Isnin, 6 Julai 2015

Tilam basah lagi??Petua dan tips berkesan apa yang ibu-bapa perlu buat jika anak anda sering kencing malam

Salam ceria, salam bahagia, salam kasih sayang buat ibu-ibu di luar sana

Mempunyai anak yang sering kencing malam di atas tilam kadang-kala memeningkan kepala lebih-lebih lagi jika anak anda berumur 5 ke 6 tahun, dan masih lagi kencing tilam, kencing pula sebulan berkali-kali. Sebagai ibu bukan senang, kita perlu membasuh tilam, menjemur dan sebagainya, jika anak anda berumur 4 tahun ia masih lagi normal, namun apa salah kita melatih mereka sejak dari awal lagi. 

Apa yang ibu-bapa jangan buat jika anak anda kencing malam? Elakkan

  • Malu dengan keadaan anak anda. Ia akan membuatkan anak rasa bersalah dan lebih tertekan.
  • Menyalahkan anak setiap kali dia bangun tidur dalam keadaan yang basah. Kencing malam tiada kaitan dengan sifat malas atau degil kerana tiada siapa mahu buang air kecil di tilam.
  • Memalukan anak dengan menjadikan perkara ini bahan gurauan atau ejekan. Elakkan juga menceritakan masalahnya kepada ahli keluarga lain di depan anak. Memalukan anak dengan mengejeknya hanya akan membuatkan masalah ini lebih sukar diatasi.
  • Menyalahkan diri sendiri. Anda bukan penyebab masalah kencing malam yang dialami anak anda kerana biasanya ia adalah masalah yang diwarisi. Maknanya, ada ahli keluarga anda yang turut mengalami masalah ini.
  • Menghukum anak kerana kencing malam. Memang ada kalanya ibu-bapa hilang sabar apabila terpaksa membasuh cadar dan selimut setiap hari, tetapi ketahuilah leteran anda tidak akan melenyapkan masalah ini.
  • Mencegah anak daripada menyertai aktiviti sekolah yang memerlukannya bermalam di luar atau tidur di rumah kawan. Beritahu guru atau ibu bapa rakan anak anda mengenai masalah ini dan langkah yang boleh diambil.

Tindakan anda jika anak kencing malam

  • Sebelum anak masuk tidur, pesan padanya agar bangun untuk ke tandas bila terasa nak buang air. Kalau takut nak ke tandas sendiri, suruh anak kejutkan anda atau pasangan.
  • Galakkan anak untuk buang air sebelum tidur. Tapi kadang-kadang ada juga kes kalau dah mengantuk sangat dia buat tak tau je. Sibuk dok layan ngantuknya tu. Diwaktu sebegini, seeloknya pimpin anak anda ke tandas dan suruh anak buang air sebelum masuk ke bilik tidur.
  • Beri pujian padanya apabila dia bangun untuk ke tandas diwaktu malam atau apabila dia tidak kencing di tilam
  • Kejutkan anak sekali semalam untuk buang air. Tapi kalau anak tak nak bangun juga, ada baiknya anda angkat dia dan bawa kebilik air sebelum tilam anda dibasahkan.
  • Elakkan dari memberi sindiran negatif seperti marah dan ejekan kerana ini akan mengganggu keyakinan diri si anak. Sebaiknya terangkan padanya kenapa terkencing diatas tilam tu tak bagus.
  • Elakkan dari menggunakan tilam yang tebal dan sukar untuk dicuci. Sebaliknya gantikan dengan tilam yang nipis, comforter atau toto yang boleh dicuci setiap kali anak anda terkencing diatasnya. Jika rasa terlalu nipis, lapiklah 2 ke 3 helai toto atau comforter atau plastik.

Petua tradisional orang dolu-dolu

1. Sapukan minyak gamat pada ari-ari kanak-kanak tersebut sebelum waktu tidur.

2. Gunakan minyak zaitun yang disuamkan dan kemudian sapu di bahagian ari-arinya. Cubalah beberapa malam. Jika tidak ada minyak ini gantikan dengan halba yang dipanaskan, balut dengan kain dan tuam di ari-arinya macam ketika dia bayi dulu.

3. Jika anak anda berumur 5 tahun ke atas dan masih lagi kencing malam, cuba petua ini. Ambil tembakau sebesar ibu jari dan campurkan sedikit kapur sireh, kemudian letakkan di pusatnya. Lakukan sewaktu hendak tidur malam dan ikatkan dengan kain. Buatlah selama seminggu, InsyaAllah anak tidak lagi kencing malam.

4. Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecil madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.


Jika anda msih juga kencing malam sehingga umur 7 tahun, anda boleh lah bawak berjumpa doktor untuk sebarang rawatan moden.

Semoga bermanfaat!!


Read More

Sabtu, 4 Julai 2015

Resepi ladyfinggers cheese oreo yang sangat mudah dan senang tak perlu bakar sehingga menjilat jari versi ainiamran

Hari cuti-cuti malaysia ni dah plan nak buat 5 jenis cake dan biskut. Maklumlah dan lama tak baking, gian sekali sekala datang, boleh makan berbuka puasa nanti. So ku decide nak buat:

1. Biskut chipsmore M&M
2. Biskut gula utk budak budak ni
3. Cheese cake
4. Biskut kekecang (guna tepung florenta)
5. Ladyfinggers cheese oreo


Kami ni satu rumah peminat cheese so cheese je memanjang dalam semua masakan....


So hari ni tak sempat nak update resepi lain, kita update dulu resepi ladyfinggers cheese oreo yang ku kire senang sangat nak buat, sebab korang tak perlu bakar or kukus or masak just masuk peti sedia untuk dimakan....SENANG KAN????

Ladyfinggers cheese oreo

Bahan-bahan nya....



Bahan A

1 paket biskut ladyfinggers original or if korang suka yang tiramisu amik yg flavour
1/2 cawan milo
1 cawan air suam

Bahan B

250g krim keju (saya guna tartura)
125g krim tenusu (whipping krim saya guna emborg - rasa tawar)
125g krim bukan tenusu (saya guna vivo sebab dia manis sikit)
50g gula aising (saya buat 25g gula + susu manis 2-3 sudu besar, terpulang ikut selera korang

Hiasan (ikut kreativiti anda)

Coklat masakan (parut)
1 sudu  serbuk coklat / milo (saya campur kan dua dua) 
Coklat urai
Oreo serbuk

Cara membuatnya

1. Campurkan semua bahan A kecuali biskut ladyfinggers (ketepikan)
2. Campurkan semua bahan B dan adun dengan mixer sehingga sebati ( adunan akan ade ketul ketul kecil so jangan risau)
3. Celupkan biskut ladyfinggers ke dalam milo suam tadi (celup separuh)
4. Kemudian susun biskut dalambekas dan letak bahan B ke atasnya, lapis lapiskan, ulang langkah yang sama sehingga habis
5. Hiaskan dengan serbuk coklat/milo (taburkan), tabur coklat masakan yang telah diparut, oreo serbuk serta coklat urai dan simpan dalam peti ais sebelum dihidangkan

SIAPPPPPP!!!



tadaaaa....siap pun...


~Selamat mencuba semua~
Read More

Jumaat, 3 Julai 2015

Set ensufelle khas untuk rawat kulit muka bermasalah jenis jerawat, berminyak dan liang pori terbuka

Memiliki muka bermasalah seperti jerawat, berminyak, liang pori terbuka memang memeningkan bagi mereka sentiasa ingin menjaga penampilan diri. mereka yang mempunyai kulit bermasalah akan kurang keyakinan dan sering muram memikirkan jerawat yang sering timbul. Dalam hal ini, pemilihan set kosmetik sangat lah perlu yang sesuai dan betul untuk mengelakkan daripada kulit muka bertambah teruk. Muka jenis ini agak sensitif jika tersalah memakai set yang kurang sesuai.

Saya juga sebenarnya mempunyai kulit bermasalah seperti di atas, saya pernah bertukar lebih daripada 10 jenis set kosmetik setahun yang mahal atau murah tetapi masih tidak mendapat kesan yang diiinginkan, waktu tu stress sangat. Sehinggalah saya bertemu dengan set enfuselle ini, agak berpuas hati, muka makin hari makin ok walaupun bukan sepenuhnya. Ok lah kan dari bertambah teruk....hihi....


Set Kosmetik Enfuselle Untuk Rawat Kulit Muka Berminyak dan Liang Pori Terbuka

Kulit berminyak boleh mengundang jerawat kerana sebum yang terperangkap di dalam kulit. Bila terkena cahaya, kulit kelihatan berkilat dan tidak bersih. Cara mudah nak atasi masalah kulit berminyak adalah dengan mengamalkan kaedah penjagaan muka dengan teratur bermula dari proses pembersihan, penggunaan toner dan moisturizer yang sesuai dengan kulit berminyak. Sangat penting untuk pilih produk yang khas untuk kulit berminyak kerana salah pilih, minyak akan terperangkap dalam kulit.


Bagaimana nak atasi masalah kulit muka berminyak dan liang pori terbuka? Selain supplemenet, Shaklee juga mengeluarkan set kosmetik khas untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, kulit kering dan kulit normal. Tapi entri kali ini akan tertumpu kepada set kosmetik enfuselle khas untuk kulit berminyak yang mengandungi pencuci, toner dan moisturizer. 



1. Pencuci: Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak lembut untuk menyingkirkan bahan cemar, mekap dan minyak berlebihan daripada kulit anda.

Kelebihan Purifying Cleansing Gel:

  • Bahan-bahan khas serta penambahan Vitamin E menyegarkan dan melembutkan kulit
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2. Toner: Purifying Toner 

FORMULA TIGA TINDAKAN MENGHENTIKAN KEROSAKAN PRO-OKSIDA

Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit, serta menyediakannya untuk rawatan Enfuselle.

Terbukti secara klinikal:

  • Meneutralkan kemudaratan kulit akibat tindak balas dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan menghaluskan kulit dengan ekstraklikoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan saiz liang-liang kulit
  • Membantu mengawal kilauan minyak
  • Hipoalergenik

3. Pelembap: Balancing Moisturizer 

FORMULA BEBAS MINYAK UNTUK MENYIHATKAN DAN MENGHIDRATKAN KULIT

Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan

Terbukti berkesan secara klinikal:

  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik 

Untuk info, order dan testimoni 

Whatsapp 0136288543 (jangan segan-segan)
Anne
Cod: N9

Read More

Tips penjagaan gusi dan gigi bayi dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah dan dua tahun ke atas

Baru baru ini anak ku uzma berumur 6 tahun tertanggal giginya, maklumlah nak tumbuh gigi kekal, So ibunya gigih bertungkus lumus mencari info tentang gigi, izzah pulak di gigi ada karries gigi, So lebih alert sebab buruknya anak dara gigi tak cantik. Jadi saya ringkaskan pembacaan saya dalam entry kali ni.

Kenapa perlu memberus gigi?

Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. 


Penting ke memberus gigi?

  • Mencegah penyakit gusi
  • Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).

Bila anak kita wajib memberus gigi?

Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.


Cara nak berus?


Untuk bayi 

Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.

Untuk kanak-kanak 

Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.


INFO: untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur. Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

INFO: untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas :
Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

Perlu ke nak periksa gigi anak?

Pemeriksaan pergigian secara berkala perlu untuk :

  1. Mengawasi pertumbuhan gigi dan perkembangan tulang rahang
  2. Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi
  3. Menyelia penjagaan gigi sendiri

Time bila nak bawak pemeriksaan?

Bawalah anak anda berjumpa doktor pergigian atau jururawat untuk pemeriksaan seawal usia untuk membiasakan mereka dengan suasana klinik pergigian. Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya  enam bulan sekali atau setahun sekali, tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi ( karies gigi ), pemeriksaan lebih kerap mungkin diperlukan.


GIGI ANAK SIHAT IBU CERIA!!! BAHAGIA!!!

Semoga bermanfaat


anak-anak ku...tak senyum lak nak tunjuk gigi...

pemilihan berus gigi amat penting

contoh jenis-jenis masalah gigi
Read More

Khamis, 2 Julai 2015

Sawan dalam kalangan kanak-kanak? adakah ia membahayakan??? rawatan menggunakan ayat al-Quran

Salam manis pembuka bicara

Pengenalan tentang sawan

Sawan atau epilepsi adalah penyakit akibat ketidakseimbangan rangsangan isyarat elektrik di dalam otak disebabkan kecederaan semasa atau selepas kelahiran, tumor atau demam ketika kanak-kanak atau jangkitan.

Serangan sawan berbeza dari segi intensiti dan frekuensi, bermula dengan kehilangan memori ringan absences sehingga konvulsi (jatuh atau goncangan badan) berlaku beberapa kali dalam sehari.

Tekanan, demam dan pengambilan alkohol berlebihan berpotensi menyebabkan sawan. Sehingga kini tiada penyebab utama sawan dikesan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan sawan dan mendorong doktor mengawalnya melalui diet.

Perubatan moden mengklasifikasikan sawan kepada tiga kategori:
  • Sawan Menyeluruh/Generalise (melibatkan keseluruhan otak - Grand Mal atau Sawan Tonik-Klonik). Pesakit kaku, rebah, tidak sedar, badan bergoncang atau konvulsi dan meronta. Serangan biasa berlaku dalam lima minit, kebanyakan pesakit tertidur lebih setengah jam dan bila terjaga termenung dan bingung.
  • Sawan Sebahagian (Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor). Mengakibatkan pesakit bingung dan tidak sedar apa yang berlaku.
  • Sawan Ketiadaan (Absence Seizure atau Epilepsi Petit Mal). Banyak terjadi pada pelajar sekolah rendah dan pesakit berada dalam keadaan tidak sedar dalam masa singkat (30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Biasa pulih apabila dewasa.

Jenis-jenis sawan

Terdapat beberapa jenis sawan. Penyakit sawan ada sementara dan ada mengambil masa untuk sembuh. Ada yang memiliki tanda sawan kronik dan ada di peringkat awal. Biasanya ia bermula dari umur enam bulan hingga lewat dua puluhan.

Puncanya adalah:
Penyakit sawan berlaku tanpa mengira bangsa, latar belakang pendidikan dan kedudukan status ekonomi. Lebih separuh kes tidak mempunyai punca pasti.
  • Pengaruh genetik. Sesetengahnya ada sejarah keluarga, atau genetik. Penyelidik mengaitkan beberapa jenis sawan dengan gen tertentu.
  • Trauma di kepala yang dialami semasa kemalangan atau kecederaan trauma lain.
  • Gangguan perubatan. Penyakit seperti strok atau serangan jantung.
  • Demensia adalah punca utama sawan di kalangan orang dewasa lebih tua.Penyakit - meningitis, AIDS dan virus ensefalitis juga boleh menyebabkan sawan.
  • Kecederaan pranatal. Sebelum lahir, bayi terdedah kepada kerosakan otak disebabkan jangkitan daripada ibu, pemakanan atau kekurangan oksigen. Kira-kira 20 peratus sawan kanak-kanak berkaitan dengan cerebral palsy atau masalah neurologi lain.
  • Masalah pembangunan. Kadang-kala dikaitkan dengan gangguan perkembangan, seperti Autisme dan Sindrom Down.
Hasil carian imej untuk sawan dalam kalangan kanak kanak

Tanda awal

Demam sawan berpunca daripada demam panas pada kanak-kanak antara enam bulan hingga lima tahun. Sawan biasanya menyerang orang dewasa disebabkan faktor semulajadi dan tekanan mental dan mungkin sukar dikenal pasti di kalangan kanak-kanak.

Tanda kanak-kanak sawan
  • Merenung kosong seperti berkhayal.
  • Jatuh secara tiba-tiba tanpa sebab.
  • Kurang tindak balas untuk tempoh singkat.
  • Mengantuk berlebihan.
  • Mengangguk berulang-ulang.
  • Mata berkelip laju.
  • Sakit perut tiba-tiba diikuti kekeliruan.
  • Kerap cuai bila melakukan sesuatu.
  • Tiba-tiba takut tanpa sebab jelas.

Rawatan dengan ayat Al-Quran

Seperti diterangkan, wujud gangguan pada sistem saraf pesakit. Punca sebenar belum disahkan dan terdapat banyak hadis mengenai sawan menyebut gangguan jin.

Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s., baginda melihat seorang perempuan tua rambut beruban, mata biru, kening bertanduk, betis kecil, rambut kusut masai, mulut ternganga dan keluar pucuk api, dapat membelah bumi menggunakan kuku tajam dan memecahkan batu besar dengan pekikan suaranya.

Nabi Allah Sulaiman bertanya, siapakah kamu? Adakah kamu manusia atau jin? Kerana aku tidak pernah melihat orang paling hodoh selain engkau. Perempuan itu menjawab: “Akulah Ummu Sibyan (Jin ibu penyakit sawan) yang dapat menguasai ke atas anak Adam lelaki dan perempuan, …"

Dari Husain bin Ali r.a., ia berkata Rasulullah saw bersabda: “Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan tidak akan mengganggunya."

Abu Sulaiman berkata apabila sekumpulan sahabat dalam perjalanan dan bertemu orang terkena sawan. Salah seorang membacakan Surah Al-Fatihah dan meniup di telinga beliau. Pesakit itu segera sembuh.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. dimaklumkan mengenai perkara ini, beliau berkata: "Ia (Surah Al-Fatihah) adalah" Ibu Al-Quran "(Ummu al-Qur'an) dan penawar setiap penyakit."
Ayat yang boleh diamalkan adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Al-A’raaf ayat 43 hingga 56
Surah Ambiya ayat 74 hingga 81

Semoga dapat manfaat

Salam sayang,
anne
Sumber:
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Read More