Selasa, 2 Ogos 2016

Pesanan Doktor Harlina kepada ibu dan bapa

Jangan amalkan helicopter parenting, pesan Dr. Harlina pada ibubapa. 


Ibubapa berperanan sebagai rakan kongsi kepada pihak sekolah dalam pendidikan anak-anak, ujar Dr. Harlina Halizah Siraj hari ini. Untuk melahirkan generasi anak-anak yang baik dan boleh mengajak orang lain melakukan kebaikan iaitu soleh dan musleh, ibubapa mestilah berusaha mewujudkan suasana Islami di rumah masing-masing.


Ibubapa perlu memahami keperluan-keperluan yang berbeza untuk anak-anak kerana lain anak mempunyai lain keperluannya. 


Menurut Dr Harlina, terdapat 4 kategori ibubapa, seperti berikut:


1. Ibubapa yang mempunyai harapan rendah dan sensitiviti ibubapa terhadap keperluan anak-anak juga rendah. Neglectful parenting ini akan menghasilkan anak yang liar. 


2 Ibubapa yang mempunyai harapan tinggi tetapi sensitiviti yang rendah terhadap keperluan anak-anak. Cara authoritarian/tiger parenting sebegini akan menghasilkan anak-anak yang berjaya tapi stressful. 


3 Ibubapa yang mempunyai harapan rendah tetapi sensitiviti amat tinggi terhadap keperluan anak-anak. Ibubapa yang over-indulging/overprotecting/helicopter parenting sebegini akan menghasilkan anak-anak yang lemah dan manja. 


4 Ibubapa yang mempunyai harapan yang tinggi dan sensitiviti yang tinggi terhadap keperluan anak-anak yang akan melahirkan anak yang soleh dan musleh, anak yang berakhlak baik dan dapat memperbaiki akhlak orang lain. Barangkali juga pihak pertama yang diperbaiki akhlak tersebut adalah ibubapanya sendiri. 


Tazkirah ini disampaikan Dr. Harlina di Majlis Sambutan Aidilfitri IKRAM Bandar Tun Razak dan SRI Al-Amin Cheras Selatan yang berlangsung pada Ahad, 31 Julai 2016.


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan