Jumaat, 3 Oktober 2014

Bawang putih atau garlic mengandungi 1001 khasiat di dalamnya, baik untuk penghadaman dan buang angin dalam badan

Garlic atau Bawang Putih 


Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang iaitu bawang besarbawang merahlik , dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan manusia semenjak beribu tahun dulu dalam perubatan dan masakan. Bawang putih seperti juga bawang merah dan bawang besar mempunyai daun dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek sahaja. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai satu bebawang, bawang putih dibentuk dari pelbagai bebawang yang mebentuk satu rumpun bebawang.


Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan,TurkmeniaUzbekistan dan utara IranAfghanistan dan Pakistan. Ia dari tumbuhan liar yang kemudian dibuat pembiakbakaan tumbuhan sejak dulu kala.  (sumber wikipedia)



Ia merupakan tumbuhan unik yang mengandungi Allisin yang mempunya pelbagai manfaat. Bawang putih juga merupakan antibiotik semulajadi yang boleh mencegah pelbagai penyakit. Selalunya ia digunakan untuk melegakan batuk, deman, selesema dan membantu peredaran darah yang baik serta menyegarkan pernafasan.


Selain daripada itu garlic sangat baik untuk meningkatkan immune system badan yang mana membantu mengurangkan pertumbuhan tumor, membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, di samping itu ia bagus untuk jantung, mencantikkan kulit, menyuburkan rambut, mengecutkan jerawat batu serta dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular. 

Anda akan mendapat 1001 manfaat yang hebat daripada Garlic.

PETUA :

  • PANAU : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi. Amalkan setiap hari
  • BATUK : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda
  • DEMAM/ SELSEMA : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda
  • KEMBUNG PERUT : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja
  • MEMEKATKAN AIR MANI : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus
  • SAKIT KEPALA : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.










About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan