Ahad, 23 Ogos 2015

8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita

8 tips untuk elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak kita

Assalamualaikum, salam manis pembuka bicara.

Dah lama saya tak update entry dan berkongsi info-info yang bermanfaat, maklumlah akhir-akhir ini sibuk dengan tugasan pembelajaran abad 21, semua pakat dan mengajar dalam ICT untuk memudahkan pelajar faham, sebab ada pelajar yang bagus dalam visual, ada yang bagus dalam audio dan lain-lain, so semua cikgu kena blend supaya pelajar dapat menggunakan kekuatan diorang tu. haishhh dah melalut ke lain pulak.

Ok, so kita fokus pada entry hari ini iaitu boleh kan penyakit dielakkan dari anak-anak kita, dalam erti kata lain boleh kah kita elakkan virus dan bakteria dari menyerang anak-anak kita, sekali lagi di ingatkan kita bukan tuhan, jika Allah nak bagi sakit (kun fa ya kun) akan kena juga tapi sebagai manusia kita disuruh usaha dan tawakkal (doa) kan?

8 tips berikut ialah:

1. Minum air (plain water)

Biasakan anak kita supaya minum air masak setiap hari, bukan biasakan anak minum air manis, bayangkan keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu jadi kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anak kita terhidrasi sekaligus boleh menyumbang kepada sakit tekak dan demam. Pastikan diorang minum air suhu bilik, bukan air sejuk yang boleh menyumbang kepada batuk. Paling terbaik bagilah air yang bertapis kerana air yang tidak bertapis juga boleh menyumbang kepada bakteria atau bahan-bahan yang merbahaya seperti merkuri, klorin dan sebagainya. ingat, air yang bersih membantu mengelakkan penyakit.

Hasil carian imej untuk plain water

2. Galakkan anak makan sayur dan buah

Beri galakkan kepada anak supaya makan makanan berkhasiat seperti sayur dan buah-buahan yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral. sayur dan buah dapat mengelakkan anak anda dari masalah sembelit selain membekalkan vitamin dan mineral yang baik untuk badan. Biasakan pemakanan sayur dan buah kepada anak kita sejak mereka kecil.

Hasil carian imej untuk sayur buah

3. Memberi makanan tambahan

Makanan tambahan amat penting kepada anak-anak kerana kadang-kadang kita pun tidak pasti adakah pada setiap hari cukup atau tidak keperluan nutrien yang diberikan kepada anak kita, betul tak? kekurangan nutrisi yang sihat dan mencukupi untuk anak anda boleh menyebabkan anak anda diserang penyakit. Jadi pastikan anda mencari makanan tambahan atau suplemen yang natural dan selamat untuk mereka.

Hasil carian imej untuk vitamin c dan vita lea kanak kanak

4. Elakkan dari keluar berjalan ke tempat-tempat yang boleh mengundang penyakit

Jika anda mempunyai anak yang masih kecil elakkan atau kurangkan membawa mereka ke tempat yang ramai orang seperti pusat membeli belah yang sangat sesak, pasar malam, ekspo ekspo yang penuh dengan manusia, taman tema air apa jua tempat yang boleh mengundang virus dan bakteria, saya yakin semua orang tahu tentang perkara ini, tempat yang ramai orang adalah tempat yang sangat mudah virus dan bakteria disebarkan, so berhati-hati dan kurangkan pergi ke tempat ini, virus selesema dan batuk serta demam adalah penyakit yang paling mudah berjangkit.

Hasil carian imej untuk ekspo

5. Basuh tangan setelah balik dari taska atau tadika

Apabila anak anda balik dari taska atau tadika pastikan mereka di biasakan untuk mencuci tangan dan kaki dengan sabun anti bakteria, ini adalah ikhtiar kita untuk pastikan mereka sentiasa bersih. Jadikan ia sebagai habit yang baik. Ajar anak anda basuh tangan dengan cara yang betul, serta terangkan kelebihan membasuh tangan kepada mereka.

Hasil carian imej untuk basuh tangan

6. Sentiasa amalkan menjaga kebersihan diri dan sekitar rumah

Sentiasa mengingatkan anak supaya menjaga kebersihan diri seperti mandi dan gosok diri, ajar mereka semua aspek kebersihan seperti buang sampah tong sampah, basuh tangan sebelum makan dan sebaginya. ibu bapa perlu memastikan persekitaran rumah anda bersih untuk mengelakkan daripada serangga lalat, nyamuk dan tikus, tunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka juga menjaga kebersihan bukan sahaja di rumah tapi di mana sahaja.

Hasil carian imej untuk kebersihan rumah

7. Masak makanan yang berkhasiat

Sentiasa masak makanan yang berkhasiat untuk anak anda, kurangkan makanan fast food dan instant yang mana boleh mengundang kepada obesiti dan tidak berkhasiat, elakkan juga penggunaan perisa makanan ketika memasak. kurangkan juga pembelian makanan di gerai atau restoran yang kita tidak pasti kebersihannya, jika tersalah beli boleh mengundang cirit-birit dan keracunan makanan terutama kepada anak-anak kita. Jadi berusahalah untuk masak setiap hari walaupun kita sibuk dengan pelbagai kerja. Bak kata chef Ammar "Masak dengan hati, dengan dengan Iman".

Hasil carian imej untuk masak makanan

8. Tawakkal dan doa

Setelah usaha kita tawakkal dan doa ye sahabat-sahabat, semoga segala usaha kita diberkati, yakin Allah jua yang memberi penyakit dan menyembuhkannya.

Hasil carian imej untuk doa



Read More

Sabtu, 1 Ogos 2015

Kutu, kutu!!! Apa yang perlu anda lakukan bila kepala diserang kutu

Info tentang kutu

Bagi yang mempunyai anak-anak tinggal di taska atau pun sudah ke prasekolah, pasti pernah berhadapan dengan masalah rambut dijangkiti kutu. Kutu merupakan serangga halus yang mengerumuni rambut dan menyebabkan kepala kanak-kanak gatal.

Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari.

Telur putih halus (telur kutu) serangga ini tergantung pada akar rambut. Kutu merebak dengan sangat mudah dari satu kepala ke kepala yang lain. Ia menyebabkan si kecil berasa gatal kepala dan asyik menggaru rambutnya.

Tanda-tanda anak dijangkiti kutu

  • Gatal yang kuat pada permukaan kepala. Ini disebabkan oleh bahan yang ada di dalam air liur kutu kepala.
  • Tanda-tanda merah pada permukaan kepala, leher dan belakang telinga. Dalam kes yang teruk, tanda-tanda bengkak berlaku di belakang telinga.
  • Terdapatnya telur-telur kutu yang kecil. Ia selalunya bersinar dan berwarna putih. Ia kelihatan seperti kelemumur tetapi ia tidak mudah dikeluarkan.
Hasil carian imej untuk set kutu kepala

Kutu mudah berjangkit secara langsung dari kepala melalui :

  • Sikat rambut.
  • Perhiasan rambut.
  • Tuala.
  • Topi.
  • Tudung kepala.
Hasil carian imej untuk set kutu kepala

Apabila seorang anak anda dijangkiti kutu, rawat seluruh keluarga anda dan mereka yang berhampiran dengan anak anda. 

Antara langkah penjagaan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

  • Tanya ahli farmasi tentang ubat yang boleh membunuh kutu dan telur kutu. Sapukan ubat ini di seluruh kepala anak anda dan biarkan ia atas kepala selama masa yang diarahkan, biasanya beberapa jam.
  • Cuci dan bilas rambutnya. Sikat dengan sempurna menggunakan sebatang sikat haus untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu yang mati. Anda mungkin perlu mengulang rawatan ini dua atau tiga kali, setiap tiga hari, untuk menghapuskan telur kutu.
  • Bersihkan berus dan sikat anak anda serta topinya. Satu cara lain, simpan topinya di dalam beg plastik bertutup rapat dan biarkan selama sekurang-kurangnya sepuluh hari. Kutu dan telur tersebut akan mati.
  • Elakkan anak anda menyertai kumpulan kanak-kanak atau pergi ke taman permainan bermain bersama kawan-kawan kerana bimbang akan menjangkiti kanak-kanak lain.  Biar dia tinggal di rumah sehingga kutu dan telurnya telah dimusnahkan sepenuhnya.
Hasil carian imej untuk set kutu kepala
Read More

Demam denggi: Apa ikhtiar anda, ketahui tanda dan gejala demam denggi

Denggi membunuh

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. 

Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. 

Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu:
  • Demam Hemoragik Denggi (DHF) 
  • Sindrom Kejutan Denggi (DSS)


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala denggi

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. 

Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). 

Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Rawatan 

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.



Testimoni 

Hasil carian imej untuk set denggi
Set pencegahan


Read More

Luka bersalin lambat sembuh?Petua luka bersalin cepat sembuh cara rawatan moden dan tradisional

Luka bersalin

Siapa yang boleh duduk selesa bila luka bersalin masih tidak sembuh. Hendak duduk salah, hendak berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak selesa.  Selain makan dan menyapu ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman.

Jangan risau, kerana kebanyakan petua tradisional ini dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan


  • Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.

  • Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.

  • Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.

  • Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

  • Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

  • Selamat mencuba!
Hasil carian imej untuk daun jambu

Saya dapat petua ini dari majalah pa&ma

Selain itu rawatan moden yang diakui dapat membantu luka bersalin cepat sembuh ialah dengan pengambilan zinc kerana ia akan mempercepatkan proses penyembuhan luka. So jika anda kurang masa untuk membuat petua diatas, anda boleh memilih untuk menggunakan rawatan moden.

Hasil carian imej untuk zinc shaklee


Love,
Aini
(Pengedar Shaklee Negeri Sembilan)
0136288543


Read More

Ibadah korban: Hari raya Aidiladha atau Hari Raya Haji

Pengertian korban


  • Korban ialah menyembelih binatang ternakan ( Al-an’am ) pada hari Raya Aidiladha atau hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan menghampirkan diri kepada Allah.

Hukum korban

  • Sunat muakad: bagi orang Islam yang mampu
  • Wajib: bagi orang yang bernazar

Cara pembahagian daging korban

  • Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan mentah kepada fakir miskin Islam.
  • 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah.
  • 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan.
  • 1/3 daging dimakan oleh orang yang mengorbankan binatang tersebut.
Hasil carian imej untuk pembahagian korban

Cara penyembelihan korban

  • Binatang yang hendak dikorban dihadapkan ke arah kiblat.
  • Binatang itu diikat kakinya dan direbahkan di bahagian rusuk kiri.
  • Kemudian, letakkan mata pisau di bahagian leher binatang itu dan berniat korban kerana Allah Taala.
  • Selesai sahaja berdoa, teruslah sembelih binatang itu dengan pantas.
Hasil carian imej untuk korban kartun

Hikmah/kelebihan/faedah korban

  • Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
  • Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban
  • Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah
  • Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa
  • Memupuk semangat berkorban menegakan syiar Islam
  • Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam
Hasil carian imej untuk korban


Read More