Selasa, 14 Julai 2015

6 Permainan yang menjimatkan wang ringgit untuk anak anda, tak perlu beli mahal-mahal jimat kos

Permainan yang menjimatkan wang ringgit untuk anak anda, tak perlu beli mahal-mahal jimat kos


Jika kita membuat pengiraan permainan anak yang kita beli dari mula lahir hinggalah berumur 6 hingga 7 tahun, wah tak terhitung banyaknya kan?? ade yang mahal murah, tak kurang pula yang mahal 3 hingga 4 hari main sudah hancur,patah, hilang, dan sebagainya. Jadi sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan kos membeli permaianan untuk anak kita ye. So setelah anda baca, anda boleh fikirkan macam-macam lagi selain dari yang apa yang telah saya senaraikan. Have fun....
  • Lampu suluh mini
Suruh anak kecil anda menyorok di bawah selimut. Kemudian pasangkan lampu suluh ke arah selimut. Beberapa saat kemudian tutup semula lampu suluh. Ulang beberapa kali. Si kecil pasti bergembira dan ketawa keseronokan bermain bermain dengan lampu suluh ini. Jangan terkejut, selain bermain mereka juga sebenarnya sedang belajar. Menutup dan membuka lampu suluh sebenarnya membantu perkembangan kemahiran motor anak dan mengajarnya perkataan baru seperti “buka”, “tutup”, “lampu”. Pastikan anda menggunakan lampu suluh bersaiz kecil dan selamat untuk anak.

Hasil carian imej untuk lampus suluh
  • Barang terbuang
Pemegang tisu gulung, kotak bijirin, perca kain, plastik bubble dan tisu boleh dijadikan bahan kreatif yang menarik seperti robot, orang mumia, teropong dan bermacam lagi. Daripada bahan-bahan tersebut dibuang ada juga manfaatnya diberikan kepada anak anda supaya terangsang kreativiti mereka. Dengan cara ini secara tak langsung kita dapat menghabiskan masa berkualiti dengan anak. Tapi jangan marah kalau rumah anda bersepah dengan bahan-bahan kreatif ciptaan anak anda.

Hasil carian imej untuk kotak terbuang

  • Buih sabun
Kanak-kanak memang suka memerhatikan perbuatan orang tua mereka. Mereka gemar meniru kelakuan ibu ayah membuat kerja rumah. Tugas membasuh pinggan mangkuk di sinki dapur antara yang paling dinantikan oleh si kecil. Beri peluang mereka basuh sendiri cawan dan pinggan plastik. Peluang bermain air dan buih sabun memberikan mereka kegembiraan mengalahkan bermain permainan video di telefon pintar kita.

Hasil carian imej untuk buih

  • Mangkuk dan senduk
Kanak-kanak memang suka pergi ke kawasan dapur terutama apabila ibu sibuk memasak di dapur. Agaknya mereka rasa di dapur ada banyak perkara yang boleh diteroka. Apa kata berikan sahaja si kecil bermain dengan sudu, sudip, mangkuk dan lain-lain lagi alatan yang selamat untuk mereka. Pasti si kecil khusyuk bermain meniru gaya ibu memasak dan yang pasti ibu juga mudah membereskan kerja.

  • Pakaian lama
Sesekali biarkan sahaja si kecil berimaginasi. Dengan memberikannya tudung, topi, kasut dan pakaian lama ibu dan ayah, alatan mekap ibu untuk anak perempuan, mereka boleh berangan untuk menjadi apa sahaja. Biarkan anak berseronok dan bereksperimen sepuasnya. Ia membantu kreativiti diri anak.


  • Ajar anak berkebun

Ajar mereka menyiram pokok, mencabut rumput-rumput di dalam pasu dan jangan lupa kenalkan mereka dengan daun pokok semalu yang unik, apabila sentuh ia akan mengecup, pasti anak anda suka dan teruja bertanya pelbagai soalan.

Hasil carian imej untuk pokok semalu

Read More

7 tips beraya bersama baby atau anak kecil yang masih menyusu yang perlu anda tahu sangat

Seronoknya nak sambut raya dengan ‘baby’ buat pertama kali! Tentu itu yang bermain di fikiran kebanyakan pasangan yang baharu bergelar ibu bapa. Segala persiapan dibuat secukupnya untuk si kecil yang pertama kali hendak menyambut Aidil Fitri.

Sebelum anda teruja membuat persiapan pakaian bayi, semak juga apa perkara yang bakal berlaku apabila beraya dengan bayi di sisi. Mungkin sebelum mempunyai anak anda tidak terfikir akan hal ini.


  • Memulakan perjalanan

Bayi anda mungkin mula menjerit sebelum kereta bergerak memulakan perjalanan. Bayi tidak boleh melihat pemandangan luar tingkap jadi jangan salahkan dia jika si kecil cepat bosan dan meragam. Pastikan anda bawa alat permainannya terutama jika bayi masih duduk dalam posisi tempat duduk menghadap belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu si comel khusyuk bermain tanpa banyak ragam.


  • Risiko bayi disuap makanan yang tidak sepatutnya

Dalam sibuk berkumpul bersama sanak saudara, jangan terperanjat kalau ada yang ‘baik hati’ menyuap makanan yang tidak sepatutnya untuk bayi anda. Kononnya seronok nak tengok reaksi si kecil bila disuap makanan. Makanan orang dewasa boleh menganggu sistem penghadaman bayi atau menyebabkan reaksi alahan. Bersedialah menghalang situasi ini daripada berlaku. Beritahu mereka yang doktor anak anda tidak membenarkan bayi merasai sebarang makanan orang dewasa walaupun si kecil kelihatan teringin.


  • Bayi enggan tidur siang

Macam faham pula si kecil dengan suasana baru yang mengujakannya. Keriuhan sanak saudara berkumpul dan bersembang sudah pasti mengganggu rutin tidur siang bayi anda. Untuk membolehkan bayi anda tidur dalam suasana yang dia tidak biasa, jauhkan dia dari suasana bising yang tidak dijangka dengan duduk berduaan di dalam bilik supaya dia tahu sudah tiba masa untuk tidur.


  • Jangan lupa ‘nursing cover’

Khusus untuk ibu yang menyusukan bayi, sudah pasti si kecil asyik nak berkepit sepanjang masa untuk menyusu tanpa mengira di mana anda berada.  Pastikan anda membawa ‘nursing cover’ sepanjang masa. Jadi, anda boleh mengelakkan sebarang komen yang ‘pedas’ atau pandangan tajam yang tak diingini.


  • Baju yang sesuai

Mesti semua papa dan mama teruja nak pakaikan si comel baju buat pertama kali kan? Sebelum itu pastikan anda pilih fabrik yang selesa dan tidak merengsakan kulit bayi yang lembut. Elakkan daripada memilih baju yang bermanik dan berenda yang boleh membuatkan bayi tidak selesa walaupun mama yang terlebih ‘excited’.


  • ‘Serangan’ daripada semua sepupu

Bayi comel anda sudah tentu mendapat perhatian daripada semua sanak saudara termasuk sepupu-sepupunya dari pelbagai peringkat usia. Sepupu yang masih usia kanak-kanak juga turut sibuk hendak bermain dengan bayi comel yang mereka anggap seperti ‘anak patung’. Hati-hati kerana kadang kala mereka tidak tahu bagaimana cara untuk berinteraksi dengan bayi kecil.


  • Virus dan kuman

Ini memang tidak dapat dielakkan, tetapi jika anda ternampak ada saudara mara anda yang tidak sihat, bersin, batuk, selesema dan demam, cuba jauhkan baby anda kerana dikuatiri akan berjangkit.

Aini
Pengedar shaklee negeri sembilan
0136288543

Read More

Inginkan anak yang bijak? 10 tips asah kemahiran dan ransang otak si manja anda dengan pelbagai cara dan perkara

Pendidikan 

Mendidik anak bukan perkara yang mudah namun pendidikan anak amat penting seawal yang mungkin untuk pembentukan diri anak tersebut. Seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, didik lah anak kamu sedari dalam buaian lagi. 

Dalam dunia pendidikan anak-anak, aspek merangsang otak si manja menjadi fokus utama sekiranya mahukan anak anda membesar cerdas dan bijak. Rangsangan penting untuk membantu sel-sel otak anak terus bercantum dan berkembang bagi membentuk personaliti dan mencungkil bakat yang ada dalam dirinya.

10 Tips asah kemahiran dan ransang otak si manja anda

1. Kemahiran deria atau sensori: Misalnya membawa anak ke tempat-tempat yang berlainan supaya dia boleh meneroka bermacam tekstur, bau, saiz, bentuk dan warna iaitu ke taman permainan, pantai, hutan, sawah, padang, taman tema dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk permainan kanak-kanak rangsang minda

2. Kemahiran logik: Bahkan anda juga boleh merangsang otak si manja menggunakan alat permainan. Pilih permainan berpendidikan atau yang menggunakan logik akal supaya si manja boleh menggalakkan percantuman antara sel-sel kompleks pada otaknya. Selagi si manja berfikir, maka sel otaknya akan terus berkembang dan dirangsang, maka lebih tinggi keupayaan IQ. Selain itu, beli kan juga mereka majalah bergambar yang mempunyai permainan yang mudah untuk anak anda buat.

3. Kemahiran menyelesaikan masalah: Mainan seperti blok kiub digunakan untuk mencipta apa juga model atau mainan yang menyuai padankan dua unit yang berpasangan. 

4. Kreativiti: Anda juga boleh membeli permainan LEGO bagi merangsang kreativiti anak anda

Hasil carian imej untuk lego

5. Kemahiran berfikir: Puzzle bagus untuk stimulasi sel-sel otak anak dan gambar yang menunjukkan sifat berlawanan seperti besar-kecil, keras-lembut, tinggi-rendah dan sebagainya.

Hasil carian imej untuk puzzle

6. Kemahiran bahasa dan sosial: Buku bergambar, mainan puppet, bermain dengan cermin, membuat buku skrap dan sebagainya.

7. Kemahiran imaginasi: Main peranan dengan apa juga permainan, bermain dengan pasir, tanah liat, melukis dan membaca buku cerita.

8. Kemahiran emosi: Menyanyi, bermain sorok-sorok, binatang peliharaan, anak patung dan membelikan CD kartun yang dapat merangsang emosi anak anda

9. Kemahiran mengingat: Buku yang mempunyai bunyi-bunyian seperti bunyi binatang, kotak memori yang mengandungi barang-barang yang memerlukan anak meneka isinya dan lain-lain lagi.

10. Kemahiran motor: Menyusun, pergerakkan dan sebagainya

Hasil carian imej untuk permainan kanak-kanak rangsang minda

#Lakukan aktiviti di atas bersama-sama dengan anak anda untuk melihat keberkesanan aktiviti ini. Kemahiran ini boleh dipupuk dari semasa ke semasa.
Read More

8 tips dan petua meningkatkan daya fokus anak anda supaya tidak kerap lupa

Fokus

Maksud fokus

Kemampuan konsentrasi pada sesuatu tanpa menambahkan hal-hal lain yang mengurangi konsentrasi diri

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi anak terlupa di mana dia meletakkan barangannya seperti pensil, botol air, buku dan sebagainya?Sebenarnya situasi begini adalah normal dalam kalangan kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun dan mungkin berlarutan sehingga dia dewasa. Pelupa adalah sifat normal yang terjadi kepada kanak-kanak.Masalah kanak-kanak terlupa ini berlaku disebabkan dia hilang fokus dalam sesetengah masa. Sebenarnya kita boleh membantu melatih anak-anak kembali fokus agar masalah pelupa boleh diatasi.

Tips meningkatkan daya fokus anak anda


  • Terlalu kerap menonton televisyen antara sebab tahap fokus berkurangan kerana program yang ditonton mengganggu perhatian kanak-kanak. Oleh itu lebih baik hadkan masa menonton anak anda contoh 30 minit menonton tv
  • Amalkan makanan sunnah dan berkhasiat seperti kismis, kekacang, kurma, madu dan sayur-sayuran serta buah buahan
  • Bermain permainan yang boleh meningkatkan fokus seperti binaan, puzzle dan mewarna
  • Ajak anak membaca bersama. Mungkin pada awalnya dia tidak boleh duduk diam tapi lama kelamaan dia dapat sesuaikan diri. Pilih buku yang menarik perhatiannya. Anda juga boleh membawa anak anda ke perpustakaan sambil ajar anak anda berdisiplin di perpustakaan.
  • Galakkan anak mempunyai hobi tertentu supaya dia akan asyik melakukannya.
  • Pastikan anak mengambil sarapan pagi. Banyak kajian membuktikan kanak-kanak yang mengambil sarapan mempunyai daya ingatan yang lebih tinggi, lebih fokus dan lebih pantas mempelajari sesuatu.
  • Buat aktiviti kraf bersama. Aktiviti menggunting, mencantum dan gam boleh meningkatkan fokus anak.
  • Pengambilan pemakanan tambahan juga digalakkan seperti Omega atau minyak ikan yang mengandungi EPA dan DHA yang boleh membantu anak anda fokus
Read More

7 tips dan petua untuk elakkan kerabunan mata anak anda, jaga kesihatan mata

7 tips dan petua untuk elakkan kerabunan mata anak anda, jaga kesihatan mata 

Hari ini ramai kanak-kanak kecil dilihat sudah menggunakan cermin mata. Pemakaian cermin mata bertujuan untuk merawat masalah kerosakan mata yang dihadapi oleh anak. Cermin mata biasanya dipakai disebabkan oleh masalah kerosakan mata akibat rabun jauh. Ibu bapa boleh membantu anak menjaga kesihatan mata bagi mengelakkan masalah rabun jauh.

Amalkan tips ini

  • Kurangkan aktiviti di dalam rumah yang membuatkan mata anak melihat objek yang statik seperti menonton televisyen, melihat telefon pintar, computer tablet atau permainan video di televisyen. Jika membuat aktiviti tersebut, hadkan masa paling optimum sebanyak 30 minit.
Hasil carian imej untuk main games
  • Galakkan anak melihat pemandangan hijau dan jauh.
  • Galakkan anak melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah.
Hasil carian imej untuk memanah
  • Beri anak makan makanan berkhasiat yang kaya dengan karoten  atau vitamin A seperti lobak merah.
Hasil carian imej untuk vit a

  • Sekiranya anak membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk melakukan aktiviti ini.
  • Pastikan jarak buku dan mata adalah 30 cm semasa membuat aktiviti membaca.
  • Elakkan menonton televisyen dengan jarak yang dekat

Hasil carian imej untuk tonton tv

Makanan tambahan untuk mata anda (dewasa)


Hasil carian imej untuk vitamin untuk mata


Hasil carian imej untuk vitamin untuk mata

Hasil carian imej untuk vitamin untuk mata
Rabun jauh silau, rabun dekat, rabun malam, gegelung hitam, eye bag, astigmatism, prebyoptic


salam ceria
anne
0136288543
(COD N.Sembilan)



Read More