Ahad, 7 Jun 2015

8 cara atau tips perkukuh minda dan emosi untuk jayakan penyusuan ibu

Minda dan Emosi

Minda dan emosi memainkan peranan penting dalam penyusuan susu ibu, Tanpa kekuatan ini, belum tentu 'perjuangan' anda untuk menyusukan bayi secara eksklusif dan meneruskan penyusuan sehingga dua tahun mampu dilaksanakan seperti yang dirancang. Perjalanan penyusuan tidak mudah, banyak onak dan ranjau yang perlu ditempuhi. Jom persiapkan diri anda demi hasrat dan azam supaya ia terlaksa dengan jayanya.

Di antara masalah sepanjang penyusuan ibu menyusu ialah stok susu merundum, penghasilan susu sikit, anak keliru puting, tertekan dan bermacam lagi onak dan duri. Disini saya ingin kongsikan sedikit tips untuk anda ibu yang tegar untuk menyusukan anak anda.

8 cara jayakan penyusuan ibu

1. Cara berfikir

Di dalam Surah al-Baqarah ayat 223 Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya"
Cara berfikir amat penting. Cubalah pujuk hati jika berputus asa, bersangka baik dan positif dalam penyusuan , katakan anda lakukan ini kerana memenuhi suruhan Allah S.W.T.

2. Doa dan zikir

Di saat ibu berusaha untuk menjayakan penyusuan ibu, perlu nya pergantungan kepada Allah S.W.T dan perteguhkan hati anda dengan doa dan zikir, di antara zikir dan ayat yang boleh diamalkan ialah Surah al-Hujurat, Surah al-Kauthsar, Surah ar- Rad ayat 8-9, Surah Yasin ayat 72-73, surah al-Baqarah ayat 60, zikir al-Matin, 100 kali selawat dan mulakan dengan bismillah semasa menyusu. Banyakkan berdoa semoga segala urusan penyusuan anda dimudahkan. Kukuhkan diri anda dengan amalan-amalan rohani ini.

3. Cara menangani tekanan

Stress adalah perkara biasa bagi ibu-ibu kerana banyak urusan rumah tangga yang perlu diuruskan, bagi mengelakkan stress atau tekanan ini dalam diri anda perkara yang paling penting ialah anda menguruskan pengurusan masa anda dengan baik, tidak perlu menjadi 'Perfectionist' kerana ia akan memberi lebih tekanan kepada anda, cukuplah sekadar ia terbaik untuk anda dan keluarga anda.
Bahagikan masa anda terutama waktu mengepam susu untuk stok penyusuan anda, ramai ibu-ibu gagal dalam penyusuan kerana lemah dalam pembahagian masa yang akhirnya terus berputus asa. bagi ibu-ibu yang tertekan kerana susu merumdum cuba lah cari alternatif seperti melakukan power pumping  untuk mengembalikan stok susu anda.

4. Motivasi diri

Jika anda ingin mengalah kerana masalah penyusuan, katakan pada diri anda aku pasti boleh, orang lain boleh mengapa aku tak boleh, memotivasikan diri anda pada waktu ini amat penting bagi meneruskan perjuangan anda untuk menyusukan anak tersayang.

5. Ilmu dan panduan

Lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan seperti membeli buku panduan penyusuan dan mencari maklumat tentang penyusuan dari internet. Dengan ada nya ilmu sebarang masalah yang bakal anda hadapi dapat ditangani dengan mudah. Anda juga boleh hadiri seminar, ceramah serta forum-forum penyusuan yang dianjurkan oleh pihak yang meyokong penyusuan ibu. Hanya ilmu pengetahuan yang boleh membantu anda menepis kepercayaan dan mitos karut tentang penyusuan.

6. Tidak mudah terpengaruh

Mungkin orang disekeliling anda tidak menyokong anda, pedulikan kata-kata negatif mereka. Anda perlu Positif, kukuhkan pendirian anda dari mendengar kata-kata seperti payudara kecil, bengkak susu lah, susah lah nak menyusu, bagi susu formula senang tak payah susah susah pam, keturunan saya susu sikitlah. anda hanya perlu tersenyum dan tak perlu membalas kata-kata mereka.

7. Sokongan

Sokongan suami amatlah mustahak. beri suami anda penerangan tentang kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi serta kewajipan anda sebagai ibu perlu menyusukan bayi anda. Suami anda tentu akan memahaminya. Ajar suami anda perkara yang basis tentang penyusuan, persediaan alat penyusuan yang bersih, cara memelihara susu untuk tidak basi dan sebagainya. Anda juga boleh bersama-sama suami melakukan persediaan ini.

8. Kumpulan ibu menyusu

Sertai kumpulan ibu menyusu secara online dan offline. Kumpulan ini akan memberi anda sokongan dan semangat untuk meneruskan penyusuan. Anda juga boleh berkenalan dengan pakar-pakar laktasi yang bertauliah bagi mendapatkan bantuan semasa berada dalam masalah penyusuan

Sharing is caring

with love, 
anne



Rahsia Menyusu Puasa Di Bulan Ramadhan from iReach HD on Vimeo.
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan