Sabtu, 25 April 2015

Batuk, selesema dan kahak tiga masalah atau penyakit yang kerap menyerang bayi dan kanak-kanak, belajar cara mengeluarkan kahak bayi dan kanak-kanak

Bismillah pembuka bicara

Entry kali ini jom kita bincang-bincang tentang bab yang paling menggusarkan ibu-bapa apabila ia kerap berlaku kepada anak-anak kita.

Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi atau kanak-kanak. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi atau kanak-kanak kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm. 

Jika ia berlaku pada anak anda, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi terutamanya belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri. Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas. Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi. 

Di sini saya ingin kongsi satu info untuk anda:

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm. 

Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma. Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka. 

Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada. 

Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit. Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut,  apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat. Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka. Walaupun ibu-bapa tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi. Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut. Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya.

credit to utusan online

Nebulizer 

Cara ini yang saya paling suka, untuk mencairkan kahak, sebab saya tak suka bagi anak ubat cairkan kahak, selalu saya pergi ke klinik swasta atau kerajaan bawak uzma dan izzah. paling baik kita buat tiga kali setiap empat jam (untuk mudahkan kahak mencair)

Hasil carian imej untuk sedut kahak

Fisioterapi

Ini lah dia mesin untuk sedut kahak tu

Hasil carian imej untuk percussion baby treatment

Percussion

Boleh cuba kepada bayi dan kanak-kanak

Hasil carian imej untuk percussion baby treatment

Teknik yang betul


Saya nak share satu lagi cara tradisional melegakan batuk dan selesema pada anak anda:

Batuk: 

Bakar bawang putih dua ke tiga ulas, selepas itu tumbuk dan letak minyak zaitun sedikit, then sapu di dada belakang dan hadapan anak anda. cuba lah buat sangat berkesan melegakan batuk, korang juga boleh masukkan bawang putihtadi dalam stokin bayi anda.

Selesema:

Tumbuk kunyit hidup kemudian sapu di batang hidung baby anda dan sedikit juga didahi baby.

Actually banyak lagi cara, terpulanglah korang nak cuba cara ape pun yang memudahkan korang. Selain itu, saya juga amalkan madu dan omega guard untuk uzma dan izzah, ianya baik untuk kurangkan batuk dan cairkan kahak 

Bagi yang nak cuba supplement boleh cuba Omega Guard (minyak ikan) dari product Shaklee kerana kandungan Asid lemak Omega 3 yang tinggi dapat membantu mengurangkan keradangan dan penghasilan mukus (mukus yang menebal boleh bertukar kepada kahak)


Hasil carian imej untuk kenapa omega guard boleh cairkan kahak

Hasil carian imej untuk kenapa omega guard boleh cairkan kahak

Testimoni Omega Guard


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

1 ulasan: