Selasa, 14 Oktober 2014

Kisah disebalik kurma kismis dan madu

Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana, dan berkongsi makanan. so di sini saya ingin berkongsi sedikit info kelebihan kurma, kismis dan madu yang mana saya amalkan sentiasa disamping pengambilan supplement shaklee.

Kurma

Setiap kali masuk waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa' untuk menghindari keracunan. ketika seorang wanita yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW ketika perang khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Oleh sebab itu, Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Khasiat dan kelebihan kurma:


Sayyidina Ali  RA meriwayatkan "Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya"


Kismis

Kismis adalah buah anggur yang telah dikeringkan terlebih dahulu. Kismis membekalkan vitamin dan mineral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium, dan vitamin B1, B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen antioksidan (antipenuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.

Khasiat dan kelebihan Kismis

Nabi Muhammad SAW bersabda " Biasakan memakan kismis kerana kismis dapat mengihilangkan lendir, menyihatkan badan, menguatkan saraf dan menghilangkan keletihan"

Madu

Madu kaya dengan gula, sedikit air dan mineral penting untuk kesihatan, selepas subuh Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur dengan sesudu madu asli, jika dilihat dari sudut ilmu kesihatan, madu berfungsi memerbersihkan lambung, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Khasiat dan kelebihan Madu

Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa yang ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu"

Semoga semua dapat manfaat dari sharing saya ini


About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan