Selasa, 23 September 2014

masalah gigi ngilu adalah termasuk dalam gigi sensitif

SEBUT saja mengenai makanan, pasti banyak yang bermain di fikiran sama ada aiskrim, ais kacang, cendol, kari ayam, daging, laksa, kopi, bubur cha-cha ataupun tomyam.


Namakan apa saja jenis hidangan, ramai yang tidak dapat menahan diri daripada menikmatinya, namun bagi mereka yang mengalami masalah gigi sensitif, setiap hidangan terbabit pasti memberikan satu pengalaman menyakitkan. 


Gigi sensitif adalah ketidakselesaan pada gigi disebabkan makanan dan minuman panas, sejuk, manis atau masam ataupun hanya setakat menikmati udara sejuk. 


Rasa sakit yang dialami biasa­nya tajam dan mendadak serta boleh menusuk hingga ke hujung saraf gigi walaupun kesakitan yang dialami hanyalah untuk beberapa saat saja tetapi amat menyeksakan.
Keadaan ini berlaku apabila dentin iaitu lapisan tengah gigi terdedah, kebiasaannya dentin disaluti lapisan enamel di atas gusi dan simentum di bawah gusi.


Dentin mempunyai lubang kecil dipanggil tubul dan dalam setiap tubul pula memiliki cabang saraf berasal daripada pulpa gigi ataupun pusat saraf gigi.
Apabila dentin terdedah, keadaan suhu dan tekanan terlalu tinggi atau terlalu rendah yang berlaku pada bahagian berkenaan boleh menjejas cabang saraf ini. 


sumber Metro

Tips atasi gigi ngilu dan sensitif:

1. Elakkan makan makanan yang manis, sejuk, terlalu panas yang boleh menyebabkan gigi ngilu

2. Memberus gigi dengan berus gigi yang lembut 

3. sentiasa menjaga kebersihan gigi

4. Mengambil kalsium untuk menguatkan gigi




About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

2 ulasan: