan mereka sentiasa bersih. Jadikan ia sebagai habit yang baik. Ajar anak anda basuh tangan dengan cara yang betul, serta terangkan kelebihan membasuh tangan kepada mereka.

Hasil carian imej untuk basuh tangan

6. Sentiasa amalkan menjaga kebersihan diri dan sekitar rumah

Sentiasa mengingatkan anak supaya menjaga kebersihan diri seperti mandi dan gosok diri, ajar mereka semua aspek kebersihan seperti buang sampah tong sampah, basuh tangan sebelum makan dan sebaginya. ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah anda bersih untuk mengelakkan daripada serangga lalat, nyamuk dan tikus, tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga menjaga kebersihan bukan sahaja di rumah tapi di mana sahaja.

Hasil carian imej untuk kebersihan rumah

7. Masak makanan yang berkhasiat

Sentiasa masak makanan yang berkhasiat untuk anak anda, kurangkan makanan fast food dan instant yang mana boleh mengundang kepada obesiti dan tidak berkhasiat, elakkan juga penggunaan perisa makanan ketika memasak. kurangkan juga pembelian makanan di gerai atau restoran yang kita tidak pasti kebersihannya, jika tersalah beli boleh mengundang cirit-birit dan keracunan makanan terutama kepada anak-anak kita. Jadi berusahalah untuk masak setiap hari walaupun kita sibuk dengan pelbagai kerja. Bak kata chef Ammar "Masak dengan hati, dengan dengan Iman".

Hasil carian imej untuk masak makanan

8. Tawakkal dan doa

Setelah usaha kita tawakkal dan doa ye sahabat-sahabat, semoga segala usaha kita diberkati, yakin Allah jua yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.

Hasil carian imej untuk doa



Read More