Ahad, 28 September 2014

Resepi cupcake yang paling mudah, senang, berkhasiat serta sedap dan lembut untuk ibu ibu yang sibuk

Salam ceria semua 

Kadang kadang kita ibu-ibu ni sibuk nak uruskan macam-macam kerja rumah, busy kat ofis, nak mengemas, nak memasak lagi macam-macam kan? dulu saya pun macam tu, kadang-kadang anak-anak request nak kek lah roti lah, tapi tak sempat nak buat sendiri, asyik nak beli je, tetiba suatu hari terfikir kenapa la asyik nak beli je, padahal oven sume ada kat rumah, so saya ambil satu keputusan untuk meninggalkan satu kenangan yang hebat untuk anak-anak saya. So bersama diorang saya cuba buat cupcake ni, nanti anak-anak dah besar idaklah depa ni jakun sangat sebab ibu depa pandai buat cupcakes hihi.

Kenangan terhebat ialah bila anak-anak cakap" ibu ibu sedap lah cupcake ibu" hahah..bestkan...

RESEPI CUPCAKE LEMBUT DAN GEBUS DENGAN CREAM BUTTERSCOTH

BAHAN-BAHAN NYA

BAHAN A

200g tepung superfine
150g gula kastor (saya buat kurangkan kadang 130g sebab tak suka manis sangat, kalo kome nak manis upkan jadi 180g pun ok)
110 minyak jagung (saya tak suka guna minyak masak)
100ml susu segar (kalo xde susu segar boleh guna susu cair, kadang kalo tak cukup susu cair saya mix sikit je dengan tepung susu)
20g ovallet
6 bji telur  sederhana (dari peti ais)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN B (TOPING CUPCAKE)

150g fresh cream( jenama vivo paling sedap bagi saya) 


BAHAN C (TOPING CUPCAKE)

150g brown sugar (bukan gula merah ye) 
150g whipping cream (kalo xde guna susu cair, tapi saya suka mix kan susu cair dengan whipping cream)
secubit garam
1/2 sudu kecil perisa vanila
25g butter
sedikit air untuk mencairkan brown sugar

Cara membuatnya

Putar semua bahan kecuali sus dan minyak selama 5 minit kelajuan maksima hingga adunan menjadi gebus, putih dan kembang. kemudian barulah masuk susu pukul lagi 5 minit kasi kembang. then masuk minyak perlahan-lahan kacau slow hingga sebati. SIAP!!!! 
Sambil putar sambil selawat dan baca laisalahamindulillahikasyifah... jangan lupe ni...

Masukkan adunan di dalam cupcake anda. Jangan lupe sebelum tu panaskan oven tau suhu 180 -200 selama 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing tau. Saya punye oven butterfly ni suhunya.

Sambil menunggu cupcakes masak

Cairkan butter, masukkan brown sugar dan sedikit air, kacau sampai berbuih, api slow tau, then masuk kan whipping cream, secubit garam dan perisa vanila, kacau perlahan sampai buih-buih dan pekat dan matikan api tunggu hingga sejuk

Sambil-sambil jenguk cupcakes kita terus pukul fresh cream dengan kelajuan maksima hingga kental (pukul hingga bila angkat fresh cream ni sampai tak jatuh) tapi ingat jangan terlebih pukul, jika terlebih nati jadi cair, tapi still boleh guna cuma teksturenya tak best lah. Sambil -sambil selawat ke atas nabi lagi.

Selepas siap semuanya cupcakes dah sejuk amik fresh cream letak kat atas permukaan kek then amik cream butterscoth letak atas fresh cream tadi. amik lidi buat lah corak apa-apa pun atas cupcakes tu..
Alhamdulillah saya siap buat cupcakes ni dalam 1 jam 15 minit je....percayalah hihi...

Then ready untuk makan!!!!


tu dia....merekah....


taraa....siap!! hasilnya....



ni gambo dalam oven






About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan