Khamis, 7 Mei 2015

Makanan, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain untuk ibu berpantang dan menyusukan anak, pantang larang dan petua orang-orang lama

Salam ceria kepada semua ibu-ibu yang hebat di luar sana....

Di sini saya tergerak hati untuk kongsikan sedikit informasi tentang berpantang dan sedikit informasi penyusuan

Kelebihan amalan berpantang 


Amalan berpantang selepas bersalin adalah satu kaedah pemulihan secara tradisional di dalam satu jangka masa tertentu untuk wanita yang baru melahirkan anak. Ianya masih diamalkan sehingga ke hari ini dan diwarisi sejak turun temurun di kalangan masyarakat Asia terutamanya orang Melayu.

Pada tempoh masa tersebut, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. 

Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.

Tempoh berpantang biasanya berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu dari hari kelahiran anak. Tumpuan utama rawatan adalah untuk:

1.Membantu mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
2.Memulihkan organ pembiakan wanita 
3.Menyembuhkan luka akibat kelahiran 
4.Membetulkan keadaan rahim 
5.Mengembalikan ketegangan faraj 

Dipercayai jika rawatan ini tidak dijalankan, dikhuatiri rahim akan kendur dan wanita akan kelihatan tua daripada usianya serta badan akan mudah lenguh dan cepat letih.

Asas rawatan adalah menggunakan herba-herba tradisional, urutan, diet yang ketat serta penggunaan alatan bantuan seperti bengkung dan rawatan tungku panas.

Di sini di sertakan sedikit info untuk ibu berpantang dan menyusu








copy paste


Love, 
Aini
Pengedar Shaklee Negeri Sembilan
Jangan segan cari saya
0136288543
Read More

Sabtu, 25 April 2015

Batuk, selesema dan kahak tiga masalah atau penyakit yang kerap menyerang bayi dan kanak-kanak, belajar cara mengeluarkan kahak bayi dan kanak-kanak

Bismillah pembuka bicara

Entry kali ini jom kita bincang-bincang tentang bab yang paling menggusarkan ibu-bapa apabila ia kerap berlaku kepada anak-anak kita.

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi atau kanak-kanak. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi atau kanak-kanak kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. 

Jika ia berlaku pada anak anda, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi terutamanya belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri. Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas. Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi. 

Di sini saya ingin kongsi satu info untuk anda:

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm. 

Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma. Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka. 

Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada. 

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut,  apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat. Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka. Walaupun ibu-bapa tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi. Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut. Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya.

credit to utusan online

Nebulizer 

Cara ini yang saya paling suka, untuk mencairkan kahak, sebab saya tak suka bagi anak ubat cairkan kahak, selalu saya pergi ke klinik swasta atau kerajaan bawak uzma dan izzah. paling baik kita buat tiga kali setiap empat jam (untuk mudahkan kahak mencair)

Hasil carian imej untuk sedut kahak

Fisioterapi

Ini lah dia mesin untuk sedut kahak tu

Hasil carian imej untuk percussion baby treatment

Percussion

Boleh cuba kepada bayi dan kanak-kanak

Hasil carian imej untuk percussion baby treatment

Teknik yang betul


Saya nak share satu lagi cara tradisional melegakan batuk dan selesema pada anak anda:

Batuk: 

Bakar bawang putih dua ke tiga ulas, selepas itu tumbuk dan letak minyak zaitun sedikit, then sapu di dada belakang dan hadapan anak anda. cuba lah buat sangat berkesan melegakan batuk, korang juga boleh masukkan bawang putihtadi dalam stokin bayi anda.

Selesema:

Tumbuk kunyit hidup kemudian sapu di batang hidung baby anda dan sedikit juga didahi baby.

Actually banyak lagi cara, terpulanglah korang nak cuba cara ape pun yang memudahkan korang. Selain itu, saya juga amalkan madu dan omega guard untuk uzma dan izzah, ianya baik untuk kurangkan batuk dan cairkan kahak 

Bagi yang nak cuba supplement boleh cuba Omega Guard (minyak ikan) dari product Shaklee kerana kandungan Asid lemak Omega 3 yang tinggi dapat membantu mengurangkan keradangan dan penghasilan mukus (mukus yang menebal boleh bertukar kepada kahak)


Hasil carian imej untuk kenapa omega guard boleh cairkan kahak

Hasil carian imej untuk kenapa omega guard boleh cairkan kahak

Testimoni Omega Guard


Read More

Rabu, 22 April 2015

Bahaya MSG kepada makanan dan kesihatan kita, MSG memberi kesan jangka masa panjang kepada diri kita

Baru-baru ini suami saya ada mengadu tentang sakit kepala yang berdenyut-denyut. Bila di tanya dan diselidik katanya, mungkin makan tomyam di kedai makan, tomyam tu rasa sedap seperti ade perisa.Actually melalui pengamatan saya perkara ini memang pernah berlaku pun pada saya. terutama dulu masa time belajar confirm tak masak makan di kantin sahaja.

Pernah tak kes ini terjadi kepada anda? selepas makan di kedai sakit kepala berdenyut-denyut

Jadi saya pun cuba search beberapa article dan blog tentang MSG, setelah beberapa pembacaan dibuat MSG lebih banyak memberi komen buruk daripada komen yang baik.

Jadi sedikit kesimpulan dari saya ialah:
1. Buang semua product yang ade kandungan MSG di rumah (saya rasa tak rugi pun sebab ini untuk kebaikan kesihatan anda)
2. Makan di rumah
3. Semasa membeli barang keperluan tapis product product yang mengandungi MSG
4. Kawal pemakanan anda, jika anda peminat 'jajan' atau keropok, mee segera dan lain lain, beli sebulan sekali ke, tak pun terus tak payah beli)

Disini saya sediakan sedikit kesimpulan review dari beberapa blog yang menyokong bahayanya MSG ini.

Walaubagaimanapun melalui bacaan saya di web ajinomoto mereka menafikan beberapa dakwaan dibawah

1.MSG: Boleh menyebabkan rasa kebas di tengkuk, lengan, belakang, lemah denyutan jantung setiap 15-20 minit. Ini fakta kes Chinese Restaurant Syndrome yang berlaku di US. 

2.MSG: Boleh menyebabkan asma kronik. Ini adalah fakta kes berlaku di Sydney. 

3.MSG: Boleh menyebabkan tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil, usus besar, bawah kulit, perut dan otak. Ini adalah hasil kajian di Jepun pada 25 Oktober 1983 ke atas 84 ekor tikus. Kesannya dilihat selepas 16 bulan.

4.MSG: Membantutkan kebolehan otak bayi dan kanak-kanak untuk menerima pelajaran. Ia menyerang secara halus. 

Hasil carian imej untuk BETUL KE AJINOMOTO BAHAYA

Pertimbangkan ini : Dapatkah yogurt dari bahan organik yang dimakan oleh nenek anda membuatkannya mengalami Alzheimer lebih awal? atau adakah sup yang rajin buat setiap hari menyebabkan sakit kepala berat atau migran?

Dr. Russell Blaylock mengatakan semua hasil buruk ini kemungkinan karana penyedap rasa yang dikenal sebagai monosodium glutamate, atau MSG

Manusia ternyata lebih sensitif lagi, khususnya ketika mengambil MSG dalam waktu yang lama.

(Kajian terhadap haiwan yang di beri MSG)

Blaylock mengatakan : “Meski hanya dengan memberikan sedikit dos di awal hidupnya, kita memberi impak pada keseluruhan hidup binatang itu. Ketika kita melakukannya, kita melihat kerosakan yang dramatis pada otak binatang itu, bukan hanya pada pusat kegemukan namun pada pusat memori, belajar, interaksi sosial dan kendali sosial”.
Spesialis sakit kepala Dr. David Buchholz yakin bahwa MSG menyebabkan sakit kepala migran secara nyata bagi jutaan orang. Buchholz mengatakan, “Itu benar. Ini adalah eksitoksin, dan MSG menghidupkan mekanisme sakit kepala danmembuat anda merasa sakit yang amat sangat”.

Eksitoksin adalah substansi yang menguasai sel hingga mengalami kerosakan, bertindak seperti racun.
MSG secara langsung dapat memperburuk autisme, mengurangi kemampuan perhatian dan hiperaktif, dan bahaya juga khususnya bagi bayi yang berada di rahim dan pada awal-awal kehidupan.  ia juga menggangu hampir semua fungsi otak, dari hormon hingga tingkah laku dan kecerdasan.

Itulah yang terjadi terhadap janin tikus. Setelah diberi makan MSG, janin tikus tidak menunjukkan tanda-tanda kerosakan mental, hingga mereka semakin tua dan mulai gagal menyelesaikan tugas-tugas kompleks. Otak semakin tumpul, tikus semakin bodoh.


Manusia lima kali lebih sensitif terhadap MSG dibanding tikus, bayi bahkan lebih lagi. Blaylock percaya sebagai hasilnya adalah penderitaan dalam sisitem pendidikan, meski kemampuan terhadap murid-murid berbeza satu sama lainnya.

Blaylock mengatakan, “Jadi otak masih membentuk koneksinya, khususnya bahagian terpenting dalam hal sosial Prefrontal cortex, berlanjut hingga usia 25, 26, bahkan 27 tahun.
Namun bagaimana tentang pengaruh MSG yang menimpa otak orang yang lebih dewasa?.
Blaylock mengatakan MSG mungkin hanya menyumbang kepada faktor terjadinya penyakit otak, namun yang pasti dapat membuat penyakit saraf bertambah buruk :
  • Penyakit Alzheimer
  • Penyakit ALS yang sering disebut penyakit Lou Gehrig
  • Multiple Sclerosis
  • Stroke
  • Penyakit Parkinson
Semua penyakit ini berkaitan dengan eksitoksin.
Blaylock telah membuat buku tentang eksitoksin untuk khalayak umum. Dia juga terus memperbaharui informasi tersebut dalam satu buku kesihatan dan rahsia nutrisi. Dia mengatakan kuncinya adalah tetap menjauh dari MSG, namun memang bukan perkara mudah.

Dr. Buchholz mengatakan, “Itu semua ada dalam produk makanan komersial prosesan, dimana produk tidak akan memiliki cita rasa seperti itu jika tidak memiliki penyedap rasa yang ditambahkan pada produk. Penyedap rasa itu tidak selalu dilabel sebagai MSG atau monosodium glutamate. Itu dilabeli sebagai protein hidrolisa atau penyedap/ perisa makanan

Makanan yang mengandung MSG dapat ditemukan ketika Anda melihat label kandungan yang bertuliskan kata-kata “glutamate“. Blaylock mengatakan ada kebenaran yang sederhana :“Menghindari MSG dapat menjadi langkah paling baik yang anda lakukan untuk otak anda”. Jangan terkejut ketika organisasi kesihatan dan agen pemerintah membela MSG sebagai sesuatu yang aman. Dia mengatakan bahwa mereka tidak menyadari betapa otak yang kompleks itu amat mudah diserang MSG.

(credit to weblog)

Jadi untuk melahirkan generasi yang sihat, anak yang sihat, keluarga yang sihat jom sama sama kita hindari, jauhi, pangkahi MSG .


Read More

Sabtu, 18 April 2015

Adab yang perlu dipatuhi apabila kita menjalankan aktiviti lasak berkuda

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kuda, jadi perkara pokok yang perlu anda tahu ialah tentang adab dengan kuda


Kuda adalah makhluk Allah yang sangat unik kerana ia mempunyai deria perasaan yang sangat kuat terhadap orang yang menunggangnya. Berdasarkan pengalaman saya membawa anak kecil yang menangis ketika menaiki kuda, rasa kelainan pada lenggok kuda, dia membawa kami dengan sangat perlahan kerana kuda faham dan tahu anak yang menangis itu takut menaikinya, dan kuda tersebut membawa dengan tenang dan buat yang terbaik kepada menunggangnya ...Allah hebatkan!!

Adab berkuda

  1. Jangan berdiri di belakang kuda dikuatiri kuda akan mengangkat kaki dan menendang kita
  2. Jangan gunakan flash apabila ingin mengambil gambar kuda, takut-takut haiwan ini akan terkejut
  3. Jika ingin mengusap kuda pastikan anda tidak memegang bahagian mulut kuda risau akan digigit kerana disangka makananmakanan

Jom saksikan video ni
bila kita confident di atas kuda
aura kita yang hebat tu akan diransfer kepada kuda
natijahnya dua dua nampak sangat Hebat!!!






Read More

Selasa, 14 April 2015

Memanah dan berkuda di Ladang Alam Warisan Kuala Pilah, kami berkumpul untuk berkasih-sayang kerana Allah, Family Day "Naila Super Power' bukti ukhuwah bukan sahaja dalam business tapi lebih dari itu

السلام عليكم (Assalamualaikum) pembuka bicara.....

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur kepada Allah S.W.T atas nikmat Iman dan Islam, nikmat ukhuwah fillah ini, nikmat persahabatan yang tidak terjangkau oleh ku, Selawat dan Salam kepada Nabi Muhammad S.A.W, Semoga kita sama-sama membawa Sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita dan dapat amalkan Sunnahnya dari semudah-mudah sunnah hingglah sebesar-besar Sunnah. Amin Ya Rabb dengan izinNya.

Memetik dari sebuah Hadis Nabi S.A.W

لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه

Maksudnya: Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kasih sayang dan persaudaraan adalah tuntutan Iman. Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam Islam amat tinggi nilainya, Ia adalah kekuatan kedua bagi umat Islam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.


"Selangkah ke alam semulajadi"


Memang mengasyikkan dan mengangumkan, pertama kali aku terpandang papan tanda "Ladang Alam Warisan" hatiku tertanya-tanya, apakah debaran yang bakal menantiku di sana. Melalui laman sesawang, pakej yang ditawarkan menarik perhatianku. Ada aktiviti menunggang kuda, memanah cara tradisional dan yang paling menarik, memanah sambil menunggang kuda. Selain itu, ada juga aktiviti memberi makan haiwan seperti rusa dan pelbagai spesis ayam dan burung. Aku rasa, pasti menarik aktiviti di sana nanti. Perjalanan sejauh 20km begitu cepat ku rasakan. Ladang yang terletak di kampung tengah ini menyajikan pandangan yang mengasyikkan. Jadi, kami pilih Ladang Alam Warisan yang terletak di Kuala Pilah Negeri Sembilan untuk kami beruhkuwah.
(Luahan penganjur program hari keluarga naila)

Kenapa saya bertahan begitu lama dalam Shaklee?


Perkara yang paling bertuah sepanjang saya menceburi business shaklee adalah bila kami satu "Family Business" dapat berkumpul beramai-ramai untuk Program "Family Day Naila Super Power", selama dua tahun berjinak-jinak dengan business shaklee, sangat lah tidak sangka medium business ini menjadi titik tolak betapa utuhnya tali silaturrahim yang terbina di antara kami.

Bayangkan sahabat-sabahat business saya ni sanggup datang dari jauh, sanggup korbankan masa, tenaga, wang ringgit semata-mata teruja untuk meraikan di antara satu sama lain. Allahu

Apa yang best dalam Family Day Naila kali ni?

Aktiviti paling best dan meruntun jiwa kali ini ialah berkuda dan memanah, kenapa berkuda dan memanah?


1) Berkuda

Kami dapat merasai pengalaman berkuda dengan tunjuk ajar coach berpengalaman, masih ku ingat kuda-kuda bernama awan dan thunder yang amat mesra dengan kami. Apa yang paling menarik trainner kami menerangkan bahawa bentuk lekuk badan belakang kuda) iaitu tempat di tunggang, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Kerana apa pergerakkan rentak kuda berjalan menyebabkan tulang belakang manusia bergesel dalam keadaan harmoni.

2) Memanah

Perkara yang paling teruja ialah memanah, kami dapat merasai sendiri memegang busur dan anak panah. Masing-masing teruja untuk memanah seperti pahlawan Melayu lama. Memanah juga melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Jika emosi tidak stabil pasti anak panah tak kene pada sasarannya, Jadi, tips apabila nak memanah wajib rilek, tak gopoh then shoot!!! confirm tepat ke sasaran!! Sungguh Teruja!!

Secebis kenangan gambar-gambar untuk tatapan semua, betapa bestnya berkuda dan memanah ini.


Penuh dengan aksi pahlawan Islam gitu

Sedang feel naik kuda dengan si kecik anak ku Izzah
Adab berkuda klik sini


Nanny shaklee saya (tudung gray)


 
Allahuakbar pahlawah muslimah bersedia, teknik memanah kene betul baru kene target


Anak- anak kami pun join sekali, pupuk dari kecil untuk
 jadi orang yang hebat
khusyuk dengar penerangan Abang Ammar tentang memanah
 Adab memanah klik sini


Aksi cilik

Memberi makanan kepada rusa

Keterujaan mereka kegembiraan kami

Tadaa....sahabat-sahabat business shaklee saya


Makan bersama, masakan paling sedap daging salai masak lomak nogori, keli salai dan telur itik masak lemak, makanan tradisi nogori


Paling best dalam shaklee ni, anak anak adalah 
keutamaan kami


Orang kuat i reach (kak Lyna) dan naila (kak Ainul)


Yeah...aktiviti paling dinanti nanti 
*cabutan hadiah
*reward untuk uv (point)
*tukar tukar hadiah


Kami satu Family 
"Semoga kami berjaya dunia akhirat
ukhuwah fillah"


Gambaran keseronokan sepanjang aktiviti family day naila


Muka muka trainner Ladang Alam Warisan yang
bersama-sama kami menjayakan aktiviti family day naila


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa 
Hilang dimata dekat dihati tidak lupa
Berdoalah kita pada tuhan yang berkuasa
Semoga kita berjumpa lagi lain masa (sedih lah pulak) sambil layan perasaan....

Pastinya secebis kenangan ini tersemat kukuh di hati sanubari dan kami semua tidak sabar untuk kembali ke Ladang Alam warisan ini bagi merasa sendiri pengalaman "bersatu dengan alam" dikesempatan akan datang

ENDS....


Yang benar,
Nur Aini Amran
Your favourite SID (near to you)
Selasa 2.15 Petang

Ladang Alam Warisan
Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Wanna be part of our shaklee family??
klik sini














Read More