SALAM CERIA.... PERKONGSIAN SAYA
Dewasa ini, penyakit slipped disc semakin banyak didengari, di sekolah saya sahaja terdapat 2 orang cikgu lelaki yang telah mengalami penyakit ini. Beberapa minggu lepas seoarang sepupu saya juga menghadapi penyakit ini.
Di sini dikongsikan beberapa cara kaedah rawatan slipped disc selain daripada:
1. Mengambil suppelement (Ostematrix, GLA, Joint health dan Omega)
2. Terapi
Soalan:
ASSALAMUALAIKUM Tuan Haji. Saya sudah 6 tahun mengalami penyakit slipped disc. Kesan sakit ini membuat saya sukar untuk berdiri dan duduk lama. Disebabkan ini saya kerap mengambil cuti sakit sakit sehingga menggangu prestasi kerja saya. Saya juga terpaksa solat duduk di atas kerusi. Saya telah menjalani fisioterapi dan setakat ini sakitnya telah berkurangan namun saya tidak boleh melakukan kerja lasak dan berat. Pihak hospital mencadangkan saya untuk melakukan pembedahan namun saya tidak berani mengambil risiko yang tinggi memandangkan usia saya dan juga penyakit kencing manis yang saya alami sekarang. Bolehkah saya mohon jasa baik tuan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit Slipped Disc dengan menggunakan rawatan Al-Quran? Terima kasih.
Mohd Shukri Kuantan
Jawapan:
Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, pad bulat rawan (tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu untuk mengurangkan geseran di antara vertebra apabila berlaku pergerakan. Di dalam cakera ini terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif dan ia melalui tengah-tengah ruang vertebra. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan.
Slipped disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. Tidak jelas apa yang menyebabkan tisu penghubung untuk pecah. Walau bagaimanapun, penyusutan cakera sering berlaku hasil daripada peningkatan usia.
Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat pesakit tulang belakang, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus atau serangan jin yang menyebabkan masalah sekatan pada sistem saraf sehingga berlakunya kebas-kebas tangan dan kaki, sakit belakang hingga ke kaki. Jadi, pesakit perlu dahulu berjumpa dengan perawat-perawat kami untuk mengenal pasti samaada penyakit yang dialami disebabkan oleh gangguan atau masalah fizikal.
Tanda-tanda awal slipped disk:
#Sakit di belakang, leher, atau bahagian bawah badan.
#Kadang-kadang, seseorang yang mengalami slipped disc berasa kebas di bahagian-bahagian badan yang atas dan di bawah kawasan yang terjejas (secara umum, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur ini boleh membawa kepada keadaan lumpuh.
#Dalam beberapa kes, bahagian bawah badan berasa lemah, dan ia menjadi sukar untuk pesakit berdiri.
#Penderitaan individu juga mungkin mengalami perasaan kurang selesa, gatal di kawasan kemaluan.
#Individu juga mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lain lain.
Gejala Slipped disc
#Kelemahan sensasi atau berasa kebas di satu atau kedua-dua anggota badan yang lebih rendah.
#Kehilangan ketangkasan dalam satu atau kedua-dua kaki.
#Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing.
#Sakit berdenyut pada bahagian dalam paha;
#Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak.
#Kelemahan berpanjangan dengan sensasi cucukan walaupun dalam keadaan berehat.
#Lemah tenaga batin atau sukar untuk bersama.
#Kesan yang berterusan boleh membawa kepada pesakit manjadi lumpuh (paralyse).
Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah slipped disc, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah doktor atau datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat al-Quran yang boleh merawat gangguan tersebut. Ini kerana terdapat banyak kes-kes di mana pesakit yang telah pergi ke hospital dan menjalani beberapa ujian termasuklah ujian darah yang menunjukkan keadaan komponen darah pada paras normal, tekanan darah yang normal dan tiada sekatan dalam saluran darah. Pemeriksaan MRI, CT Scan dan X-Ray pula menunjukkan tulang, cakera dan sendi tidak menekan saraf tetapi pesakit mengalami tanda-tanda sakit saraf. Dalam kes-kes seperti ini besar kemungkinan pesakit menghadapi masalah gangguan seperti gangguan saka, sihir atau kerasukan.
Rawatan moden slipped disc
Dalam kebanyakan kes, slipped disc akhirnya akan mengecut kembali secara spontan.
Kesakitan biasanya akan berkurangan apabila cakera berhenti menekan pada saraf yang terjejas. Selalunya pihak hospital akan memberi ubat penahan sakit sebagai permulaan rawatan.
Selain itu, fisioterapi boleh membantu anda untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Fisioterapis akan melatih dan mengajar jenis-jenis senaman yang bersesuaian untuk anda lakukan. Sebaiknya senaman itu dilakukan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik dan ianya boleh dilakukan di rumah juga.
Anda juga boleh berunding dengan pengamal osteopath, atau chiropractor untuk merawat keadaan ini. Kedua-dua kiropraktik dan osteopati menggunakan terapi manual, iaitu, manipulasi otot dan tulang melalui urutan dan teknik manual yang lain.
Pembedahan mungkin perlu jika rawatan lain tidak membuahkan hasil yang diharapkan, atau telah gagal untuk memperbaiki keadaan.
Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit slipped disc akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.
Ayat-ayat tersebut adalah:
1. Surah Qaff ayat 16 hingga 45.
2. Surah Mukminun ayat 60 hingga 80.
3. Surah Shod ayat 34 hingga 61.
4. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28.
5. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60.
Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Selain dari amalan ayat-ayat al-Quran, kami juga menggunakan teknik menekan di tempat-tempat tulang belakang yang bermasalah. Selalunya pesakit akan merasa sedikit tidak selesa bila tempat yang bermasalah itu disentuh oleh perawat kami.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.
Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)."
Penutup
Dalam pengalaman kami merawat pesakit slipped disc, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari fizikal dan spiritual. Dari segi fizikal ramai yang memakai tongkat atau dengan berkerusi roda bila kali pertama datang berubat dan dengan kuasa dan izinNya ramai yang boleh berjalan tanpa memakai tongkat atau berkerusi roda setelah beberapa kali mendapat rawatan. Ada yang cepat sembuh dan ada yang lambat. Terpulang kepada yang Maha Esa untuk menyembuhkanNya kerana sebagai manusia kita perlu berikhtiar. Walaupun ada yang masih rasa sakit, tapi jiwa lebih tenang dan redho.
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu anhu, bahawa, Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah azza wa jalla." (HR. Muslim) InsyaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anda yang mempunyai masalah cakera slipped disc ini.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sakit belakang badan, terutama pada bahagian tengkuk atau pinggang, adalah perkara biasa, lebih-lebih kepada individu yang aktif dan sibuk bekerja. Namun, ada juga sakit disebabkan masalah serius dan memerlukan rawatan lanjut atau pembedahan.
Tulang belakang manusia bukan tulang yang berterusan memanjang daripada leher ke pinggang, tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub.
Tulang ini disusun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang di bawahnya.
Di bahagian belakang tulang belakang ini pula terletaknya saraf tunjang manusia.
Cakera ini melekat kuat pada tulang belakang.
Ia dipegang oleh ligamen pada tulang belakang supaya kekal pada kedudukannya.
Namun, ia boleh ‘bergerak’ atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tunjang terhimpit dan mengakibatkan komplikasi yang tidak diingini.
Keadaan ini biasanya dipanggil ‘slipped disc’.
Keadaan slipped disc biasa berlaku pada usia 30 tahun hingga 40-an, terutama membabitkan golongan lelaki.
Kebanyakan kes berlaku pada tulang belakang di bahagian pinggang, selebihnya pada bahagian tengkuk.
Individu yang berisiko ialah mereka yang bekerja mengangkat benda berat, perlu duduk untuk jangka masa panjang, terlalu aktif pada usia muda atau yang pernah mengalami kecederaan atau kemalangan membabitkan tulang belakang.
Simptom awal masalah ini ialah sakit belakang yang biasanya dirawat sebagai sakit urat.
Namun, sakit ini berterusan dan menjadi lebih teruk walaupun ubat tahan sakit diambil.
Jika cakera ini tergelincir atau terbonjol jauh ke belakang, ia akan menyebabkan saraf tunjang terganggu.
Simptom seperti kebas pada anggota tangan atau kaki berlaku.
Cetusan rasa seperti renjatan elektrik dirasai daripada pinggang dan merebak ke betis.
Lebih teruk, cakera ini boleh terus menghimpit saraf tunjang dan menyebabkan komplikasi kekal seperti lumpuh, tidak berjaya mengawal pundi kencing, gagal mengawal saluran dubur serta boleh menyebabkan mati pucuk bagi lelaki.
Pemeriksaan klinikal boleh menentukan kemungkinan besar seseorang pesakit itu mengalami slipped disc atau tidak.
Ujian x-ray biasanya tidak dapat mengesahkan masalah ini kerana x-ray hanya dapat melihat tulang, bukan cakera itu.
Oleh itu, ujian terbaik ialah melakukan MRI (magnetic resonance imaging) pada bahagian tertentu tulang belakang.
Melalui ujian ini, cakera yang terbonjol dapat dilihat dan pakar boleh mengenal pasti sejauh mana saraf pesakit terhimpit oleh cakera itu.
Rawatan bagi pesakit yang mengalami slipped disc bergantung kepada simptom dan komplikasi pada saraf tunjang pesakit.
Hampir 80 peratus pesakit tidak perlukan pembedahan.
Ubat tahan sakit, korset tulang belakang dan fisioterapi adalah rawatan awal.
Suntikan turut diberi jika sakit tidak terkawal.
Jika komplikasi pada saraf berlaku, pembedahan tidak dapat dielakkan.
Selain rawatan, penjagaan mekanik badan sangat penting.
Ini untuk mengelak cakera berkenaan terbonjol lebih jauh dan mengakibatkan cacat kekal berlaku Pesakit juga perlu mengurangkan tekanan kepada bahagian tulang belakang dengan tidak mengangkat benda berat selain mengurangkan aktiviti lasak.
Senaman khas boleh dilakukan oleh pesakit bagi membantu mengurangkan rasa sakit dan mengurangkan risiko komplikasi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/15: myMetro