Sabtu, 1 Ogos 2015

Adab menjaga orang sakit yang perlu kita tahu supaya pesakit akan rasa selesa

Adab menjaga orang sakit yang perlu kita tahu supaya pesakit akan rasa selesa

Aspek Rohani


  • Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah.
  • Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah.
  • Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu.
  • Membantu pesakit menjalankan kewajipan kepada Allah seperti membantunya mengambil wuduk
  • Mengingatkan pesakit supaya sentiasa mengingati Allah.

Aspek Emosi

  • Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut 
  • Memahami keperitannya menanggung kesakitan.
  • Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka manis
  • Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit.
Hasil carian imej untuk orang sakit

Aspek fizikal

  • Memastikan pesakit bersih tubuh badan,pakaian dan tempat
  • Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
  • Mengingatkan pesakit supaya makan ubat dan supplement seperti yang dijadualkan.
  • Memberi kerehatan secukupnya.
  • Bertanya tentang keinginan dan keperluannya.
Hasil carian imej untuk orang sakit

Kelebihan menjaga orang sakit

  • Mewujudkan silraturrahim sesama islam
  • Meringankan penderitaan yang dialami pesakit 
  • Memenuhi tanggungjawab diri kepada keluarga sahabat dan jiran yang sakit.
  • Melahirkan sifat perhatin kepada golongan yang memerlukan bantuan

Hasil carian imej untuk orang sakit solat

Read More

Perkahwinan dalam Islam: mahar, merisik, bertunang dan meminang

Maksud perkahwinan

  • Bahasa: Cantum / himpun
  • Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan.

Rukun Nikah


  • Saksi
  • Isteri
  • Suami
  • Wali
  • Akad

Hikmah perkahwinan

  • Menjamin Kesihatan
  • Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani
  • Menjalinkan silaturrahim
  • Memberi ketenteraman kepada pasangan

Kesan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang Islam

  • Akan dikenakan tindakan undang-undang 
  • Masyarakat memandang serong
  • Maruah keluarga akan tercemar
  • Kehidupan jadi kucar kacir

Merisik

  • Langkah awal memilih calon isteri yang sesuai
  • Disunatkan melihat bakal pasangan pada muka dan tangan  sahaja

Hasil carian imej untuk merisik

Bertunang

Dalam tempoh pertunangan perhubungan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan masih sebagai orang asing (ajnabi)

Hasil carian imej untuk bertunang

Meminang

  • Lamaran daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri

Mahar 

  • Pemberian wajib suami kepada isteri sama ada dlm bentuk wang atau barang bernilai selepas akad nikah.
  • HUKUM: 
  • Wajib sebagai tanda penghargaan, tanggungjawab dan kasih sayang.

Hasil carian imej untuk mahar

Walimatul 'urus

Iaitu jamuan atau kenduri kahwin bagi meraikan pasangan yang baru berkahwin

HUKUM
Mengadakan kenduri ialah sunat muakad
Menghadiri kenduri ialah wajib

Adab kenduri kahwin

  • Tiada unsur pembaziran
      - sebaiknya dibuat sederhana.
      - elak belanja sehingga berhutang
  • Tiada unsur maksiat
      - contoh : persembahan nyanyian, mendedahkan aurat / bersanding
  • Tiada unsur khurafat
      - contoh : upacara menepung tawar untuk mengelakkan bala

Tanggungjawab suami dan isteri

Suami
  • Beri nafkah zahir dan batin
  • Beri didikan kpd isteri dan anak
  • Beri layanan baik
Isteri
  • Taati suami
  • Pelihara kehormatan diri
  • Jaga harta suami
  • Beri layanan baik kpd isteri
  • Tinggal di rumah suami
Tanggungjawab bersama
  • Memelihara dan mendidik anak
  • Menghubungkan silaturrahim dengan keluarga kedua belah pihak
  • Memenuhi keperluan suami isteri seperti kasih sayang
  • Saling menghormati dan menjaga keaiban
  • Saling menasihati dengan lembut dan berhikmah
Hasil carian imej untuk kahwin

Read More

Resepi sambal warisan bonda yang sangat sedap

Hari ini saya nak share resepi sambal mak mertua saya yang memang tak di nafikan kesedapannya, resepi sambal ini, boleh juga dijadikan sambal nasi lemak, sambal udang petai, sambal lempeng, sambal cicah dengan ubi rebus atau dijadikan cili untuk masakan yang memerlukan cili

Resepi sambal warisan bonda

  • Cili kering di rebus dibuang biji 
  • minyak masak untuk menggoreng
  • gula dan garam
  • ikan bilis
  • bawang besar

Cara membuatnya
  • Semua bahan (cili dan ikan bilis diblend halus)
  • masukkan minyak apabila minyak panas masukkan cili dan ikan bilis yang telah diblend, perlahankan api, biarkan ia masak sehingga pecah minyak, setelah itu masukkan gula, garam dan bawang besar

Hasil carian imej untuk sambal


#Jika anda ingin buat sambal udang dan petai masukkannya udang dan petai, begitu juga sambal-sambal yang lain

#Jika tidak habis boleh simpan dalam peti sejuk untuk digunakan lagi.


Mudah dan sangat sedap
Selamat mencuba semua
Read More

Resepi wraps yang paling cepat dan mudah untuk ibu-ibu

Resepi

Resepi pun mudah sebab nama pun nak cepat kan....bahan-bahan ni rasanya ada dalam peti ais korang

Bahan untuk membuatnya


  • 1 bungkus wraps
  • Sosej dan nugget siap di goreng (jika korang tak suka boleh letak ayam or daging)
  • Timun potong dadu
  • Tomato potong dadu
Bagi yang guna daging or ayam korang ke masak campurkan aje semua bahan di atas serta sos tomato dan sos cili then letak black paper sikit

Bahan sos
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Mustard
  • Sos nacho cheese
  • Salad (sayur)

SIAP!!!!!!! senang kan?


Hasil carian imej untuk wraps
Roti wraps




Siap!!

Read More

Jumaat, 31 Julai 2015

Cara detox semulajadi dengan bahan-bahan terpilih

Detox!!!

Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walaubagaimanapun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan

1) Aloe Vera
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.

2) Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!

3) Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.

4) Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.

5) Coriander
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik. Ketumbar ni saya memang suka, selalu masuk dalam nasi arab, baunya wangi sangat

6) Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik. Halia ini memang tip top dalam buang angin dan detox

7) Broccoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. Sup brokoli is my feveret tau, nyum!!

Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Air confirm perlu minum banyak, bukan air manis ye air kosong!

  • Selamat berdetoks, kepada siapa yang berminat detox bersama saya boleh cali, whatsapp saya, saya tahu caranya, jom saya bantu anda. 
  • #alfalfa

Hasil carian imej untuk alfalfa shaklee
Read More