Selasa, 16 September 2014

tips pasang wallpaper korea bagi amateur macam saya walaupun penat sangat berbaloi puas hati!

Salam ceria

pagi ni bersemangat nak share tentang wallpaper yang dewasa ini semakin popular sangat terutama nya korea wallpaper. jika anda semua berpeluang pergi ke branch korea wallpaper pasti anda rambang mata melihat design design nya yang sangat cantik unik elegan cool dan macam macam lagi...haha confirm anda teruja. 2 branch wallpaper yang saya pernah pergi ialah di puchong dan di johor bahru. memang happening sangat!

kisah wallpaper saya bermula kerana saya dan suami telah membeli rumah sendiri. jadi pada mulanya kami bercadang untuk cat sahaja bahagian dalam rumah. tetapi setelah membuat kira kira harga wallpaper lebih kurang sahaja harga cat jadi kami memilih wallpaper utk penyeri dinding rumah kami.

perkara pertama yang kami buat ialah survey!! mana lah tau wallpaper tengah promosi. dan akhirnya kami berjaya mendapat harga wallpaper iaitu 2 gulung wallpaper denagan harga rm150 sahaja. so setelah kira kira budget kami terus sambar 8 gulung wallpaper utk ruang tamu, ruang makan dan di dalam bilik tidur.. berbaloi kan??

kami juga bersemangat untuk memasang wallpaper sendiri. maklum lah feel rumah baru.
setelah mendapat nasihat cara memasang wallpaper dari korea wallpaper.. maka bermulalah episod amateur memasang wallpaper

jom tengok apa yang diperlukan untuk Pemasangan wallpaper
sebelum pasanag wallpaper kita pekena dulu cinch tea untuk tenaga yang berganda!!!

1.besen untuk bancuh gum wallpaper
2.gunting
3.pisau
4. meratakan wallpaper (kuning, biru,putih)
5. pengukur
6.berus utk ratakan gum
7.gum khas utk korea wallpaper (kanji)


berus untuk ratakan gum pada permukaan wallpaper


 inilah dia gum yang telah dibancuh dengan air


pemasangan wallpaper bermula

pemasangan wallpaper mestilah maching dengan langsir baru lah cantik dah menyerlah

#jenis korea wallpaper
1.duplex (lebih baik materialnya)
2.pvc

 tangga mesti ada hokey

 tu dia saya tengah meratakan wallpaper supaya tiada gelembung

  inilah hasilnya di ruang tamu saya
saya memilih wallpaper batu bata
untuk mengelirukan tetamu yang datang
batu bata ni seperti corak 3D

 wallpaper jalur jalur putih
jalur jalur coklat

 

bersedia untuk memotong wallpaper



ni wallpaper yang paling ceria sangat!
About www.suplementsaya.com

Saya Nur Aini Amran. Saya komited membantu anda memperbaiki kesihatan diri dan keluarga

You Might Also Like

0 comments:

Catat Ulasan