Jumaat, 10 Oktober 2014

Apa yang anda tahu tentang protien, pegaga, durian dan buah-buahan ungu? adakah baik untuk kesihatan anda atau tidak

Info sihat

Protien turunkan berat badan

Para pengkaji dari PURDUE UNIVERSITY, AMERIKA SYARIKAT mendapati mereka yang memakan makanan berprotien tinggi lebih berasa puas dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Mereka yang makan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protien berpeluang mengekalkan kelangsiangan badan. Contoh Protien telur, ikan, daging, kekacang dan ayam.

http://supplementsaya.blogspot.com/2013/08/esp-energizing-soy-protien-shaklee.html


Pegaga jana kecerdasan otak.

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang menjana kecerdasan berfikir terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Berdasarkan kajian herba ini amat mujarab untuk memperbaiki fungsi minda seperti meningkatkan daya ingatan dan penumpuan fikiran. Selain itu, pegaga juga mampu membersihkan darah dan menghasilkan kulit yang sihat. Daun Pegaga boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.

Durian cegah kanser.

Durian di gelar Raja segala buah mempunyai aroma yang kuat serta memiliki kandungan gizi yang amat baik untuk kesihatan diri. DEPARTMENT OF PHARMACOLOGY & TOXICOLOGY, SCHOOL OF MEDICINE, STATE UNIVERSITY OF NEW YORK, mendapati zat Phytosterol yang terkandung dalam durian dapat memperbaiki reaksi antitumor dalam badan. Ia juga mampu memperbaiki ketahanan tahap kanser dan secara langsung dapat menghambat pertumbuhan tumor yang membahayakan kesihatan individu. Penelitian dari OHIO STATE UNIVERSITY melaporkan Phytonutrient yang terkandung dalam Durian mampu mencegah kanser dan penyakit lain seperti diabetis serta penyakit jantung.

Buahan ungu melancarkan proses pencernaan.

Menurut J.SCOOT SMITH, profesor Kimia Makanan dari KANSAS STATE UNIVERSITY, buah-buahan berwarna ungu sangat baik untuk melancarkan proses pencernaan kerana mengandungi kuersetin, rasveratrol, asid alergik, antosianidin, prosianidin dan mempunyai ciri antioksidan yang kuat. Bahkan, buah-buahan ungu seperti plum, blueberry, cranberry, raspberry, anggur hitam dan banyak lagi mampu menyokong kesihatan jantung dan kulit serta meningkatkan fungsi imun sistem badan, ternyata terdapat banyak manfaat jika buah-buahan ungu menjadi pilihan makanan kegemaran anda.

http://supplementsaya.blogspot.com/2013/08/blog-post_5.html




About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

1 ulasan: