Jumaat, 17 Oktober 2014

Tips masak setiap hari untuk anak-anak walaupun sibuk terutama bagi ibu bekerjaya

Ini tips nya...harap membantu semua ibu ibu

1) Gunakan waktu cuti contohnya jumaat dan sabtu (saya orang johor) untuk menyediakan bahan-bahan masakan. sebagai contoh hari khamis setiap minggu saya akan ke pasar borong untuk borong sayur, ikan, ayam, buah dan semua keperluan untuk memasak bagi tempoh satu ke dua minggu. Sebelum memborong malamnya saya sudah search google resepi-resepi mudah dalam internet. Jadi cara ini akan menjimatkan masa anda di pasar borong, tidak lah kita berfikir panjang nak beli apa, atau membeli barang-barang yang tak sepatutnya at last basi or busuk, layu tak dimakan. Betul tak? so time management sangat penting.

2) Masukkan semua stok ikan, sayur etc yang telah siap dicuci dan siap dipotong ke dalam bekas. Selalu saya guna bekas Tupperware. Udang di kopek, sotong, ikan, ayam di basuh di potong. Ini akan memudahkan dan menjimatkan masa kita untuk memasak. So balik kerja kuarkan bahan-bahan yang hendak di masak. Tak perlu lah waktu tu kita nak potong sayur lah, nak bersihkan ikan lah etc. So yang ni kita setelkan hari cuti. Siapkan segala galanya.

Insyaallah jika kita konsisten akan jimat wang belanja sebulan, then dapat juga elakkan keracunan makanan, kadang kadang jika kita asyik nak membeli je senang nak terkena keracunan makanan. Yang paling penting anak akan ingat masakan kita!!


Siap dipotong


Mase ni xsempat potong sempat basuh then masuk peti


Ni sekadar contoh boleh susun elok elok dalam peti


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan