Anda wajib ambil tahu jika anda seorang Muslim
Baru-baru ini saya ke satu program, kebetulan juga disana terdapat booth yang sangat banyak salah satunya ialah Pengurusan Halal Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jadi disini, saya ingin kongsikan info yang saya dapat kepada anda semua, semoga semua dapat manfaat dari perkongsian saya ini.
Istilah babi dalam industri yang perlu anda tahu
Pork: Daging babi dalam masakanSwine: Istilah keseluruhan spesies babi
Hog: Babi dewasa
Boar: babi liar
Bacon: daging salai
Pure boar bristles brush: berus bulu babi hutan yang asli
This wallet made from hog leather: dompet ini diperbuat daripada kulit babi
Pure bristle: bulu babi tulen
Ham: daging di bahagian peha
Sow: babi betina dewasa
Sow milk: susu babi
Pig: seekor babi muda
Lard: lemak babi (digunakan dalam produk berasaskan minyak dan sabun)
Porcine: tulang babi (digunakan dalam bidang perubatan dan makanan)
Pig skin lining: lapisan dari kulit babi
Mengenali kulit babi
Ciri-cirinya (secara fizikal dan mata kasar) ialah:
1. Mempunyai 3 titik/lubang
2. Titik/lubang kedudukannya adalah menyerong
3. Titik/lubang yang berulang-ulang dan tidak seragam
Polanya seperti ini
Mengenali bulu babi
Ciri-ciri bulu khinzir (babi)
1. Bulu yang rimbun di hujungnya (hujungnya bercabang)
2. Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras
3. Susah tertanggal dan jatuh atau cepat rosak
4. Mudah didapati dan murah berbanding bulu haiwan lain
5. Apabila dibakar, bau yang terhasil adalah seperti bau rambut yang terbakar
6. Kaedah terbaik pengesanan adalah melalui analisis makmal
Contoh bulu
Istilah bulu babi
1. Hog bristles
2. Boar bristlers
3. Pig bristlers
4. Pure bristlers
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua, mencari yang halal itu satu kefardhuan kita sebagai orang Islam yang berpegang teguh dengan agama Islam.
Love
anne,
guruvitaminanda
0 comments:
Catat Ulasan